Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
33,940
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 11
Alyssa membuka mata perlahan-lahan. Kehausan yang dirasakan memeritkan kerongkongnya. Dengan mata yang terkebil-kebil kehairanan kerana dikelilingi oleh jiran tetangga, Alyssa memandang satu persatu wajah dihadapannya. 


"Mak Tok?? Airr..airr.." tersekat-sekat Alyssa meminta air. Dengan segera segelas air kosong dihulurkan pada Alyssa. "Slurppppppppp...aaahhhhhh"...rakus sekali bunyinya. Nyata Alyssa dahaga yang teramat. 

"Macam mana keadaan Lyssa sekarang?..Mak Tok risau nih"..

"Mak Tok..kenapa orang ramai datang rumah kita nih?" sahut Alyssa tidak menghiraukan pertanyaan Mak Tok.

"Lyssa..lebih seminggu Lyssa tak sedarkan diri nak..kami semua bimbang keadaan Lyssa..apa yang berlaku sebenarnya?" soal Mak Tok sedikit gelejoh. 

"Hishhh awak nih..dia baru je sedar..kot yea pun, tunggulah sehari dua baru awak tanya.." tingkah Tok Ayah. Baginya asal Lyssa sedar dan tidak lagi kerasukkan seperti minggu yang lalu, dia sudah cukup bersyukur. 

"Alhamdullilah..syukur Lyssa dah balik kepada kita"..ujar Ustaz Nazim sambil menadah tangan memanjatkan kesyukuran. Sejujurnya dia tidak menjangkakan Ummu Sibyan akan "memulangkan" Lyssa selepas digertak. Jangkaanya, Alyssa akan dibawa lebih jauh ke dalam sana. "Mujur lahhh..syukurlahhh.."

"Mak Tok?..kenapa orang ramai kat rumah kita?" Alyssa masih tidak berpuas hati apabila soalannya tidak dijawab.

"Lyssa..nanti bila Lyssa sihat sikit, Mak Tok akan bagitau, hari ni, Lyssa rehat dulu yea..?"

"Ustaz Nazim dan semua yang ada kat sini hari ini, alhamdullilah, terima kasih banyak-banyak..sebab bantu saya dan Tok Ayah untuk sedarkan semula Alyssa"..ujar Mak Tok sambil melemparkan senyuman kepada semua yang hadir.

"InsyaAllah..sama-sama kita jaga kita..Mak Tok, Tok Ayah, Alyssa, minggu depan saya akan datang semula, ada benda perlu saya bincangkan. " 


Berita tentang Alyssa tersebar dengan cepat ke seluruh pelusuk kampung. Manakan tidak, hampir setiap hari sebenarnya sewaktu tempoh kerasukkan, jeritan Alyssa dapat didengari oleh hampir semua penduduk kampung. "Syukurlah kau selamat Alyssa.." desis hati Haris Akhbar Khan.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.