Home Novel Thriller/Aksi Diseksi (Di antara Hati yang Merah)
Diseksi (Di antara Hati yang Merah)
Yaseer Fikri
15/7/2019 20:05:13
17,083
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3

“KAU duduk diam-diam disitu !!” pekikan seorang lelaki bertubuh gempal mengecutkan tubuh-tubuh kecil yang terkurung di sebuah kamar usang.


“ Kalau aku tahu ada diantara kamu di sini yang membantu Si Bedebah itu lolos, seorang demi seorang perut kamu di sini aku ceraikan !” mata lelaki itu membulat merah. Satu-persatu wajah kecil gadis yang ketakutan di penjuru kamar diperhatikannya.


“ Chullo ! Semua tempatkami cari, budak perempuan itu lebih lekas dari kami,” seorang lelaki tinggi lampai tercungap-cungap menghabiskan kata. Seketika dua lelaki berjaket merapatinya dari belakang. Mereka juga lencun akibat peluh. Sedaya-upaya mereka menarik nafas menghilangkan semput yang masih berbaki.


“ Bodoh ! Budak sekecil itupun kamu bertiga tidak bisa dapatkan kembali !” satu tamparan kuat hinggap ke muka lelaki tinggi lampai. Dia tersungkur ke tepi. Tangannya pantas menggosok pipinya. Dua lelaki di belakangnya diterpa rasa takut tiba-tiba.


           Chullo merenggut leher lelaki yang masih menahan kesakitan itu. Matanya sempat mengerling ke arah dua lelaki muda yang berdiri di luar pintu kamar tersebut. Rasa geram yang membuku di hati tidak mampu dia tahan lagi.


“ Aku mahu, kalian bertiga cari budak ini sampai dapat. Kalau tidak, paru-paru kamu bertiga yang aku jualkan nanti !” Chullo menghempaskan tubuh lelaki tadi ke lantai. Lelaki itu berusaha untuk berdiri agar tidak terhentak kuat. Mereka bertiga mengangguk laju lalu bergegas pergi. Kata-kata Chullo tidak mampu mereka tidakkan.Tambahan, kesilapan mereka juga menyebabkan salah seorang daripada gadis-gadis itu berjaya melarikan diri melalui tingkap kamar.  


         Esakan gadis-gadis dari dalam kamar menyesakkan Chullo. Keadaan kamar yang kotor dan usang tambah memarakkan kemarahannya. Bau hancing dan busuk najis yang bertompok di lantai kamar itu meloyakan. Beberapa bungkus bekas makanan yang sudah basi juga bersepah di lantai. Wajah-wajah gadis di penjuru kamar diperhatikannya satu-satu.


        Gadis-gadis muda itu meleraikan tangisan mereka dengan rasa takut yang menjalar. Mereka hanya berseluar dalam dan berbaju t-shirt. Keadaan diri mereka yang kotor setelah dikurung beberapa hari di dalam kamar itu menjadikan mereka jijik pada tubuh mereka sendiri.


“ Kau…..ke mari !” Chullo menundingkan jari ke arah seorang gadis berusia 15 tahun. Rambut gadis itu sudah dibotakkan. Terlihat sisa-sisa rambut yang masih melekat akibat dicukur secara paksa. Gadis itu tidak langsung berdiri.


     Bibir gadis itu terketar-ketar.Dia berada di sebalik beberapa gadis lain di depannya. Air matanya melalui pipinya yang kehitaman akibat kotoran di lantai bilik. Chullo tidak gemar menunggu dan bersabar. Dia lekas menarik kuat tangan gadis itu secara paksa.Beberapa gadis lain di tepinya tidak berani berbuat apa-apa. Mereka turut sama menangis.


Gadis itu cuba meronta.Namun, kekuatan Chullo bukan tandingan buatnya. Tubuh lesunya terseret ke lantai. Sisa-sisa najis terpalit sama ke bajunya. Bau tajam dan hancing menusuk dalam. Tekaknya sudah tidak mampu menahan luahan isi dari perutnya. Dia termuntah.


Chullo tidak memperdulikan erangan kuat gadis itu. Gadis itu diheretnya ke luar kamar lekas-lekas. Dia sudah tidak betah bergelumang dengan bau busuk najis di dalam.Gadis itu dihempasnya ke tepi dinding. Esakan tangis dari dalam kamar semakin kuat. Teman-teman gadis tersebut tidak mampu mengerah kudrat mereka untuk membantu, apalagi menghalang Chullo melempiaskan kebinatangannya.


Si Gadis hanya mampu mengerang dan menangis. Tubuhnya mengeliat akibat hentakan ke dinding. Perutnya terasa senak yang teramat. Seketika, satu tendangan hinggap ke belakang kepalanya sedang dia berusaha untuk mengesot lari. Pandangannya padam serta-merta.


 

 

BUNYI geseran besi tertangkap ke telinga. Pandangannya sedaya-upaya dikerah untuk melihat semula.Perit di belakang kepalanya menjalar sehingga ke otak. Pening. Gadis itu mulai terasa mual. Namun, kesakitan di kepala dan perutnya merencatkan dirinya untuk muntah.


Si Gadis itu memerhati sekeliling dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Hidungnya terasa basah. Hingus bercampur darah sudah kering di bahagian bibir atasnya. Gadis itu gagal bergerak. Kaki dan tangannya diikat kuat. Dia baharu menyedari tubuhnya yang kecil itu dibaringkan di atas sebuah meja. Tangannya didepa luas ke penjuru meja dan diikat. Begitu juga kakinya. Rasa dingin di bilik itu menyambar tubuhnya yang telanjang tanpa seurat benang. Serta-merta, ketakutan menyerangnya semula. Dia cuba menjerit dan meronta. Namun, rasa perit yang teramat terasa dikerongkong menghalangnya.Tekaknya tersumbat. Sebatang tiub Endotracheal jernih tertanam di mulutnya tanpa dia sedari. Hujung hos dapat dia rasakan bergesel diantara tekaknya,manakala pangkal hos mengarah ke luar. Setiap kali dia cuba bergerak, tekaknya akan berasa perit dan pedih.Udara yang dia sedut memasuki hos dan melalui tekaknya. Dia sukar bernafas.


            Chullo memasuki bilik tersebut. Dia mengikat tali apron plastik putih ke belakang tubuhnya. Perutnya yang buncit semakin terserlah akibat apron yang diikat ketat. Chullo memadang tajam ke arah gadis bogel yang terbaring di meja di tengah bilik. Di tepi meja tersebut, sebuah troli besi duatingkat penuh dengan pelbagai alatan pembedahan. Ada di antaranya yang masih berdarah. Kain hijau yang dilapikkan di atas meja juga kelihatan kotor dengan tompokan darah dan hanyirnya bisa sampai ke hidung.


            Melihat Chullo yang sibuk memasang topeng muka, gadis itu cuba meronta kembali. Jeritan yang keluar dari mulutnya hanyalah bunyi deraman yang tertelan. Suaranya tidak mampu untuk keluar. Dia sudah tidak mampu menggerakkan kaki tangannya.


            Chullo mengambil sebuah bekas berisi air. Dia membasahkan bahagian perut gadis tersebut lalu menggosoknya perlahan menyebabkan tubuh kecil itu bergoyang-goyang. Kotoran pada bahagian perut dan payudara gadis itu cuba dia tanggalkan. Gadis itu tetap lesu. Dia mati gerak. Pergerakkan tangan Chullo hanya mampu dia ekori dengan anak matanya. Senak di perutnya beransur menggigit kembali.


            Usai mencuci, Chullo mengambil sebilah pisau bedah padatroli di sisinya. Beberapa kali pisau dilap pada kain hijau yang melapik meja.Tanpa lengah, Chullo menghiris kuat kulit di bahagian perut gadis tersebut.Darah terpancut serta-merta. Gadis itu menggeleng laju. Sisa air matanya mengalir ke pipi. Chullo tidak peduli. Matanya tekun memerhatikan kulit perut gadis tadi yang kian terbelah. Selaput tisu kulit yang berwarna putih tersembul keluar, diikuti lemak kekuningan pada kulit. Darah semakin deras mengalir dari kawasan hirisan dan juga melalui hos yang tertancap di kerongkong gadis itu.Sebelum menyambung hirisan, Chullo lekas-lekas mencapai hos paip getah, lalu disambungkan pada tiub di mulut gadis itu.


            Chullo menghiris sehingga ke bahagian ulu hati dan berhenti di antara payudara gadis tersebut. Seketika, dia mencapai sebilah pisau bedah yang lebih besar lalu membelah perut gadis itu dengan lebih dalam. Chullo menjaga hirisannya bimbang akan melukai organ dalaman. Gadis itu kian lemah.Tubuhnya menggelupur saat Chullo membuka paip yang bersambung di tiub pada mulutnya. Matanya tidak berganjak daripada merenung lesu ke arah Chullo.


           Beberapa detik nyawanya putus ketika Chullo sibuk mengeluarkan usus-usunya.Sebuah plastik biru penuh dengan rantaian usus yang masih berdarah. Chullo menguak lebar kulit perut yang sudah dibelahnya.Air paip tadi masih mengalir deras. Dengan ini, ia akan memudahkan kerjanya kerana darah tidak akan menyelaputi bahagian dalam rongga badan gadis itu. Satu-persatu organ vital gadis itu, dia keluarkan dengan berhati-hati.


            Ginjal dan hati diasingkan dan diletakkan ke dalam sebuah kotak penyejuk beku bewarna biru setelah dibalut kemas dengan plastik jernih.Chullo melihat-lihat ke bahagian perut gadis yang sudah tidak bernyawa itu.Fikirnya, jantung muda gadis itu juga berbaloi untuk didagangkan. Dengan hirisan perlahan, Chullo mengeluarkan jantung yang berada di belakang paru-paru. Tulang rusuk bahagian hadapan sudah Chullo alihkan. Kolam darah didalam rongga tubuh gadis itu membasahi tangannya. Senyuman kepuasan terpancar pada bibirnya, menampakkan giginya yang jarang.  

           

 

 

 

             

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.