Home Novel Seram/Misteri Putera Dua Wajah
Putera Dua Wajah
Eidawati
28/9/2018 19:34:56
8,031
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1-2

Lufti melangkah melewati lopak-lopak air. Suara-suara katak selepas hujan jelas kedengaran. Bayi dalam dukungannya didakap erat. Anak kecil itu sedikit pun tidak menangis walaupun keadaan mula terasa sejuk. Tiba di depan rumah papan beranjung, Lufti berhenti melangkah. Salam kemudiannya diberi.

Seketika kemudian kedengaran salam berjawab. Terjengul kepala seorang wanita dari pintu depan menjemputnya masuk.

Lufti tersenyum lalu kakinya diatur memanjat anak tangga. Lufti bersila di anjung namun mencerun wajah wanita separuh usia itu memandang Lufti.

“Anak ni... serahkan pada orang yang sepatutnya.”

Wanita itu mengangguk namun teragak-agak bayi lelaki itu diambil. Senyuman terukir dibibir melihat wajah comel yang tidak tahu apa-apa.

“Keluarganyamana?” Soal wanita separuh usia itu. Lufti tersenyum kelat sambil wajah Mak

Tam dipandang.

“Tak ada tempat untuk dia. Sebab tu saya hantar dia ke sini.” Dalih Lufti.

Mak Tam mengangguk-angguk lagi. Jari-jemari anak kecil itu disentuh.

“Dah ada nama?” Soal Mak Tam lagi.

Lufti hela nafas. Dia terlupa!

Nama belum dipilih. Sijil lahir pun tak ada. Entah apa yang dia fikir agaknya.Tergesa-gesa Lufti buka beg kecil dibawa. Penuh berisi barangan bayi.

“Saya...”Lufti hela nafas. “Saya belum fikir nama untuk dia, Mak Tam.” Ujar Lufti berterus-terang.

“Hmm...kamu ni. Mak Tam uruskan nanti. Sediakan saja duitnya.”

Lufti mengangguk-angguk. Sengihnya melebar apabila teringatkan kelat muka Lukman.Entah apa nak jadi dengan keluarga abangnya itu nanti. Sekarang memang nampak macam tak ada apa-apa. Tapi masa depan, manusia belum tentu dapat meneka!

Mak Tam betulkan kain yang membaluti tubuh bayi kecil itu. Tersenyum dia memerhatikan wajah comel yang cukup mencuit hatinya.

Lufti pegang tengkuknya yang terasa meremang tiba-tiba. Berkerut dahinya melihat sesusuk tubuh menghampiri. Renungan mata Lufti makin tajam bila menyedari ketinggian tubuh makhluk di depannya.

Saat ini Lufti hanya mampu meneguk liur melihat makhuk itu menyeringai merenungnya.

“Lukman ada buat perjanjian dengan kamu?” Tanya Mak Tam pada makhluk bertubuh tinggi itu.

TersentakLufti mendengar pertanyaan Mak Tam. Wajah Mak Tam dan makhuk bertubuh tinggi didepannya dipandang silih berganti. Mak Tam dah tahu rupanya!

“Anak ni, Mak Tam serahkan pada kamu.” Tak semena-mena wanita tua itu membuat keputusan. Disuakan bayi dipegang pada makhluk yang entah dari mana asalnya!

“Nanti dulu, Mak Tam!” Bergegas Lufti dapatkan bayi dalam dukungan Mak Tam. “Saya suruh serahkan pada orang yang sepatutnya. Bukannya pada...” Lufti terhenti kata melihat makhuk di depannya tersengih.

Lufti teguk liur menahan gementar dalam diri. Tak mustahil bayi sekecil ini mampu dibahamnya!

“Kamu tak setuju?” Mak Tam tersenyum. “Kamu tak nak budak nikan? Kamu minta Mak Tam...”

“Bukan pada makhluk ni.” Erat Lufti merangkul bayi dalam dukungannya. “Makhluk ni tak boleh jaga Jio.”

“Kamu dah ada nama untuk dia?”

Teragak-agak Lufti mengangguk. Entah bila dia terfikirkan nama itu!

“Cuma Jio?” Soal Mak Tam lagi.

“Bakhtiar. Jio Bakhtiar.” Semakin erat pelukan Lufti pada bayi yang tidak berdosa itu.

MakTam ukir senyum di bibir. Kepalanya diangguk-anggukkan.

“Kamu jangan risau. Mak Tam akan tolong kamu jaga dia.”

“Maksud Mak Tam?” Tanya Lufti agak keliru. Matanya memandang ketika Mak Tam bangun dan mengambil sesuatu di atas almari kayu.

Lufti tunduk bila tak semena-mena pandangannya bertemu dengan makhuk yang cukup menggerunkan hatinya!

“Ini untuk kamu. Anugerah untuk orang baik hati macam kamu.” Mak Tam hampiri Lufti semula lalu segugus kunci diserahkan pada lelaki itu.

Teragak-agak Lufti mengambil pemberian dari Mak Tam.

“Harganya abang kamu yang akan bayar nanti. Bukannya kamu.”

“Saya tak faham...”

“Satu hari nanti kamu akan faham. Tanggungjawab kamu untuk besarkan Jio. Didik dia tak ubah macam kamu didik anak kamu sendiri. Darah daging kamu.”

Perlahan Lufti mengangguk. Kunci dalam genggamannya yang kelihatan berkilau dipandang tak berkelip.

Senyum Mak Tam melebar.

Anak ini anugerah Allah. Perlu dididik dan dibesarkan dengan sebaik mungkin. Telah

ditakdirkan pertemuan Lufti dan Jio. Akan ada kisah. Malah akan ada rahsia yang akan terungkai untuk keadaan kembali diperbetulkan!

Previous: Bab 1-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eidawati