Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
31,190
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 13

Bab 13


“Baiklah, anda semua boleh sambung dengan kerja kerja yang tidak dapat anda habiskan semalam. Kita akan berkumpul semula pukul satu setengah petang untuk makan tengahari. Saya harap anda semua bekerja dengan sebaik mungkin, kalau boleh saya mahu kerja pembaikan disiapkan esok. Lusa bolehlah kita bermula fasa seterusnya. Jika anda perlukan apa apa bantuan atau ada apa apa masalah, datang jumpa dengan saya. Good job so far and keep up the good work. Arissa and Danish, anda berdua siap sedia untuk bertolak pergi dengan Pak Tam dan Budi. Pergi ke dapur dan siapkan makanan tengahari anda sekali. You will only be back in the late afternoon jadi pastikan bekalan air dan makan anda cukup. Bawa sekali kotak kecemasan kecil. Jumpa saya dulu sebelum anda berdua beredar.” Ucapan Prof Bakhtiar hari ini berbeza sedikit dari yang selalu. 

Puteri hanya mengangguk tanda faham dan langsung ke dapur. Kalau ikutkan hati memang tak ingin dia nak bawa bekal untuk mamat tiga suku, tapi kerana difikirkan yang mereka akan ke tempat yang agak menyeramkan, dia tidak mahu memulakan pengembaraan mereka dengan kemarahan Danish. Setelah menyiapkan bekalan yang cukup untuk kedua dua mereka, Pak Tam dan Budi, dia juga mengambil beberapa botol air mineral, mencapai kotak kecemasan, gunting, beberapa keping kain, tuala, tisu, kertas dan dua tiga pena. Kemudian, dia langsung ke tandas. Selesai menggunakan tandas, dia mencuci tangan, kemudian rambutnya yang panjang diikat. Dia melangkah keluar dan menuju ke gelanggang bola keranjang yang baru mereka habis siapkan hari kelmarin. Prof Bahktiar sudah sedia menunggu mereka. Danish pula masih belum kelihatan. Dia tidak rasa pun nak tahu apa yang Danish sedang buat atau kemana dia telah pergi. Segala keperluan telah pun dia siapkan. Kalau nak harapkan Danish, rasanya kebuluranlah dia hari ini.

Selang beberapa minit Danish muncul dengan beg yang agak besar. Dia mencapai botol botol mineral yang Puteri telah ambil dan memasukkannya dalam begnya. Kemudian, Danish mencapai barang barang yang diambil Puteri tadi dan meletakkannya dalam beg besarnya. Dihulurkan satu botol pada Puteri tanpa berkata kata apa. Maksudnya agak jelas, botol botol air dan barang barang itu akan dia angkat kerana agak berat.

Usai segala persiapan, mereka berdua pun ikut Pak Tam, dan Budi masuk hutan dibelakang Rumah Anak Yatim Ikhlas. Pak Tam memang akan masuk ke  hutan seminggu sekali untuk mengumpul kayu dan petik buah buahan untuk anak anak yatim Ikhlas. 

...

Setelah berjalan dalam setengah jam, mereka berhenti untuk kutip kayu dan memetik buah daripada beberapa tumbuhan di daerah situ sambil mengumpul daun kering. Puteri juga sibuk mengambil gambar sambal memandang sekiling hutan.

Eh eh minah sewel ni. Orang kena masuk tempat ni sebab dia, bukannya nak rasa bersalah, dia ada sibuk seronok pulak. Danish menggerutu. Geram rasanya bila melihat Puteri macam bahagia padahal dia sangat tidak selesa dan tak sabar untuk balik ke hotel dan mandi. 

“Pak Tam, ni bunga apa? Cantiknya.......” Puteri bertanya. Dia mendekati bunga ungu itu dan ingin memegang bunga itu. Pak Tam tiba-tiba pekik, “Jangan Ari! Bunga itu beracun. Aduhhhhh budak ini.” Pak Tam berkumat kamit sambung leteran. Danish melirik kekiri dan memandang gadis disebelahnya. Kedua dua belah tangannya diangkat bagai sedang menyerah dan matanya terkebil kebil.

“Woops.” Puteri mula mengekek. Kan aku dah kata dah, dehni minah sewel, orang lain kalau nyaris nyaris mati, patutnya nak nangis, ni tak, ketawa pulak, Danish hairan. Setakat terpegang cicak kecil nangis macam nak apa, abeh ni nak pegang bunga racun relek ajer. Jangan jangan dia sengaja semalam jadi aku kena hukum. Dipandangnya lagi gadis yang disebelahnya. Ish, celaka punya perempuan.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham