Sebulan. Dua bulan. Tiga bulan.Tempoh edah tamat. Tepat bulan kelima dia sudah memperoleh secara sah dokumen yang sepatutnya. Hatinya lebih tenang dan gembira dengan status terkini berbanding menjadi isteri kepada seseorang.
Adakah dia serik?
Hanya masa menentukan, hanya Yang Esa mengetahui. Agak sukar mencari kerelaan bila hati sudah cedera. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Hari-hari mendatang diharap penuh keceriaan.
Berapa lama mungkin keceriaan ini?
Adakah hari esok lebih baik?
Tiada jawapan.