Home Novel Umum Pengembaraan Misteri!!
Pengembaraan Misteri!!
Wan Nur Aira
23/5/2014 21:31:57
6,577
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 1(Gadis Misteri!!)
1(Gadis Misteri)

"Arghh,"Nina mengerang kesakitan.'Sakitnya kepala aku.Aku dekat mana ni?'monolog Nina didalam hati.

Nina melihat sekelilig.'Cantiknya tempat ni.Tak pernah aku sampai kesini'.

"Aneh!!"Nina bersuara sambil memicit kepalanya yang sakit.

"Assalammualaikum"suara yang memberi salam mengejutkan Nina dari lamunan.Nina berpaling ketepi dan tepapar seraut wajah gadis jelita yang bertudung warna putih dan memakai jubah labuh yang sama warnanya.Gadis itu memiliki wajah yang putih kemerah-merahan.Wajahnya seakan-akan bercahaya.

"Wa..Waal.."Nina memenggang bibirnya.'Mengapa aku tidak boleh menjawab salam itu.Suaraku seakan-akan tersekat.Arghh..mengapa?'Nina seperti ingin menangis kerana tidak mampu menjawab salam itu.

"Tidak mengapa saudari,Saudari jawablah salam saya itu dalam hati sahaja.Yee..,"Gadis misteri itu bersuara sambil tersenym manis.Gadis itu seakan-akan tahu apa yang terjadi pada Nina.

"Mengapa saya tidak mampu jawab salam awak.Suara saya..."ayat Nina tidak sempat dihabiskan apabila gadis misteri itu bersuara.

"Tak pe.Saya faham!,"

"Hah!!..tapi saya tak paham."Nina terpinga-pinga di situ.

"Mari ikut saya kesuatu tempat."Ajak gadis misteri itu sambil berjalan dahulu dan diikuti oleh Nina.Nina hanya mengikut sambil kepalanya penuh dengan pelbagai soalan.

Selepas beberapa saat berjalan gadi misteri itu berhenti.Nina turut berhenti.Nina pelik dengan keadaan tempat itu yang hanya diselabungi awan putih.Suasana disitu amat sunyi.Naik bulu roma Nina.

"Awak dah bersedia?"pertanyaan gadis misteri itu menambahkan kepelikkan dihati Nina.

"Erkk..sedia untuk ape?"tanya Nina dengan dahi yang berkerut.

"Jawab sahaja sedia atau tak?"gadis itu menyoal lagi tapi kali ini dengan lebih tegas.

"Erkk..Dah.."dengan terketar-ketar Nina menjawab.

"Hulurkan tangan awak."suara gadis itu bertukar lembut kembali.Gadis misteri itu menghulur tangannya dan Nina menyambutnya dengan debaran yang amat kuat.

"1..2.."Gadis itu mula mengira dan memejamkan matanya.Nina yang tidak mengetahui apa-apa hanya memejamkan matanya seperti gadis itu.

"3.."selepas kiraan tiga.Gadis misteri itu menyuruh Nina yang masih memejamkan mata membuka mata.

"Erkk..inikan.."Nina yang terkejut dengan permandangan dihadapannya bersuara.

"Yee..Ini rumah awak...Nina."

"Macam mana awak tau nama saya?Siapa awak?Macam mana..macam mana semua ni.."Kata-kata Nina dipintas oleh gadis misteri itu.

"Saya tau semuanya pasal awak.Saya tau awak tertanya-tanya dengan semua yang sedang dan akan berlaku ini.Tapi saya minta awak bersabar.Satu saat nanti awak tau semuanya.Dan cukuplah awak mengenali saya sebagai gadis misteri"penerangan yang panjang lebar daripada gadis misteri itu tidak memuaskan hati Nina.

"Tapi.."Nina ingin bersuara tapi disekat dengan pandangan tajam daripada gadis misteri itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.