* Versi rakamam suara di SoundCloud:
https://on.soundcloud.com/TQJRBUmvzTjyncaN7
Siang bertukar malam ~
Siang bertukar malam.
Terang menjadi kelam.
Semuanya tampak balam.
Telah berlalu semalam.
Lupakan masa silam,
Luka hati disulam:
pahit bak ulam.
Aku cuba selam...
lautan yang dalam,
aku hampir tenggelam.
Aku bukan seorang yang talam...
dua muka. Air mata sekolam,
muka masam bak mempelam.
Aku cabut palam.
Kirimkan ucapan salam
ku buat semua.
Tertidur ku di tilam.
Mimpi dengar bacaan kalam
Allah. Wallahualam.
© Nuansa Embun