4,320
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 4

"Assalamualaikumwarahmatullah... "

Krekk... 

"Assalamualaikumwarahmatullah..."

Trang! 

Ahnaf tersentak. Bulu romanya meremang lain macam hari ini.Akhirnya selesai juga dia lakukan solat hajat dan solat istikharah. 

Sejadah dilipat dan kopiah dibuka. 

Krek... 

Sekali lagi bunyi pintu dibuka. Sepanjang dia solat, tidak berhenti bunyi pintu ditarik dan ditolak.Nak kata Balqis, bukan Balqis.Adik perempuannya itu dah tidur. Takkan Harys? 

Dia kumpulkan semua rasa berani untuk melihat keadaan di luar bilik. 

"Aduh... Arh! "

Ahnaf mengaduh. Kakinya sakit apabila dilihat. "Ya Allah... Berdarah..."

Kakinya luka. Terdapat 1 serpihan kaca tertimbus ke dalam tapak kakinya. Air mata keluar, hanya Allah yang tahu sakit yang dia alami. Perlahan serpihan kaca itu dikeluarkan. 

Dia mengesot sedikit ke luar bilik untuk melihat apa sebenarnya benda yang pecah tadi. 

"Macam mana gambar ni boleh pecah? "Soal Ahnaf sendirian. Bingkai gambarnya, Harys, dan arwah ibu dan bapanya itu pecah. 

Bagaimana boleh pecah? 

Kening Ahnaf bertaut serta-merta. "Kenapa ada kesan darah pada gambar Harys? "

"Tolong saya... "

Ahnaf memusingkan kepala ke belakang.Terdengar suara perempuan  meminta tolong sambil menangis. Dia takut.Jujur,ini kali pertama dia diganggu seperti ini. 

Ayatul Kursi dibaca untuk dijadikan pendinding. Dia mengesot untuk pergi ke bilik air. Sebelum itu,pintu biliknya ditutup secara perlahan . Kerana tak mahu Balqis tersedar. 

Paip dibuka. Mulutnya ditekup, dia menangis.Air mata jantannya menitis. Darah di kakinya mengalir tanpa henti. Selepas itu, kakinya yang tadi dibalut tanpa bantuan siapa-siapa. 

Sebelum tidur, fikirannya masih memikirkan siapa gadis yang menangis meminta pertolongan tadi. 

"Aku yakin, ini semua adalah petunjuk daripada Allah. "


**********


Dia duduk termenung di halaman rumah untuk menunggu penghantaran makanan.Telefon pintar berjenama Samsung dikeluarkan untuk menghilangkan bosan. 

Kakinya yang dibalut itu dipandang lama. Masih sakit seperti semalam. Suara perempuan itu masih terngiang-ngiang di telinga. 

"Siapa dia? "

"Assalamualaikum. "

Terhinjut bahu Ahnaf. Ternyata lelaki penghantar makanan yang memberi salam tadi. 

"Wa—alaikumussalam. "

"Ni makanan abang. "

"O–kay. Terima kasih. "

Lelaki penghantar makanan itu sekadar memandang pelik ke arah Ahnaf.

Terhinjut-hinjut dia berjalan masuk semula ke rumah. Bungkusan makanan tadi diletakkan ke atas meja makan. 

"Abang Ahnaf!!! Tengok Abang Har ni!!! "

Ahnaf terperanjat mendengar jeritan Balqis. Walaupun kakinya sakit, dia tetap lajukan langkah.

"Kenapa ni? "Soal Ahnaf kepada Balqis. Balqis menghalakan jari telunjuk ke arah Harys. 

"Harys! Apa kau buat ni!? Kau nak bunuh diri ye! "

Pisau dari genggaman Harys cuba dilepaskan tetapi tidak berhasil. Harys tanpa henti menoreh tangannya. 

"Har! Kenapa dengan kau ni hah!? Perlu ke nak bunuh diri macam ni!?Tak ingat dosa ke hah!? "

"Arh! Lepaskan aku !Pergi!Shhh!"Harys masih meneruskan hal itu. 

"Arghh... Sakit... "Harys mengaduh sakit apabila selesai menoreh. 

"Gila tak sakit!Kau toreh tangan kau! Kau sedar tak!? "Marah Ahnaf. 

"Kau tak faham apa yang aku rasa abang... Kau tak faham... "

Harys bersuara dalam nada sayup. Ahnaf faham,apa yang adiknya itu alami. Harys menangis seketika di dalam pangkuan Ahnaf. 

"Aku takut bang... "Luah Harys menggunakan gelaran abang kepada Ahnaf. Inilah Harys yang dulu. 

"Takpe. Kita pergi klinik dulu. Bahaya luka kat tangan kau tu. "Ujar Ahnaf. Nampak gayanya dia kena memandu ke klinik juga walaupun kakinya sendiri sakit. Dia harus kuat. 


************


Kereta mereka diberhentikan di hadapan homestay. Akhirnya mereka selamat balik dari klinik. Keluar sahaja dari perut kereta, Ahnaf memerhatikan rumah satu-satunya jiran mereka. 

"Balqis sayang... Tolong abang ambilkan satu bungkusan makanan kat atas meja makan kita? "Pinta Ahnaf. Dia sudah tidak larat ke hulu ke hilir dengan kaki yang sakit ini. 

"Boleh abang. "

"Thank you... "

Setelah satu minit menunggu, Balqis menghulurkan plastik makanan. 

"Abang nak bagi siapa? "Soal Balqis. 

"Jiran kita... Abang tak sedaplah, haritu diaorang dah sedekah makanan kat kita... Takkan kita tak balas balik... Aqish masuk dalam dulu. Abang nak hantar makanan kejap."

"Okay abang. "Jawab Aqish yang masih berdiri di muka pintu. 

Perlahan dia berjalan menuju ke rumah jirannya yang jaraknya tidak jauh dengan homestay. 

"Assalamualaikum... "

"Waalaikumussalam."

Dengan sekali ucapan salam, ucapan salam itu dijawab. 

"Awak ni siapa? Ini rumah mak cik haritu yang hantar–"

"Makanan kat rumah awak?"Perempuan muda yang kira-kira berumur dalam lingkungan 20-an itu memotong percakapannya. 

"Ya. Itu mak saya. "Sambung perempuan berbaju kurung itu. Masih adakah orang zaman sekarang memakai baju kurung di dalam rumah?

Ahnaf cuba bersangka baik. 

"Oh takpelah. Ini, saya sedekah.Ini kiranya balasan saya. Terima kasih untuk lauk haritu,sedap..."Bohong Ahnaf. Walhal tidak sesuap lauk pemberian mak cik itu dia makan. 

"Terima kasih. "Ucap perempuan itu lalu mengambil bungkusan plastik itu. 

Mata perempuan itu merenung tajam ke arah kereta Ahnaf. Ahnaf berpusing ke belakang. 

"Harys. "Gumam Ahnaf.Harys dan perempuan itu saling berbalas renungan tajam. Ada apa sebenarnya antara mereka berdua ni? 

"Awak kenal adik saya?"

Perempuan itu hanya mengangguk lalu berjalan masuk semula ke dalam rumah. Pintu rumah itu, ditutup dengan kuat.

"Sah. Ini mesti ada yang tak kena."Gumam Ahnaf seraya memandang Harys yang masih duduk di dalam kereta.


************* 


Semua album gambar dari bawah katil dikeluarkan. Setiap gambar,pasti mempunyai kenangan yang tersirat.Hanya sekeping gambar yang boleh membuatkan rindu di hati terubat. 

Harys tersentak. Bonggol pintu kelihatan dipulas perlahan.Satu album disorokkan di bawah bantal. 

"Hye Har. Buat apa tu? "Tanya Ahnaf. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Tanpa melengahkan masa, dia menghenyakkan punggung ke atas katil. 

"Aku tengok...Album kita masa

kecil-kecil. "

"Mana kau jumpa? "

"Kat bawah katil. Aku teringat yang dulu aku simpan kat bawah katil. "

"Kau dah ingat? "Soal Ahnaf semakin gembira melihat keadaan adiknya yang hampir pulih. 

"Aku... Dah mula ingat sikit-sikit. "

"Alhamdulillah... "Ucap Ahnaf sambil menadah tangan. 

"Terima kasih abang. "Ujar Harys sambil tersenyum. 

"Huh... "Tiupan angin di telinganya membuatkan senyumannya tadi mati. 

"Har. Kau okay?"Tanya Ahnaf disaat melihat perubahan di wajah Harys. 

"Aku okay. Tolong keluar bang. Aku nak tidur. "

Belum sempat Ahnaf melihat gambar-gambar mereka waktu kecil,Harys sudah menghalau. Disaat Ahnaf ingin bangun, matanya terpandang ke arah bantal. 

"Album apa kat bawah bantal kau tu?Aku nak tengok. "Soal Ahnaf seraya menghampiri bantal itu. 

"Jangan! "Harys menentang keras. 

"Tolong keluar abang. "

"Ala... Aku nak tengok je... "

"Tolong! Keluarlah! "Jerkah Harys. Anginnya telah berubah.

Ahnaf mengalah. Kedua-dua kakinya berundur keluar. Matanya masih memandang ke arah album di bawah bantal itu. 


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh