3,913
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
PROLOG

Dia menarik wallet dari poket seluarnya. Beberapa keping not RM50 diambil dan diserahkan kepada lelaki berusia di hadapannya. 

“Bila diaorang sampai?”

Dia tersengih. “Saya pun tak pastilah.”

Lelaki itu mengangguk sambal mengira jumlah wang yang diterimanya.

“Betulkan seribu ringgit?”

Angguk. “Ye. Betul dah ni.”Lelaki itu tersenyum sambil memandangnya. “Alhamdulillah, selesai urusan untuk hari ini.”

Dia masih lagi memasang senyum. Beg galas di bahu kanannya, dibetulkan kedudukan.

“Harapnya, dapatlah jaga sebaik mungkin. Bukan apa nak, mahu dijual isteri tak bagi. Jadi, disewakan saja. Maaflah atas kekurangan yang ada. Kalau ada masalah, call saja pak cik.”

Dia mengangguk. “Rasanya tak ada kekurangan pun. Saya dah cukup bersyukur ada kosong lagi kat kawasan ni. Senang nak berurusan nanti. Sebab tak terlalu jauh dengan kawasan bandar.”

“Iyalah.” Lelaki berusia itu mula mengorak langkah. “Nanti, sampaikan salam pada kawan-kawan yang lain. Tak sempat pak cik nak berkenalan dengan diaorang.” Enjin motor dihidupkan.Sekeping sampul surat putih diletakkan di dalam raga motor. “Rajin-rajinlah datang jenguk rumah. Jangan segan silu ya?”

“Baik.” Dia menghulurkan salam. “Terima kasih banyak-banyak pak cik.”

Pak cik tersenyum senang.“Pak cik gerak dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.Hati-hati.”

Perlahan-lahan, pak cik meninggalkan dia keseorangan. Dia menarik nafas lega sambil membetulkan kacamata di pangkal hidung. 

Next: SATU

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh