4,318
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 3

Sinaran matahari menembusi langsir tingkap. Hari sudah siang. Harys masih belum tidur dan rehat dengan secukupnya. 

Sejak pukul 3 pagi sampai sekarang, dia masih belum tidur kerana ada bayangan yang mengganggunya. Kedua-dua belah telinga ditekupkan. Air matanya merembes keluar. 

"Pergi! Jangan kacau aku!!!Pergi! "

Semua bantal yang ada di katil dicampakkan. Selimut digigit berkali-kali.Itulah yang akan dia lakukan setiap kali, dia berada di dalam situasi trauma. 

"Arghhh!!!"

**********

"Astaghfirullahaladzim.Kenapa pula dengan Harys pagi ni!? "

Ahnaf memadamkan api gas.Dia nak memasak pun tidak senang hati. Ahnaf pantas berlari naik anak tangga. Pintu bilik Harys diketuk. Bonggol dipulas berkali-kali, nampaknya pintu dikunci dari dalam. 

"Har! Buka pintu ni! "

"Argghhh! Jangan kacau akulah! "

Teriakan Harys membuatkan Ahnaf tidak tenang. Ahnaf berlari ke bilik.Kotak kunci pendua dicari. 

"Sini takde. Kat sana pun takde. Argh! Mana pula kunci spare ni!? "

Almari baju dibuka. "Alhamdulillah, ini pun. "

Terdapat lima kunci pendua. Ahnaf mencuba semua kunci itu. Kunci yang terakhir telah berjaya membuka pintu bilik Harys. 

"Pergi!!! "

"Har. Releks... Istighfar... Astaghfirullahaladzim...Ikut abang istighfar ye."Pujuk Ahnaf sambil memeluk erat badan adiknya yang sejuk.

"Argh! Kau sama je macam orang lain! Kau selalu cakap, kau sayangkan aku! Kau nak aku sembuh! Tapi kenapa kau bawa aku kat rumah berhantu ni!?Hah!? "Bentak Harys seraya menolak badan Ahnaf.

"Har. Rumah ni tak berhantu. Semalam aku dengan Aqish tidur okay je... Tenang je. Kau yang terlalu ikutkan perasaan... "

"Itu sebab benda tu tak nak kacau kau! Masalahnya sekarang, benda ni kacau aku! Kalau kau tak nak dengar apa yang aku cakap. Pergi mampuslah! "

*************

Ahnaf termenung seorang diri di tepi kolam. Kakinya digoyangkan di dalam kolam. Tangannya dicelupkan ke dalam kolam lalu dibasahkan sedikit ke mukanya. 

Dia mengelamun memikirkan kata-kata Harys tadi. Adakah betul dia yang bersalah? Tidak mungkinlah. 

Harys dalam keadaan tidak waras sekarang. 

Tapi tak semestinya orang yang tidak waras itu kata-katanya tidak betul. 

"Arh! Boleh jadi tak betul aku kalau selalu macam ni. "gumam Ahnaf. 

"Abang! "

Tersentak Ahnaf. Ternyata Balqis yang memeluknya dari arah belakang. 

"Iye... Aqish ni. Terkejut abang. "

"Hihi. "Hanya sengihan dan ketawa yang Balqis bagi.

Ahnaf sekadar tersenyum segaris.

"Dari mana Aqish dapat lollipop ni?"Soal Ahnaf. Setahunya, dia memang tidak pernah belikan Balqis lollipop sebesar ini. 

"Daripada Akak Lia..."Jawab Balqis.Lollipop yang sedap itu dijilat. 

Bulu roma Ahnaf tiba-tiba naik. 

"A–kak Lia? Siapa dia? "

"Entah. Tadi Aqish dengar ada orang ketuk pintu. Lepatu Aqish buka dan dia bagi Aqish lollipop ni. "Balas Balqis jujur. 

"Hmmm... Aqish... Lepas ni kalau ada orang ketuk pintu jangan buka. Panggil abang dulu okay. "Pesan Ahnaf seraya memegang kedua-dua belah pipi adiknya. 

"Okay abang. "

"Aqish dah mandi? "

"Dah abang. "

"Jom makan. Abang ada beli nasi lemak bungkus tadi. "

************

Nasi lemak dan air masak dibawa naik ke tingkat atas. Pintu bilik Harys diketuk terlebih dahulu. 

"Har... Abang, ada bawakan kau makanan. "Kata Ahnaf lemah lembut. Dia tidak boleh terlalu berkeras dengan Harys.

Harys senyap. Dia duduk termenung di cermin. Di cermin itu dia hanya memandang wajahnya. 

"Jom makan, meh aku suapkan. "Ujar Ahnaf yang melabuhkan punggung di atas katil Harys. 

Harys tidak memberikan sebarang reaksi. Mulutnya ditutup rapat. Suapan Ahnaf dipinggirkan. 

"Har... Abang minta maaf pasal tadi..."

"Tak payah nak berabang-abang sangatlah dengan aku. "Akhirnya Harys bersuara kembali. 

Ahnaf mula berfikir-fikir ingin berborak tetang apa dengan Harys. 

"Kau ingat lagi tak rumah ni? Ni homestay family kita... Dulu kau selalu datang sini,kau kata kau tenang dekat sini. "

"Tak! Aku tak tenang! Aku nak balik! Aku tak nak duduk kat rumah ni! Rumah ni berhantu!"

"Berhantu?Haish...Sudah-sudahlah tu merepek.Kau tu hilang ingatan. Apa yang kau ingat tentang rumah ni?"Ujar Ahnaf yang dah menyerah kalah. Nasi lemak dan air tadi diletakkan di meja. Pandai-pandailah Harys makan. 

"Aku tak tipulah! "

Teriakan daripada Harys dipekakkan. Dia dah penat mahu melayan karenah adik lelakinya itu. 


************

"Bye Kak Lia... "

Terdengar suara Balqis dari luar rumah. Buat apa pula Balqis di luar? 

"Aqish! Buat apa Aqish duduk luar sorang-sorang ni? "

"Aqish main dengan Kak Lia. "

"Aduh... Kak Lia tu siapa Aqish? Abang tak pernah nampak dia pun... "Soal Ahnaf pening kepala. Kepalanya digaru kasar. 

"Entah. Tadi ada. Sekarang takde pula."

"Dah. Jom masuk dalam. "Tegas Ahnaf. 

Langkah Ahnaf terhenti seketika. Dia terasa seperti ada orang yang memerhatikan mereka. Ahnaf menggeleng laju. 

"Ini semua... Mainan syaitan Ahnaf..."bisiknya dalam hati demi menyedapkan hatinya yang tak tentu arah. 

*************

Telefon pintar di sebelah diambil. Dia ragu-ragu mahu telefon Ustaz Abdul atau tidak. Dengan lafazan basmalah, dia tekan juga nombor telefon Ustaz Abdul. 

"Assalamualaikum ustaz... Ni saya Ahnaf,kawan Faiz. Maaf mengganggu ustaz. "

"Waalaikumussalam... Tak mengapa Ahnaf. Ada apa ni? Adik kamu masih ada masalah? "Soal Ustaz Abdul seperti sudah tahu jawapannya. 

"Iye ustaz... Sebenarnya macam ni. Kami ada kat homestay arwah peninggalan ibu bapa kami...Adik saya, Harys selalu meracau, dia kata dia kena kacau. Tapi saya okay je... "

"Oh macam tu... Homestay yang awak tinggal sekarang ni, di mana? "

"Di Port Dickson ustaz."

"Oh! Tak jauhlah dengan tempat saya sekarang ni... Sebenarnya, saya sedang temankan anak lelaki saya pergi bercuti dan kebetulan di Port Dickson. Macam ni, insyaAllah malam nanti jika ada kelapangan masa saya pergi ke homestay kamu."

"Be–tul ke ustaz? "Tanya Ahnaf terkejut. 

"Iye. Nanti saya call awak semula. Assalamualaikum Ahnaf. "

"Waalaikumussalam... Terima kasih ustaz. "

Talian diputuskan. Hanya ucapan syukur Ahnaf mampu ucapkan sekarang. 

**********

"Terima kasih kerana sudi datang ke homestay saya. Maaf kalau saya mengganggu masa percutian ustaz. "

"Hahaha...Tak mengganggu saya pun... Perkenalkan ini saya lelaki saya,Salleh namanya. "

"Selamat berkenalan Salleh. "Ucap Ahnaf kepada Salleh. 

"Se–lamat berkenalah ju–ga."Tergagap-gagap Salleh membalas.Terketar-ketar tangannya saat membalas salaman Ahnaf. 

"Anak ustaz ni kenapa ye, kalau boleh saya tahu? "

"Hmmm... Apa kata kita masuk ke dalam dulu. Mungkin anak saya, akan jawab sendiri soalan kamu tadi. "

Setelah mendengar kata-kata Ustaz Abdul. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam homestay.

"Adik kamu di mana? "Tanya Ustaz Abdul sambil melihat keadaan sekeliling rumah. 

"Di bilik ustaz. Ustaz nak saya panggilkan dia? "

"Takyah. Takpe Ahnaf. "Halang Ustaz Halim. Ahnaf menurut. 

"Salleh... Ceritakan. "Arah Ustaz Abdul ke arah anaknya. 

"Hmmm... Abang Ahnaf, maaf kalau kata-kata saya ni nanti ada salah dan silap ye. "

Sebelum bercerita lebih lanjut, Salleh meminta maaf terlebih dahulu kepada Ahnaf. 

"Takpe Salleh. Cerita sahaja. "Balas Ahnaf lalu tersenyum. 

"Selepas saya keluar dari kereta tadi... Saya dapat rasa ada sesuatu yang tak kena di rumah ni. "

"Tak kena? Maksud awak? "Soal Ahnaf. 

"Semasa... Abang Ahnaf keluar untuk jemput kami masuk, saya ada nampak kelibat perempuan berambut panjang di sebelah rumah ni. Dia menangis dan seolah-olah cuba meminta tolong."

"Perempuan rambut panjang? Minta tolong? Siapa pula dia? "Ahnaf memotong ayat Salleh. 

"Tentang itu saya tak pasti bang. Kalau abang nak tahu... Sebab tulah saya menggeletar tadi... Untuk pengetahuan abang... Saya dah lama tak nampak benda-benda ni. Last saya nampak pun, masa di universiti. Entah macam mana hijab mata saya ni terbuka pula malam ni. "Ujar Salleh yang jelas dari gayanya masih takut.

"Mungkin ini petunjuk dari Allah... Ahnaf, berdoalah. Solat lima waktu. Saya memang tak dapat nampak makhluk halus ni dari mata kasar... Tapi saya hanya dapat rasa, memang ada sesuatu di rumah ini. "Panjang lebar Ustaz Abdul bercerita. 

"Ja–di apa yang adik saya selalu cerita tu betullah? "

"Mungkin. Macam ni, ustaz akan bacakan ayat-ayat Al-Quran untuk buat bersihkan rumah ni dan buat pagar rumah. InsyaAllah... Tak mengapa kita ikhtiar ye. "Ujar Ustaz Abdul lalu menepuk bahu Ahnaf. 

***********

"Semoga kamu sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Allah. "Ustaz Abdul mengirimkan doa buat mereka sekeluarga. 

"Aamiin terima kasih. Semoga ustaz, Salleh dan seluruh ahli keluarga dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki... "Ahnaf turut mendoakan kesejahteraan buat mereka kembali. 

"Aamiin... "Jawab Ustaz Abdul dan Salleh. 

"Itu rumah jiran kamu? "Tanya Ustaz Abdul sambil menunjuk ke arah rumah mak cik yang menghantar makanan semalam. 

"Iye ustaz. "

"Berbuat baiklah dengan tuan rumah tu... Mana tahu, kamu boleh temui jawapan. "Cadang Ustaz Abdul lalu menepuk bahu Ahnaf. Ini sudah masuk kali kedua Ustaz Abdul memberikan cadangan. 

"Baik ustaz."Jawab Ahnaf.

"Jangan lupa, jaga solat lima waktu. Buatlah solat istikharah semoga Allah memberikan pentunjuk dan buatlah solat hajat semoga semua ini berjalan lancar dan adik kamu lekas sembuh. "

Ustaz Abdul memberikan pesanan terakhir sebelum masuk ke dalam kereta. 

"Baik ustaz. Terima kasih 

banyak-banyak sekali lagi ustaz dan Salleh. "

"Sama-sama, assalamualaikum... "

"Waalaikumussalam... "


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh