Home Novel Umum Pengembaraan Misteri!!
Pengembaraan Misteri!!
Wan Nur Aira
23/5/2014 21:31:57
6,575
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 2(Sesuatu yang terungkai)
2(Sesuatu yang terungkai)

"Lihat itu.."Gadis misteri itu menghalakan jari telunjuknya kearah pagar rumah Nina.

Nina memandang kearah yang ditunjukkan oleh gadis misteri itu.Nina terkedu.Nina memandang gadis misteri itu.Gadis misteri itu hanya tersenyum memandang wajah yang terkejut itu.

"Ma..macam mana.."Nina bersuara tergagap-gagap.

"Kan saya dah cakap tadi suatu saat nanti awak akan tau."

"Tapi.."sekali lagi kata-kata Nina dipintas.

"Dah..sekarang awak tengok drama yang bakal terjadi."

Nina hanya menurut kata.Matanya difokuskan kearah banglo dua tingkat itu yang juga merupakan rumahnya.
Dihadapanya kini terlayar kembali apa yang dia telah lakukan seminggu yang lalu.Semuanya seakan-akan sebuah skrin yang menyiarkan sebuah kisah.Tapi ini kisahnya iaitu Nina.Dihadapannya kini terlayar perangainya yang tidak menyahut salam dari penjual kain yang datang menjual.

"Assalammualaikum.."sepi, tiada siapa yang menjawab salam penjual kain itu.

"Assalammualaikum..ada orang dirumah?,"salam diberi lagi.Namun tiada tanda-tanda yang orang didalam mahu menjawabnya.Penjual kain itu meninjau halaman rumah itu dari luar pagar.'Kereta ada,dua lagi tu.Takkan tak da orang kot.Cuba sekali lagilah'getus hati penjual kain itu.Salam pun dihulur sekali lagi.Namun masih tiada yang menyahut.

Apabila penjual kain itu menoleh ketepi,baru dia perasan ade loceng disitu lalu penjual kain itu menekan loceng berkali-kali sehinggalah...

"Hoi!..Apa ni hah,memekak je pagi-pagi buta ni."jerkah seorang gadis setelah membuka pintu rumahnya.Penjual yang mendengar jerkahan yang kuat itu terkejut sehingga terjatuh kain-kain yang dipenggangnya.

"Maaf cik.Sekarang dah tengahari."penjual itu membetulkan kesalahan gadis yang masih memakai baju tido dengan rambut kusut masai itu.Selepas itu penjual itu mengangkat kainnya yang jatuh itu.

"Ah!!Lantaklah..dah tengahari ke pagi ke..yang kau memekak depan rumah aku ni kenapa?.Dahlah bagi salam banyak kali lepas tu tekan loceng banyak kali pulak tu.Kalau orang tak menyahut tu bla jelah!Ganggu tido aku betullah kau ni."marah gadis itu.Penjual kain itu masih bertenang.'Aku nak cari rezeki jadi aku mestilah bersabar,mungkin tuan rumah ni mengantuk sangat'getus hati penjual kain itu lagi.

"Maaf cik kalau saya menganggu tido cik..saya cuma nak menjual kain,tiada niat lain."Penjual kain itu bersuara.

"Hei..perempuan!!kau nak jual kain ke..bunga ke.Tak de kena mengena dengan aku pun.Pergi jual kat lainlah,"jerkah gadis itu lagi apabila penjual kain itu masih tidak mahu beredar.

"Tapi cik..apakata cik lihat dulu kainnya.Mana tau cik berkenan,"penjual itu masih mencuba nasib.Inilah kerja penjual kena pandai bermain kata kalau tak,tak lakulah jualannya.

Gadis yang masih berbaju tido itu berang dengan sikap penjual itu.Lalu kakinya dilangkahkan kearah pagar dan membukanya lalu mengambil kain daripada penjual itu lalu dihempaskannya ketanah lalu dipijaknya.Penjual itu terkejut dengan apa yang dilakukan sigadis itu.

"Itulah..degil!Aku cakap berambus-berambuslah.Taknak dengar.Padam muka kau.Puas hati aku.Blalah!!,"selepas menuturkan kata-kata itu,sigadis terus masuk kedalam rumah dan menghempaskan pintu dengan kuat tanda protes.

Penjual kain itu,menangis teresak-esak disitu apabila kain yang ingin dijualnya telah kotor dipijak oleh gadis yang kurang ajar tadi.'Apalah nasib aku,mungkin hari ni bukan rezeki aku'getus penjual itu lalu mengangkat kainnya dan berlalu dari situ.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.