Home Novel Kisah Hidup Opahku
Opahku
Farid Yang
21/10/2020 09:38:09
23,131
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Surat 5

Opah

24/2/2008

Cucunda Ahmad Farid. Diharapberada dalam sihat. Kedua-dua surat Farid selamat pah terima dan dah pun pahjawab. Tiap-tiap surat yang datang daripada Farid dan Farah tetap pah jawabdengan secepat mungkin.

Tetapi surat-surat yang Faridkirim itu tak ada tarikhnya. Resepi ikan cencaru dah pun pah hantar. Tentangdaging liat keras itu memang susah sikit. Kadang-kadang lembu dah tua. Adacaranya. Rebus dahulu daging itu hingga empuk, baru dipotong, atau rebus denganhalia. Kalau di Malaysia, boleh bubuh daun nangka atau tempurung kelapa.

Eloklah Farid melancong. Dapatjuga melihat negeri orang. Jangan ditolong orang jika suruh membawabarang-barang. Maklumlah zaman sekarang kita kena berhati-hati walau kawansendiri.

Di Malaysia memang sibukpilihanraya kali ini. Maklumlah sahaja, semua calon-calon tentu nak menang.Keadaan kanak-kanak sekarang ini tak boleh terbiar, asyik kena culik. Yanghilang itu perempuan tak jumpa. Perempuan muda pula suka ikut orang. Taktahulah zaman sekarang. Orang-orang suka cepat kaya dan senang dengan jalanmereka pilih sendiri. Akhirnya merosakan diri sendiri dan negara.

Pak Eteh mungkin kahwin 31/5di Pantai Remis, 1/6 di Taman Kenas. Pak Eteh ini kahwinnya lain sikit.Kawannya ramai di Rumah Murah, tempat kerja dan panjat gunung. Kawan-kawanpanjat gunung dah beritahu mereka semua hendak datang. Tentang pengapitnya, taktahu lagi. Mungkin kawannya atau Mail. Irfan tu kecil lagi. Auntie Lily nyakahwin anaknya di rumah pah Ipoh 15/3. Abahnya sibuk sapu cat dan membersihrumah pahnya. Pak Lopnya kahwin anaknya sama tarikh dengan Pak Eteh, orang Sitiawan.Entahlah abahnya sibuklah dia anak saudara dan adik ipar kahwin sama hari.

Walau keluarga Farid kahwin,Farid tak dapat serta tak apalah. Farid, pelajaran lebih penting untuk masadepan. Kahwin bila-bila masa ada. Peluang belajar memang jarang. Lagipun masihbanyak lagi yang akan kahwin di masa akan datang.

Pah rajin juga dengar wartaberita dan baca akhbar. Kadang-kadang ada juga cerita luar negara termasukLondon. Yang Farid cerita tupai di musim bunga tempat Farid, pah dah jumpagambarnya. Tupai itu gemuk-gemuk. Pah memang rasa gembira dan beruntung anak-anakcucu dapat merasa. Makwe Dee 6 tahun di Amerika, Pak Ngah 4 tahun di England,Pak Mat 6 bulan di Somalia. Pak Ngah dia dah pergi Amerika, Jepun, Itali,Turki, Korea, Belanda, Australia, Perancis, Bangkok, Medan, Sabah dan Sarawak.Orang tua ada berkata, muda cuma sekali, gunakan masa itu. Dah tua macam pahini dah tak ada guna sana sini. Asyik sakit. Masa muda tak ada duit, sekarangada duit dah tak boleh buat apa. Makan banyak tak boleh, berjalan tak lalu.Panjang cerita pah. Pah akan sambung di lain masa. Terima kasih ingatkan pah.Salam kasih untuk Farid.”

Setiappagi opah ada rutinnya. Selalunya jam 7 atau 8, opah akan duduk di luarrumahnya sambal membaca akhbar. Pada waktu itu juga, Ah Sen akan datang. Ah Senadalah seorang penjual ikan yang menunggang motorsikal. Pilihannya tak banyak,di belakang motorsikalnya ada kotak besi berisi ikan, ayam dan daging, ditepi-tepinya ada sayur, di raganya ada rempah. Aku selalu memanjat kerusibersama adik-adikku untuk mengintai apa yang ada di raga Ah Sen itu.Jiran-jiran juga akan datang. Sambil membeli, sambil berkongsi cerita. Tahun2008 agak istimewa kerana pakcikku berkahwin, serentak pula dengan sepupukukahwin di lain tempat. Tarikh yang sama. Aku bukan daripada keluarga yangberada. Pulang ke Malaysia hanya setahun sekali. Itupun terpaksa kumpul sebulan100 British pound untuk beli tiket balik kampung halaman. Sebenarnya,pengorbanan terbesar bagi pelajar yang menuntut di luar negara adalahterlepasnya peluang melihat ahli keluarga membesar. 4 tahun aku disana, akuterlepas melihat pakcikku kahwin, anaknya membesar, adikku membesar dan opahkuyang semakin lemah. Pun begitu, demi ilmu harungi juga. Opahku ada beberapapenyakit. Darah tinggi, athma dan sakit lutut. Sekiranya jalan jauh, beliauakan menggunakan kerusi roda, sekiranya dekat, beliau akan bertongkat. Dahuluopah kuat, jalan ke pasar minggu sambil aku ikut untuk bawa bakul barang.Apabila tiba di pasar minggu, opah akan mula mengajar aku. Kadang-kadang jenissayur, kadang-kadang jenis bawang. Habis membeli barang dapur, barulah belimakanan. Opah suka jagung cawan. Adik aku yang mengajarnya. Dahulu opah makanjagung rebus sahaja. Satu hari, adik aku tawarkan dia jagung cawan.Kesudahannya, setiap kali ke pasar minggu, opah akan beli jagung cawan. Masaberlalu pantas. Semakin lama, opah semakin lemah. Aku lihat daripada jalankaki, ke tongkat. Daripada tongkat, ke kerusi roda. Sampai satu ketika, opahtidak lagi mampu ke pasar minggu.

Previous: Surat 4
Next: Surat 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farid Yang