Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA? Hurm... Whatever lah
CINTA? Hurm... Whatever lah
AnnSelasih
8/4/2018 02:23:11
26,226
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

Cerita dalam cerita 7

"Rin, kau sayang aku tak?"

"Sayang la." Dari tadi Syarina acuh tak acuh menjawab soalan. Aku tanya lagi untuk melihat kesungguhan hati dia.

"Kalau aku dengan July sama-sama jatuh sungai, kau selamatkan siapa dulu?" Aku campak dua ketul batu serentak ke dalam sungai. Nak memperjelaskan lagi maksud soalan.

Syarina menjulang July dan mengagah kucing kesayangannya.
"La, perkara macam tu pun kau nak tanya aku. Tentulah aku selamatkan July. Kan July? Cayang bucuk-bucuk July ni."

Terus kecil hati aku. "Sampai hati kau, Rin. Kau lebih sayangkan haiwan daripada aku."

Sebaik sahaja dilepaskan, July berlari meninggalkan kami berdua di jambatan. Sambil bersila Syarina bercekak pinggang memarahi aku. "Bhai, ape ke hal aku nak terjun sungai selamatkan kau. Kau kan tahu berenang. Dah tu, tak reti- reti nak selamatkan diri?"

Mata terkedip-kedip lama. Aku tarik nafas panjang menyerap sabar banyak-banyak. Memang payah nak bersembang bab hati dengan Si Syarina ni. Slow betul. Berkias lagi dia tak faham. Sudahnya aku tebalkan muka ubah soalan. 
"Apa la kau ni. Situasi tu kiasan aje. Aku nak tahu banyak mana kau sayang aku."

"Oooh." Syarina elak pandang aku dan ketawa kecil. "Sebanyak mana bapak aku sayangkan kau, banyak tu la sayang aku."

"Kalau Pak Su benci aku? Kau benci juga ke?"

Syarina melempar seketul batu kecil ke dalam sungai dengan penuh semangat. Kemanisan merebak dari bibir ke seluruh wajah putih gebunya apabila batu leper melantun beberapa kali di permukaan sungai. Dia jawab, "Anak borek, bapak rintik."

Aku sorotkan pandangan ragu. Macam lari je maksud peribahasa tu.

                      ------- ¤¤¤¤---------

"Simpatinya aku. Ini kes bertepuk sebelah tanganlah ye. Sabar banyak-banyak Azim. Bunga bukan sekuntum." Suara Sabri sayu. Dia telah mendepa kedua tangan untuk memeluk Azim semasa Azim menolak Sabri menjauhinya. Perlahan-lahan Azim mengesot ke sisi Syed.

Rahim melepaskan kelegaan melihat raut Rashdan kembali tenang. Giliran mereka semakin hampir. Kurang dari setengah jam. Bimbang juga dia andai mood Rashdan terkesan dengan cerita Azim. Sia-sia dia berhempas pulas berlatih siang malam seandainya Rashdan gagal memberi tumpuan di dalam pertandingan sedikit lagi.

"Itu bukan point cerita aku." Lepas menjeling Sabri, Azim menatap Rashdan.

"Habis tu apa?" Soalan Sabri mewakili kesemua mata yang sedang memandang Azim.

"Siapa yang dapat pikat hati ayah Syarina, dialah yang akan dapat Syarina."

Kali ini desahan nafas Rahim siap berbunyi.  Kebimbangan Rahim tercetus semula. Hati Rahim menyumpah-nyumpah geram. Bangang betul Si Azim ni. Apasal la kau sibuk nak buka cerita Syarina time-time macam ni. Memerhati air muka Rashdan berubah sekali, Rahim bukan sahaja rasa nak sekeh-sekeh kepala Azim, kaki dah ringan nak tendang lelaki itu keluar dari dewan.


Previous: SE 6
Next: SE 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.