Mereka dijemput ke majlis harijadi si kembar Danish hujung minggu itu. Cukup 8 bulan kandungan. Min jalan beriringan sambil menggenggam jemari Danny yang santai disebelah. Mencari-cari kelibat mama, si tuan rumah.
Ada rasa sedikit gusar, tapi Danny sentiasa berbahasa indah menyenangkan hatinya. Mama mendukung salah seorang kembar itu bila dia ternampak Min.
“Min?!” Mama membulatkan mata dan hampir nak menjerit dalam kejutan yang menggembirakan.
Cucu yang dikendongan di hulur pantas kepada Izha, terkocoh-kocoh orang tua itu meluru ke arah Min dan memeluknya kejap. Selain Izha yang ternganga, renungan berkerut turut diperoleh dari Faizah....dengan perut yang turut sedia memboyot lagi. Ketiga.
Majlis seolah bertukar rentak. Lampu sorot kini tidak terarah kepada si kembar Danish lagi, sebaliknya kepada Min. Si buyong yang sarat dengan wajah yang semakin manis.
Ada yang menjeruk rasa.