Home Artikel Umum Berita Krafesque
Berita Krafesque
Meja Editor
21/8/2023 10:47:48
5,453
Kategori: Artikel
Genre: Umum
Senarai Bab
Pertama

Ekspres Jupiter Ditulis dalam Masa Lima Minggu?

Baru-baru ini, penulis Ekspres Jupiter, Riley Fizan menjadi bintang tamu untuk program Resensi Buku di X-Space untuk program Borak-Borak Buku (BBB). Program tersebut merupakan sesi kelima bagi kerjasama antara Grup Buku Karangkraf dan BBB selepas sesi resensi novel-novel K-Lit yang lain iaitu Leluhur, Sayap Berlian, Senaskhah Hidup dan Rahsia Paling Rahsia.

Dalam sesi perbincangan santai itu, Riley menjelaskan bahawa buku tersebut hampir-hampir sahaja tidak sempat untuk diterbitkan di PBAKL. Apa yang berlaku? Bukankah seharusnya judul buku yang akan terbit sudah disusun lebih awal oleh penerbit?

Sama-sama kita telusuri ceritanya, seperti yang dibongkarkepada tim BBB Sabtu lalu.

"Saya mengaku, ini silap saya sendiri sebab lambat. Saya rasa mahu berputus asa tetapi tak boleh. Jadi, dari 1 April hingga 8 Mei, kehidupan saya hanya dipenuhi dengan manuskrip ini."

Disebabkan tidak mahu mengalah, Riley bertindak mendapatkan bantuan daripada tim editorial rumah penerbit sebagai langkah terakhir. Bersama-sama, jalan keluar daripada kebuntuan diselongkar, Riley meneruskan usaha.

Semestinya, itu adalah lima minggu yang sangat panjang buat Riley. Beriring air mata dan darah penulis, naskhah ini akhirnya dapat sampai ke tangan pembaca pada PBAKL lalu.

Ada apa pada Ekspres Jupiter?

Mengetengahkan elemen fantasi, cerita ini memberikan kelainan kepada pembaca melalui watak utama yang berlatarkan sukan gimnastik.Pada sisi lain, terdapat juga isu misogini (pelecehan wanita) dan emansipasi (pembebasan wanita) yang dibawakan dalam buku ini.

Kisahnya berputar sekitar kehidupan dan perjuangan Teja yang berusaha untuk berlatih gimnastik semula selepas berehat selama 11 tahun, sebagai cara membuktikan sesuatu kepada diri sendiri.

Turut dikongsikan bahawa inspirasi utama penulis dari Tawau ini bagi menulis kisah Ekspres Jupiter adalah lagu yang didengar pada tahun 2021. Apabila mendengar lagu itu, dia terus membayangkan sebuah bas terbang yang membantu penumpang terpilih untuk keluar dari situasi yang dihadapi.

“Waktu pandemik, tentu ramai yang mahu berputus asa tetapi tidak mampu melakukannya. Maka, saya tulis kisah itu dan menyampaikannya melalui watak utama, iaitu Teja.”

Tidak cukup dengan itu, cerita ini ada keunikannya tersendiri apabila membawakan latar Sabah (lokasi, watak dan bahasa), Ekspres Jupiter memberi pengalaman serta input baharu dan menarik untuk diperhatikan oleh pembaca.

Mengapa Jupiter? Mengapa bintang gagal ini menjadi pilihan penulis? Baca lanjut Ekspres Jupiter bagi mendapatkan jawapannya. Jemput baca bab previu di Wattpad Krafesque.

Selamat maju jaya kepada penulis genre kosmos kita, RileyFizan. Sama-sama kita tunggu karya penulis yang seterusnya.

Mengakhiri post ini, kami tinggalkan persoalan ini kepada para pembaca. Lagu menjadi inspirasi Riley Fizan, apa inspirasi kita dalam menghasilkan karya?

Next: Kedua

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.