Home Untold Story Anekdot Anekdot : Melarik Kasih
Anekdot : Melarik Kasih
Lentera Kalbu Shaz
9/5/2024 13:42:02
1,206
Kategori: Untold Story
Genre: Anekdot
Anekdot : Melarik Kasih

Duduk membisu membuatkan aku terus termangu. Cebisan kertas yang kamu tinggalkan ini membuatkan aku terus meneka-neka kenapa? Ke mana pergimu? Ada apa sebenarnya denganmu? Janganlah menjauh tanpa sebarang kata. Diam itu bukan penyelesai segalanya.


Katamu...


"Maafkan aku, setakat ini saja kisah antara kita. Sudah sampai waktu untuk aku meluruskan apa yang patut. Kamu betul, aku salah. Kamu jujur, aku tidak. Kamu tulus, aku culas. Bergeraklah sendiri setelah ini. Arah kita berbeza. Kita masing-masing punya kompasnya. Selamat tinggal."


Tergamaknya kamu membuat aku begini. Terduduk sepi tanpa tangis. Tergamak kamu meninggalkan nota ini kerana kamu tahu aku kuat menghadapi. Tapi kenapa? Tiada ribut, tiada hujan. Tiada tengkar dan tiada airmata antara kita. Kamu kejam!


Mungkin ada silapku yang kamu tak mahu. Atau mungkin ada silapmu yang tak perlu aku tahu. Aku tak buat kesalahan terhadapmu. Aku juga tidak lakukan apa-apa pun. Tergamaknya kamu!


Fuhhh! Biar aku hembuskan rasa kesal ini di alam luas. Tidak ada makiku, tidak ada marahku. Hanya ada teka-teki yang bermain di kepalaku.


Satu soalan sahaja. Kenapa?


#TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.