Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
218,955
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 6

Kenal Badrol dah lama lah. Lima tahun mengenalinya dan terus jatuh cinta. Tak sangka bila sudah hampir bertunang dan mahu diijab kabulkan, Badrol mahu menidurinya sebelum berkahwin. Waktu itu sedarlah Iman Amani, Badrol bukan menyintainya tetapi Badrol hanya mempermainkan cintanya.

“Tolong lah, Iman merayu kepada awak!” rayunya kerana keadaan Iman Amani lemah sangat. Dia demam panas, dan kerana kesan ubat membuatkan dia tidak mampu untuk berhadapan dengan Badrol, tetapi Badrol tetap meneruskan niatnya. Tak ada cara lain, selain dari terjun dari tingkap rumah untuk menyelamatkan diri dan maruahnya. Dia mahu lari dari neraka yang Badrol ciptakan.

Tetapi malam ini, dia sihat. Tidak demam atau pun rasa lemah. Dia tahu pintu biliknya sudah terkunci oleh Badrol.

“Ha ha ha, ini semua rancangan aku lah.. aku memang nak lihat kau derita lah, Iman!” kata Badrol sudah menghampiri Iman Amani. Dia mahu mencapai tangan Iman Amani tetapi Iman Amani lebih pantas menyampai minyak wangi yang sengaja diletakkan di atas mejanya. Lalu disemburkan ke muka Badrol. Badrol mengelumpur kesakitan. Waktu itulah dia meloloskan diri untuk keluar dari biliknya, membiarkan Badrol menjerit kesakitan.

Tak sangka Ezzat Iskandar muncul di hadapan biliknya. Dia tertolak badan Ezzat Iskandar kerana mahu cepat-cepat meninggalkan tempat ini.

“Aduhh.. “ jerit Ezzat Iskandar kerana tolakan yang kasar dari Iman Amani.

“Ahrg...,” cemas tak terhingga, apakah Ezzat Iskandar dan Badrol yang merancang untuk melakukan semua ini kepadanya? Lalu dia tidak menoleh lagi apabila Asma pula muncul ketika itu.

“Iman!” jerit Asma

“Jom kita balik!” ajak Iman Amani sambil menarik tangan teman rapatnya itu. Alhamdulillah, selamat aku malam ini. Kalau tidak, musnah lah masa depan.

“Kenapa?”

“Nanti aku cerita kat kau!”

Tak mahu melengahkan masa lagi, dia mahu bertolak malam ini juga ke Pulau Pinang. Tak sanggup untuk tinggal di sini lama-lama lagi. Selesai solat Isyak, dia mahu saja berangkat pergi. Mahu menangis pun ada waktu ini, tetapi dia tidak menjadi lemah di hadapan teman rapatnya itu.

“Kau nak ke mana nih?”

“Aku dah dapat kerja baru lah kat Penang, esok kena lapor diri!”

“Hah?”

“Kebetulan Angah ajak aku tinggal sekali dengannya!”

“Kau nie biar betul? Tak sayang tinggal kerja kat sini. Lagi pun Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah sukakan kau!”

Macam tak jalan saja idea aku, tentu Asma tidak percaya dengan kata-kata aku sebentar tadi sebab semua ini berlaku dalam keadaan terkejut sangat. Badrol tidak pernah insaf dan mahu membaiki dirinya. Dendamnya rupanya masih ada dan membara untuk Iman Amani. Mujurlah aku hantar surat berhenti kerja kalau tidak, macam mana aku nak berhadapan dengan Badrol.

Iman Amani menarik tangan Asma dan mengajak duduk di atas katilnya. Biarlah aku berterus terang saja malam ini. Lagi pun Asma boleh dipercayai.

“Semua ini kerana Badrol kan?”

“Yup. Aku pernah bercinta dengan Badrol, pernah merancang untuk kahwin tetapi...,” Dia bercerita semula kenangan pahit itu kepada Asma. Terkejut Asma mendengarnya, malah sudah menitiskan air mata. Dia saja menangis dalam hati. Tak sangka dua orang lelaki sengaja mempermainkannya.

“Dah lah, jangan menangis. Aku okey lah. ALLAH telah menyelamatkan aku dari menjadi mangsa kepada Badrol!” pujuknya sambil memegang bahu Asma.

“Keluarga kau tahu?”

“Ayah aku saja yang tak tahu. Ayah aku kan sakit jantung. Mak dan adik-adik aku memang tahu hal ini!” Banyak yang ayah tak tahu tentang aku sampai sekarang. Kami semua berpakat untuk menyembunyikan segala cerita duka dari pengetahuan ayah.

“Kalau aku jadi kau pun, aku berhenti kerja jugak lah. Takut sangat!” sambung Asma lagi. Iman Amani hanya mampu mengangguk.

“Tak nak fikir lagi lah tentang ini. Kau simpan rahsia aku yer, jangan cakap kat siapa-siapa!”

“Okey. Kau pun jaga diri kau, bila sampai ke Penang, jangan lupa call aku!”

“Nanti aku call kau!”

Semua beg-beg pakaian di bawa masuk ke dalam keretanya. Baru saja mahu masuk ke dalam rumah untuk ambil beg tangan dan barang-barang lain, kereta Ezzat Iskandar berhenti tepat di hadapan rumahnya. Ezzat Iskandar menarik tangannya masuk ke dalam kereta kepunyaan dan terus memecut laju.

“Awak, tolong berhenti kereta awak sekarang jugak!” jerit Iman Amani sambil menumbuk lengan Ezzat Iskandar.

“Oo, dengan Badrol boleh pulak. Aku lebih berhak lah. Dari dapat kat Badrol, lebih baik kau layan aku...,” marah Ezzat Iskandar. Ini mesti kerja Badrol.

“Jangan cakap sembarangan, Badrol pun tak dapat apa-apa lah!” marah Iman Amani.

“Aku tak kisah semua itu, malam ini kau kena jadi milik aku juga!” balas Ezzat Iskandar.

“Awak jangan cerita gila dengan saya?”

“Kau nak ke Badrol tu rampas kesucian kau dari aku yang jadi suami kau? Kau tu isteri aku lah!”

“Awak dengan Badrol memang lelaki tak guna!” dia meronta mahu keluar tetapi tidak berjaya.

Huwaaa, macam mana ni sebab sudah sampai di rumah Ezzat Iskandar. Takut lebih berganda-ganda dari berhadapan dengan Badrol tadi. Hendak menangis, hendak merayu, nampak sangat aku lemah di hadapan Ezzat Iskandar.

Ezzat Iskandar menarik tangannya masuk ke dalam rumah. Lagi lah terkejut bila melihat mak dan ayah ada di ruang tamu. Terus dia memandang wajah Ezzat Iskandar.

“Along ni, ayah call banyak kali, along tak angkat. Mujur ada Ezzat datang ambil ayah di kampung. Esok, ayah kena jumpa doktor lah kat hospital. Along lupa ke?” terus ayah berleter panjang apabila melihat wajah Iman Amani. Hari ini berapa hari bulan? 17 Disember kan? Ya ALLAH, banyak sangat masalah sampai aku terlupa sepatutnya aku jemput ayah di kampung. Ayah kena jumpa doktor lah esok pagi.

“Dia banyak kerja ayah, telefon habis bateri lah tu!” bela Ezzat Iskandar.

“Ayah dan mak sihat?”

“Sihat lah, kalau tidak ayah tak ada sini!” kata ayah. Mesti dah marah sebab kelalainya Iman Amani menjemputnya. Orang banyak masalah lah, ayah.

“Mak?””

“Sihat..,” jawab mak sambil memegang pipinya. Apa dah jadi dengan hidup anak aku agaknya? Tengok macam tak terurus saja. Kasihan dia, kena menanggung semua ini kerana ayahnya.

“Abang nak keluar ni, nak cari barang sikit. Iman, boleh masak kan?” soal Ezzat Iskandar tiba-tiba. Kena berlakon lagi lah aku. Mesti angah tak beritahu mak tentang Badrol.

“Ha, ah. Ini kunci kereta Iman, abang tolong ambil barang kat kereta Iman sama, boleh tak?” alang-alang berlakon, biarlah berkesan kali ini, sebab nampak Ayah lemah sangat. Tadi ayah tipu saja, mata mak pun cakap macam tu jugak. Ayah fikir apa lagi nih?

Semua pakaian Iman Amani ada dalam keretanya. Di rumah ini, tak ada apa-apa lagi.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.