12,203
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

Raiqal duduk di bangku platform tadi kembali. Hatinya berbunga-bunga kerana Koc 13 benar-benar wujud dan dia akan naik sebentar lagi. Tiket disimpan kemas di dalam begnya. Manakala Aiman Aklaken dari tadi mundar-mandir di platform. Dia tidak keruan. Dia tidak percaya.

“Mampus aku! Ini namanya tidak ada penyakit cari penyakit. Apa aku nak buat ni! Aku nak lari ke?” soalnya sendiri yang didengari oleh Raiqal.

“Relakslah. Pening aku tengok kau mundar-mandir. Cuba duduk,” tegur Raiqal.

Raiqal yang berhenti berjalan dan memandang ke arah Raiqal.

“Ini koc berhantu tau tak! Kita nak naik koc berhantu!”

“Baru sekarang rasa menyesal? Kenapa datang?” sindir Raiqal.

“Sebab aku nak cari idealah! Kau ingat penulis seram berani sangat ke?” jawab Aiman Aklaken.

“Baliklah,” perintah Raiqal.

Aiman Aklaken duduk di sebelah Raiqal.

“Tiket tu tulis kalau tak naik hanya maut yang menanti. Aku taknak mati!” marah Aiman Aklaken.

“Jadi pilihan di tangan kau,” balas Aiman Aklaken.

“Jilake betul. Kalau aku tahu aku tak pergi sini. Selama ini aku pergi tempat seram cari ilham takde pula hantu pandai ugut nak bunuh. Kenapa kau relaks sangat ha?”

Raiqal tersenyum.

“Sebab aku suka Adventure. Lagi seram lagi bagus. Kan aku sudah kata tadi aku sudah pergi ke Asylum… Hutan Akiohara. Kepuasan beb nampak hantu.”

“Berani betul kau ni. Apa hanat kepuasan nampak hantu? Kau ada pendinding ke? Ada azimat?” soal Aiman Aklaken.

“Aku ada keistimewaan melihat mereka,” jawab Raiqal sambil tersenyum.

“Gila!”

Aiman Aklaken kembali bangun. Raiqal melihat jam tangan. Hanya 2-3 minit lagi waktu menunjukkan pukul 12.59 malam.

“Sebentar lagi Koc 13 datang. Kau relaks. Kau sendiri datang tanpa dijemput. Maka habiskan pengambaraan kita ini. Akukan ada. Kita orang yang terpilih,” nasihat Raiqal.

Pritttt!

Kedengaran bunyi wisel entah dari mana. Aiman Aklaken segera duduk di sebelah Raiqal. Wajahnya cemas.

“Mana datang wisel tu?” soalnya.

Mereka tidak nampak susuk tubuh manusia di platform sedangkan bunyi wisel datangnya sangat dekat dengan mereka.

Kling! Kling! Kling!

Kedengaran pula bunyi loceng yang biasa dibunyikan oleh master stesyen apabila keretapi semakin menghampiri.

“Oh tidak! Oh TUHAN… hambamu ini begitu lemah semangat. Iman kemah pula. Tolonglah. Semua ini mimpi. Mimpi!” kata Aiman Aklaken lalu menampar pipinya perlahan.

Kling! Kling! Kling!

Kedengaran lagi bunyi loceng kemudian diikuti dengan bunyi enjin keretapi sayup-sayup kedengaran. Aiman Aklaken memeluk Raiqal yang memandang ke arah hujung landasan.

“Apa kau ni. Penakut!” marah Raiqal.

“Selalunya aku pergi tempat begini kawan aku tu teman. Dia ada ilmu. Tapi kali ini aku seorang kena hadap. Jilake betul.”

“Penakut. Relaks. Kalau kau takut. Benda itu lagi suka. Itu petuanya. Sebelum penendang aku sampai muka kau. Baik lepaskan pelukan dan hadap benda yang nak jadi ni” arah Raiqal yang rimas dipeluk sebegitu.

Aiman Aklaken melepaskan pelukannya. Raiqal tersenyum apabila melihat berbalam lampu keretapi dari hujung landasan.

“Come to papa. Come to papa,” gumamnya.

Bunyi wisel keretapi kedengaran 3 kali. Aiman Aklaken telah menutup matanya. Telinganya juga ditutupnya. Keretapi semakin menghampiri. Apabila semakin mendekat, Raiqal lihat koc hadapan yang usang berwarna hitam. Tidak nampak pula pemandunya. Raiqal bangun. Dia ingin melihat samada ada pemandu. Ternyata tidak ada. Keretapi diperlahankan apabila menghampiri platform. Raiqal dapat melihat papan tanda bertulisan Jawi Koc 13 di hadapan.

“Oi! Bukanlah mata. Koc 13 dah sampai!” kata Raiqal teruja.

Aiman Aklaken hanya menggelengkan kepala. Malah tangannya masih menutup telinganya.

Kling! Kling! Kling!

Sekali lagi terdengar bunyi loceng. Keretapi diperlahankan menghampiri platform. Asap berkepul-kepul keluar dari corong kepala kereta api. Semakin mendekat maka jelas rekabentuk keretapi. Badan keretapi berwarna hitam. Begitu juga kocnya. Tetapi nampak usang. Ada cat yang telah tanggal dan badan yang berkarat. Akhirnya kepala keretapi melalui kerusi mereka berdua. Memang tidak ada nampak pemandu yang memandu. Tempat pemandu kosong.

Skretttt!

Bunyi brek kedengaran. Keretapi serta-merta berhenti. Raiqal melihat koc kayu rekabentuk klasik yang berwarna hitam. Tidak ada sesiapa di dalam koc. Kosong. Raiqal menepuk bahu Aiman Aklaken. Aiman berdiri serta-merta. Mulutnya mencarut terperanjat.

“Apa kau ni? Melatah? Apasal tutup mata lagi?” soal Raiqal.

“Kau pergilah! Tinggalkan aku di sini. Aku tak sanggup nak buka mata tengok benda tak sepatutnya!” jawab Aiman Aklaken.

“Penakut. Sudah. Biar aku naik. Ingat apa akan jadi kalau kau tidak naik,” usik Raiqal.

Dia mengambil begnya dan berlalu ke pintu platform. Pintu kayu terbuka dengan sendirinya. Raiqal memandang ke belakang. Aiman Aklaken masih duduk di bangku kayu sambil memeluk begnya.. Matanya masih tertutup.

“Betul ke kalau tak ikut maka akan orang itu akan dibunuh?” tanyanya sendiri.

Kling! Kling! Kling!

Terdengar bunyi loceng dihayunkan. Raiqal melihat ke arah datangnya bunyi. Dia terkejut melihat lembaga yang berpakaian uniform lama keretapi British setinggi 3 meter menuju ke arah mereka. Di sebelah kanan memegang loceng besar dan di tangan sebelah kiri memegang sabit. Bajunya sudah koyak dan mengerbang. Matanya memerah memandang ke arah Aiman Aklaken. Lantas Raiqal mendapatkan semula Aiman Aklaken dan menarik tangannya. Serta-merta Aiman Aklaken bangun lalu membuka matanya. Dia marah ditarik begitu.

“Kau ni dah kenapa?” marah Aiman Aklaken.

“Kau tengok belakang aku! Hantu master stesen nak ambil nyawa kau!” marah Raiqal.

Aiman Aklaken melihat lembaga yang kini menghampiri mereka. Dia menelan air liur apabila melihat lembaga tinggi lagi menyeramkan membawa sabit besar. Lantas dia melepaskan tangannya lalu berlari masuk ke dalam platform. Raiqal juga segera mengikuti dan duduk bersebelahan kerusi yang diduduki oleh Aiman Aklaken. Aiman Aklaken memeluk begnya dan menutup matanya. Badannya mengigil.

Lembaga itu menghampiri cermin Koc. Hanya paras dadanya sahaja yang nampak.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi kasar langkahnya kedengaran menghampiri pintu. Raiqal menelan air liurnya. Walaupun dia sudah biasa melihat wajah lembaga yang menyeramkan tetapi setiap kali menghadapinya. Hatinya berdebar-debar juga. Lembaga itu telah sampai di pintu. Dia menunduk dan memasukkan kepalanya ke muka pintu koc. Matanya yang tadi memerah sudah bertukar biru. Raiqal memandang tepat sebelum melarikan wajahnya. Tidak sanggup melihat muka lembaga tersebut.

“He.. he.., he,” ketawa sinis lembaga tersebut.

Lembaga itu menarik kepalanya dari muka pintu. Raiqal melihat semula ke pintu. Dia menarik nafas kerana tidak nampak lagi kepala lembaga tersebut. Seperti tadi disebabkan lembaga itu tinggi hanya paras dadanya kelihatan.

Kling! Kling! Kling!

Bunyi loceng dihanyunkan kedengaran. Diikuti bunyi wisel. Tahulah Raiqal keretapi akan bergerak. Pintu secara automatik tertutup. Perlahan-lahan keretapi mula bergerak ke destinasi!

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.