Home Artikel Umum Berita Krafesque
Berita Krafesque
Meja Editor
21/8/2023 10:47:48
5,454
Kategori: Artikel
Genre: Umum
Senarai Bab
Kedua

Berita Baik untuk Penulis Karya Islamik


Kepada semua penulis dan pencinta buku Islamik di luar sana, kami sedang mencari bakat-bakat hebat untuk menyertai projek terbaru kami! 


Adakah kalian seorang penulis yang penuh idea? Atau kalian tahu seseorang yang pandai menyampaikan ilmu tentang agama Islam dengan gaya yang menarik? Mari kita berkolaborasi untuk menghasilkan lebih banyak buku yang memberi inspirasi dan pengetahuan kepada rakyat Malaysia.


Konsep Karya yang dicari:

1. Self-help

2. Motivasi Islamik

3. Pemerkasaan Lelaki & Wanita

4. Tadabbur daripada al-Quran (seperti buku Healing the Invisible Wound)

Tema: #Bangkit

Had perkataan: 25000 - 30000 patah perkataan sahaja

Bahasa: Bahasa Melayu


Tuliskan dalam bahasa yang ringan, mudah difahami, dan relevan pada masa sekarang.


Kami percaya setiap orang mempunyai cerita yang unik dan berharga untuk dikongsi. Jadi, jika kalian berminat untuk menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuhkan pemahaman Islam dalam kalangan masyarakat, inilah peluangnya!


Hantarkan karya kalian ke [email protected] sebelum 5 November 2023. Kami sedia mendengar idea kalian dan membantu mengubahnya menjadi karya yang menarik sekiranya sesuai untuk diterbitkan. Bersama-sama, kita sediakan konten yang membina bangsa berkualiti.


Jom, bantu sebar luaskan mesej ini kepada kawan-kawan yang mungkin berminat atau ada bakat menulis yang belum ditemui. Bersama kita wujudkan lebih banyak buku Islamik yang berkualiti!


Terima kasih kerana menyokong usaha kami. Usaha kita, semoga Tuhan pandang. Amin


Previous: Pertama
Next: Ketiga

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.