Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
31,178
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 1

Bab 1


“Alamak! Dah lambat ni! Macam mana boleh tak dengar alarm bunyi hah?”, Puteri Arissa mengomel sendiri. Tinggal 30 minit sebelum kuliahnya dijangka bermula dan dia masih di rumah. Jangan nak cakap sampai kampus, mandi pun belum. “Ahhh Lantak ah. Kata Princess wehh. Lambat pun siapa boleh marah,” Puteri telah pun membuat kesimpulan sendiri.

Dengan kesimpulan yang tidak masuk akal itu, Puteri mencapai tuala merah jambunya dan langsung ke bilik air sambil mulutnya sibuk bersenandungkan lagu Menahan Rindu yang dibawa oleh Wany Hasrita. Melihat gaya anaknya yang begitu senang dan sambil lewa, Datin Rosnah terus saja melancarkan syarahan tahap dewa, “Ish Puteri, bukannya dah lambat ke?!! Wah budak ni siap boleh menyanyi bagai. Kang tak sempat ke kuliah macam mana?”

Sambil melemparkan senyuman yang manis pada mamanya, Puteri melangkah masuk tandas. Selesai mandi dan menggosok baju, rambutnya yang ikal dikeringkan dan dibiarkan lepas. Puteri menyarungkan blaus biru air lengan pendek yang digayakan dengan skirt paras lutut, juga kasut tinggi berwarna perak ala ala Cinderella. Beg tangan Gucci di gantungkan ke bahu. Usai menggunakan bedak, celak, gincu dan maskara, dia kini siap sedia untuk kuliah. Sambil menyapai fail diatas meja, dia beredar keluar bilik.

Puteri menuruni tangga dengan perlahan lahan lalu memeluk mamanya dari belakang. “Mama!” Terkejut Datin Rosnah dibuatnya. Sambil mulut pantas berkumat kamit mengucapkan istighfar, tangannya terus memukul bahu anak daranya dengan lembut.

“Budak ni, betullah. Satu hari tak kacau mama tak boleh ke? Hah, ni pakaian apa Puteri dah pakai ni nak? Penat mama kata suruh tutup aurat tu sayang. Kalaupun belum sedia nak bertudung, sekurang –kurangnya pakailah pakaian yang senonoh sikit.”

“Ala mama, Puteri dah lambat lah. Puteri pergi dulu k. I love you mama.Tell papa I love him too!” sambil mencium pipi mamanya dan berlari lari anak keluar rumah, Puteri mengelak soalan mamanya. Datin Rosnah hanya menggeleng kepala melihat telatah anaknya.

Sesungguhnya memang dia sangat sayang pada anak dia yang sorang ni. Boleh dikatakan yang mereka suami isteri telah membesarkan Puteri bagai tatang minyak yang penuh. Apa tak, anak perempuan seorang. Dari kecil sampai besar memang dia paling rapat dengan Puteri. Lagipun, dalam semua anak-anaknya tinggal Puteri seorang saja yang masih belum kahwin. Lagilah makin rapat dia dengan anak bongsunya. Pada pandangan Datin Rosnah, Puteri ni seorang anak yang baik sangat, berbudi bahasa, pandai bawa diri dan yang paling penting berhati baik dan lembut sangat. Solatnya juga boleh dikatakan tak pernah tinggal. Cuma itulah yang menjadi bahan keluhannya, yang anak dara tersayangnya masih lagi belum bersedia menutup aurat.

Bukannya langsung dia tidak dengar nasihat ibu dan ayahnya. Malahan bila keluar bersama keluarga, Puteri selalu saja menggunakan pakaian yang senonoh, siap bertudung lagi. Ibu bapanya tahu itu cara dia menghormati kehendak mereka tetapi kalau boleh biarlah dia menutup aurat kerana Allah bukan kerana dipaksa. Yang penting sebagai ibu bapa, mereka nekad untuk terus mengingatkannya dan tidak lepas berdoa agar hatinya dibuka setiap kali solat.


Dia melambai-lambai sambil melihat anaknya mengundurkan kereta Mazda RX7 merahnya keluar dari kawasan laman rumah. Jam disebelah kanan diliriknya. Astaghfirullah! Bukannya kuliahnya bermula jam sembilan? Ni dah lepas sembilan setengah baru dia nak keluar rumah? Hish! Budak ni. Digelengkan kepalanya lagi memikirkan karenah anaknya itu. Setelah kereta anaknya tidak lagi kelihatan, dia beredar dari pintu depan untuk ke dapur dan siapkan sarapan pagi untuk suaminya.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha