3,915
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
SATU

Suasana sepi di ruang tamu itu hanya ditemani oleh kipas yang ligat berputar di siling.Masing-masing tidak lepas memandang pasangan kekasih yang kelihatan tegang membicarakan tentang hubungan mereka.

Nafas ditarik. Dia memandang wajah itu. Lama.

“Saya mohon, cukuplah sampai di sini je hubungan kita.”

“Lia..”

“Prinsip untuk bersama berkongsi duka lara adalah cinta. Saya tidak cintakan awak. Awak tahukan? Saya dan awak adalah mustahil. Saya tidak sesempurna yang awak sangka.”

Bibir diketap.

“Tipikal jawapan perempuan. Dasar.” Dia memeluk tubuh.

“Lia,bagi saya awak cukup sempurna.”

“Sempurna? Awak yakin? Cukup Razman. Cukuplah! Saya penat!”

Sepi.

“Mungkin, bagi awak kesempurnaan yang saya mahu. Tidak! Saya tidak perlukan kesempurnaan yang jelas lagi nyata. Cukup saya tahu kejernihan hati awak. Tidak semua perempuan seperti awak, Lia! Saya tahu siapa awak lebih dari lelaki itu tahu!”

Masih sepi.

“Lupakan saya Razman.”

Apalagi wanita ini mahu? Dia menggeleng kepala. “Perempuan ni kan, kalau kau dah tahu kau tak akan sayangkan lelaki ni tak payahlah bagi harapan.”

“Kesian.”

“Diam je lah.” keluh di hujung kata.

Lelaki itu mungkin sederhana paras rupa. Ya, tidak dapat dinafikan. Memang biasa-biasa saja rupa paras lelaki itu. Tapi, lelaki itulah yang akan mencintainya sepenuh jiwa raga. Perempuan itu tidak tahu bersyukur!

“Lia..jika benar awak tak sempurna, izinkan saya menyempurnakan awak.”

Khalid berhenti mengunyah. Suapannya terhenti di tengah jalan. Tidak jadi DoubleDecker berperisa ayam singgah ke dalam mulutnya. Sufian di sebelah hanya terkebil-kebil manakala Darwin ternganga mendengar ayat puitis yang keluar dari mulut Razman. Hampir saja Coke yang diteguknya keluar balik.

“Gila..”Khalid memasukkan snek ke dalam mulutnya. “..cheesy.

“AHHHHH!”

Jeritan itu menyebabkan kelima-lima mereka terkejut bagaikan terkena renjatan elektrik. Tidak pasal-pasal snek Double Decker Khalid berterabur di atas ribanya. Darwin sudah tersedak di sebelah Sufian.

“Tak guna.” Farhan mengetap gigi.

“BODOHNYA KAU INTAN EIII DASAR PEREMPUAN! KAU TAK NAMPAK KE RAZMAN TU SAYANGKAN KAU LAH MANGKUK!”

Farhan yang sejak tadi baring di atas sofa, bangun dan merenung tajam ke dinding rumah yang menjadi pemisah antara rumah mereka dan rumah jiran sebelah. “Gila apa rumah sebelah ni?” Dia mendecit.

“DAHLAH RAZMAN. ORANG DAH TAK MAHUKAN KAU. CARI JE YANG LAIN. BUNGA BUKAN SEKUNTUM! NI, AKU NI RAZMAN! AKU ADA UNTUK KAU.”

“Kita ni duduk sebelah zoo ke?” Khalid menjulingkan matanya ke atas.

Darwin menggeleng kepala. “Emosi sangat tu. Alah, rilekslah. Kejap lagi diamlah tu.”Dia masih melekat di hadapan komputer ribanya. Cuba mengawal perasaan. Hakikatnya, dia sendiri rasa terganggu.

Drama itu berakhir dengan sedutan episod akandatang.

“DRAMA MEMANG SELALU MACAM NI KAN? SUKA BAGI ENDING TERGANTUNG. LEPAS TU BAGI EPISOD SUSPENS.”

Darwin mengeluh. Sakit pula telinga dengar suara anak gadis jiran sebelah yang nyaring menjerit menyuarakan rasa tidak puas hati dengan drama itu. Dia bangun dan mencekak pinggang.

“Weh Khalid, kau buat report kat tuan rumah ni boleh? Atau bagi warning dekat si gila tu. Semaklah dengar suara dia! Dia ingat dia duduk kat Arizona agaknya nak melalak macam kawasan ni dia punya!”

Khalid mengangkat kening. Dia kembali makan sneknya.

Farhan menaiki tangga menuju ke tingkat atas meninggalkan tiga teman serumahnya.Ketiga-tiga mereka menghantarnya dengan pandangan mata.

“Kalau nak senang, kau pergilah tegur dia. Deal dengan dia baik-baik.” Khalid memberi cadangan. Sufian yang sedari tadi tidak bersuara, mengangguk tanda setuju.

Darwin menggeleng. “Aku lebih rela dengar dia menjerit daripada tegur perempuan macamtu.” Dia duduk di tempat asalnya. Tangannya menaip sesuatu di papan taip. Satu laman web baru dibuka.

Suasana senyap seketika apabila jiran sebelah tidak lagi membuat bising. Khalid bergegas ke dapur membasuh tangan. Setin air Coke dicapai dari meja makan.

“Aku tak sangka kau boleh layan drama tipikal macam ni. Cliché sangatlah. Boleh predict apa jadi lepas ni.” Khalid memberi komen seraya duduk di atas sofa.

Darwin mengangkat bahu. “Cliché tak cliché, drama ni top trending kat Twitter.” Dia tersengih sebelum kembali menatap skrin komputer. “Bagi aku, tak payahlah Razman kejar perempuan macam ni. Baik cari someone better.” Darwin mengeluh di hujung kata. Sedikit tidak puas hati dengan situasi Razman dan Intan tadi. Dia menghalakan tetikus ke drama yang lain pula. Kali ini drama Duel.

I mean, Intan tu baik je sebenarnya. Cuma, dia bagi harapan kat Razman tu yang aku tak boleh brain. Kalau dah tak suka Razman as a man, layanlah Razman tu biasa-biasa je. Ini tak! Bagi harapan kat Razman. Apa yang Razman bagi, dia terima je. Razman bagi bunga, bawa pergijalan-jalan. Hello, girlfriend je yang terima apa yang lelaki bagi!”

Sufian mengangguk sahaja tanda setuju.

Khalid baring. Tidak memberi sebarang respons terhadap komen Darwin memandangkan dia bukanlah pengikut tegar drama Melayu. Baginya, setiap drama pasti akan ada penamat yang memuaskan. Baik untuk Intan dan juga Razman.

Farhan turun dari tingkat atas. Kali ini dia sedikit bergaya dan wangian yang dipakainya menyebabkan ruang tamu harum semerbak. Dengan jeans biru dan t-shirt kosong putih, jelas lelaki itu mahu keluar tetapi bukan atas urusan formal.

Khalid mengangkat kepalanya. “Kau nak pergi mana?”

Soalan itu menyebabkan dua kepala memandang Farhan serentak. Intro Duel yang sedikit rancak mula mengisi ruang diantara mereka berempat.

“Wangi. Nak datinglah tu.” Darwin mengusik. Dia tersengih nakal di hujung kata.

Farhan membetulkan rambutnya. “Aku nak keluar kejap.”

“Aku tahu kau nak keluar. Takkan bergaya sakan semata-mata nak duduk kat rumah. Pergi mana?”

“Keluar.”

“Pergi mana?” Khalid masih tidak putus asa menyoal.

“Ke-luar.” Nada Farhan jatuh satu oktaf. Wajahnya serius. Jelas tidak mahu disoal lagi.

Sufian dan Darwin lekas-lekas memberi fokus pada drama Duel yang sudah bermula. Masing-masing seriau melihat wajah Farhan yang ketat. Farhan macam itulah. Pantang ditanya banyak kali. Kalau nasib malang, ada sahaja barang yang dibaling. Kalau nasib baik, mungkin kena tengking atau paling baik, dia tidak bertindak kasar. Macam yang dia jawab pada Khalid tadi.

“Okey.” Khalid turut mengalah. Dia kembali ke posisi asal. “Minyak kereta tu dah tinggal sikit. Jangan lupa isi. Nanti tak pergi kelas pula esok sebab minyak habis.”

Farhan tidak menjawab. Sebaliknya dia keluar meninggalkan mereka. Kedengaran enjin kereta dihidupkan. Selang beberapa minit, kereta yang dinaiki Farhan meninggalkan perkarangan rumah.

+

Kerusi ditarik. Kehadiran dia mengisi kekosongan meja itu. Terletak tidak jauh dari kaunter namun sedikit tersorok memberikan privasi yang dia mahukan.

Telefon bimbit dibawa keluar dari poket seluar. Dia membuka aplikasi Whatsapp. Beberapa mesej yang masuk diperiksa satu-persatu. Kebanyakan mesej daripada kawan sekelas. Hal yang tidak begitu penting namun ada kaitan dengan beberapa kerja kursus yang melibatkan aktiviti berkumpulan. Dia memilih untuk tidak menjawab. Tak faham dengan mereka yang kalut dengan kerja kursus yang ada padahal submission lambat lagi.

Caffe Mocha diletakkan di atas meja. Dia melepaskan nafas panjang. Lehernya dipanjangkan melihat luar premis Starbucks mencari seseorang. Namun langsung tiada kelibat manusia yang ditunggunya. Jarinya bergendang di atas meja cuba menyabarkan diri.

U dah sampai?

Satu pesanan Whatsapp masuk. Dia melihat kandungan pesanan itu melalui status bar.

I lambat sikit. Sorry :(

Dia bersandar pada kerusi. Pandangan ditebarkan ke seluruh ruang kedai yang mendapat sentuhan minimalist untuk dekorasi. Dia gemar datang ke sini. Selain menikmati bauan kopi yang dibrew, dia sukakan ketenangan yang ada di dalam premis ini. Tidak terlalu bising dan tenang saja suasana ditemani dengan playlist yang sesuai dengan konsep coffeehouse.

Staff disini juga cukup kenal dengan dia. Nampak sahaja kehadiran dia, mereka terus menyiapkan minuman kegemarannya caffe mocha tanpa perlu memberi pesan. Dia paling kurang menghabiskan masa di sini sejam atau empat puluh minit. Entah apa yang dia sukakan sangat dengan premis Starbucks ini dia tidak pasti.

I’m so sorry for being late!” Terpacul seraut wajah wanita yang berkerut kerisauan apabila menyedari dia benar-benar lambat. Kerusi ditarik. Dia duduk bertentangan dengan Farhan.

Jam dipergelangan tangan dikerling. “It’s okay.”Fifthteen minutes late!

You know what, I seriously tak sengaja.” Gadis itu cuba mengawal nafasnya yang termengah-mengah. “I masa Whatsapp you tu actually dah ada kat car park. I dapat parking ni but then masa I nak masuk park kereta, this one rude guy claimed tu parking dia.”

Farhan mengangguk. Dia menolak gelas caffe mocha dekat pada gadis itu. “Minumlah dulu.Kesian you.”

Gadis itu menyedut caffe mocha itu lama hingga tinggal beberapa teguk untuk dihabiskan. Farhan sedikit terkedu melihat airnya hampir habis. Dia tertunduk sengih tidak percaya.

I’m really sorry, Farhan. It took me ten minutes to deal with that guy. Serius annoying! I end up terpaksa parking kat basement. So yeah, dari basement nak ke sini pun dah ambil masa.” Pandangannya jatuh pada caffe mocha. Tangannya automatik menutup mulutnya apabila menyedari kesilapannya. “Oh my god. I minum air you sampai nak habis.”

Farhan mengangkat kedua-dua tangannya. “Naahhh, it’s okay Vee. Lagipun I dah tak rasa nak minum.” Dia memasang senyum manis. “So, since you dah sampai ni why not kita gerak sekarang. Rasanya wayang start pukul 3.45 kan?”

Gadis bernama Vee itu mengangguk. Dia memeriksa jam di skrin telefon bimbitnya. “We have about 10 minutes more. Jomlah gerak. I tak suka masuk lambat. Susah nak cari sit bila ramai orang dengan lights off.”

Farhanmengangkat bahu. “Okey. Jom.” Pandangan Farhan tertangkap pada pemakaian Vee tatkala gadis itu berdiri sambil membetulkan tas tangan. Keningnya sedikit terangkat.

“Vee, I thought you pakai blouse.” Ujar Farhan merujuk pada ruffled sleeves gadis itu. “But, you’re wearing jubah?”

“Ahhh..bukan jubahlah. It’s called as blouse labuh.” Vee tunduk ke bawah meneliti blausnya yang bercorak vintaj. “Cantik tak?”

“Well, you pakai apa pun cantik.” Farhan membawa masuk tangannya ke dalam poket. “And jubah dengan blouse labuh nampak sama je. Nothing berbeza pun.” Dia membuat muka tidak ambil kisah.

Vee ketawa senang. “Actually, ni..well I tiba-tiba rasa nak pakai jubah.”

Dia mengecilkan pandangannya. “Seriously?”

“Yeah. You tak suka ke?”

No. It just..you finally wears something new.”

I rasa, citarasa fashion I dah berubah. You okay kan if I wears jubah macamni?”

“Okey je.”

Previous: PROLOG
Next: DUA

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh