Home Novel Kisah Hidup Opahku
Opahku
Farid Yang
21/10/2020 09:38:09
22,983
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Surat 3

Opah

9/1/2008

 

Istimewa cucunda Ahmad Faridjauh di mata di hati tak pernah lupa. Diharap sihat dan selamat.

 

Poskad yang dikirim selamatditerima. Diucapkan terima kasih. Seronok hati pah dengar Farid sihat. Farahpun ada hantar surat Hari Raya Haji. Dia dan kawan-kawan masak laksa.

 

Farid tentu dah tahu awalkeputusan PMR Ija. Pah tak cakap apa. Cuma pah kata ada 2 tahun lagi. Ubahlah.Dia nampaknya rasa malu sedangkan Mahsuri kawannya itu dapat baik. Melainkankawan-kawannya yang datang ke rumah itu, semuanya tak elok. Ini gara-garaberkawan dan main telefon. Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan dia berjayananti di masa SPM nanti.

 

Pak Etehnya dijangka kahwin31/5/2008 di rumah perempuan, 1/6/2008 di rumah pah. Buat masa ini, pah dahbeli bekas bunga telur 400 berbatang, 200 bakul. Tiap-tiap satu, RM 1.00. Orangdijangka jemput 700 orang. Maklumlah, kawan panjat gunung, kawan politeknik,kawan rumah murah.

 

Pah masa ini ke kuala jugatetapi tak selalu. Hari minggu sahaja,ketika emaknya cuti. Pah macam biasa,kadang-kadang sihat, kadang-kadang sakit. Maklumlah sahaja dah tua. Orang dahkata muda cuma sekali sahaja tetapi syukur kepada Allah, pah boleh berjalan.Seronok agaknya Krismas tetapi Pak Ngah kata di Kota London lagi meriah. ApapunFarid dah merasa di negeri orang. Di Malaysia macam biasa.

 

 

 

 

Cuba buat cucur ini

 

2 cawan tepung gandum

½ cawan kelapa parut

¼ sudu teh garam

 

Air bancuh macam cucur udang.Boleh goreng hingga kuning besar atau guna sikit minyak. Sapu kuali, minyak 1sudu, ratakan. Ambil 1 senduk nasi, tuang bancuhan atas kuali leper sebesarpiring. Agak masak, terbalikkan sekejap, angkat. Makan dengan gula. Sedap.Kenyang.

 

Akhir kata, pah sudahi setakatini. Jika ingin apa-apa resepi, beritahulah. Pah akan cuba hantar. Salamingatan daripada pah untuk Farid juga kawan baik Farid. Selamat Tahun Baru.”

 

PAH

 

Opahsentiasa memantau perkembangan adik-adikku. Adikku yang kedua, keputusan PMRnyakurang memberangsangkan. Sejak daripada itu opah sentiasa menasihatkan diasupaya mengubah sikapnya. Sehinggakan pernah opahku menghalau kawan-kawanadikku yang cuba mengajak adikku bermain motor. Aku boleh memasak. Aku diajardaripada umur 12 tahun untuk memasak. Aku masih ingat lagi masakan pertamaku.Ayam goreng. Hangit. Sehinggakan jiran bertanya bau apa yang hangit tu.Daripada situlah, opah mula mengajar masak. Opah mengajar cara memilih ikan.Periksa insangnya, mata tak boleh merah, dagingnya kalau ditekan dengan jari,tidak tenggelam. Kemudian, diajar lagi cara menyiang ikan, cara menyediakanikan untuk digoreng. Daripada menggoreng ikan, ke membuat karipap, puding saguserta lauk-pauk juadah orang Perak. Sambal tempoyak opah antara yang paling akurindui. Opah ada cerita dahulu, beliau pernah menjual kuih muih di sekolah.Beliau akan bangun awal pagi dan kemudian menyiapkan kuih muih dan menyuruhpakcikku menjual di sekolah. Antara kuih yang pernah opah ajar aku adalahkaripap, cek mek molek, cucur, buah Melaka, seri muka dan bingka. Opah lamatiada teman memasak. Pakcik dan makcikku tidak pandai memasak. Opah kata bilanak ajar sahaja, semua lari ke ruang tamu. Sebab itulah, apabila aku belajarmemasak dengan opah, opah gembira. Cuma yang susahnya apabila memasak denganopah adalah sukatan. Orang dahulu mana ada timbang-timbang. Semuanya ikutagak-agak. Cawannya pun berbeza, kecil. Awal-awal aku mula memasak, opah gunaperkataan ‘kati’. Mana aku tahu kati itu berapa gram. Bila aku tanya opah katitu apa. Opah tunjuk guna cawan pula. Terpaksa la aku agak-agak kati untuk ikanbagaimana, kati untuk beras bagaimana, kati tepung pula bagaimana. Ada satuinsiden lucu iaitu apabila kami hendak buat kek. Opah beri senarai barang untukdibeli. Apabila aku kedai, hampir separuh barang tu tiada kerana jenama yangopah minta adalah daripada zaman 80, 90an. Jenama itu dah tidak wujud lagi.Bayangkan sekarang ini hendak cari susu cap Bendera. Memang la susah.

 

 

Previous: Surat 2
Next: Surat 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farid Yang