PECAH KACA PECAH CERMINSUDAH BACA HARAP KOMEN
Bab 7
MONA
Lupa mereka ada tetamu. Alamak!! Terlambat bangun pulamereka pagi ini!
Kena perli dengan emak nampaknya.
Tadah je lah telinga kena leter.
Kalah dengan sang suria yang cantik bersinar di ufuktimur. Sudah lama sang suria menjengok, cuma Johan dan Didi sahaja tidaktersedar.
Selalunya mereka sudah berjaga sewaktu matahari masihmalu-malu bersinar. Tersasar pula tidur mereka pagi ini. Didi, menyegerakan solatsubuh.
Johan digerakkan selepas dia selesai. Terbuntang mataJohan, dia juga terkejut. Tidak pernah-pernah dia bangun sebegitu lambat, jam 7pagi.
Ini semua gara-gara Didi yang tidak sudah sudahmemberinya kerja lebih masa.
Di Klinik kena buat overtime, di rumah juga adaovertime. Overtime di klinik menambah pendapatan, overtime di rurmah tidak adaapa-apa bayaran.
Namun dia riang, kerja lebih masa yang ini lebih baikdari kerja overtime di Klinik.
Didi bergegas bersiap. Nasib baik semua pakaian sudahdisediakan sebelum tidur. Siap disangkut di penyangkut baju.
Pakaian Johan juga sudah disediakannya. Entah kenapaDidi terlebih rajin malam tadi untuk menyerika pakaian mereka terlebih dahulu.Jika tidak, mahu juga mengambil lebih dari lima belas minit untuk mengosokpakaian. Terutama baju kemeja cik abang doktor Johan..
Grrr.. kadang tu geram juga Didi dibuatnya.
Gosokbahagian lengan, bahagian badan berkedut, gosok bahagian badan, bahagian lenganpula berkereput.
Lainhalnya dengan pakaian perempuan, lebih mudah kerana bercorak atau berbunga,kurang nampak berkedut atau kerepotnya.
Tidakdiseterikapun tidak mengapa, jika ada yang gatal mulut bertanya, kerana bajuyang dipakai berkerepot?
Bolehsahaja dijawab, jenis kain memang begitu.!
Selesaimasalah, pasti tidak ada yang bertanya lagi. Confirm orang percaya.
Yang masalah hanya pada selendang.
Didimemang berhati-hati apabila menggosok selendang, terutama selendang yang dibuatdari sutera.
Sudah beberapa helai sudah menjadi mangsa, berlobang.
Apa hendak dikata, sensitive betul kain-kain tersebut.
Dahlah harganya mahal, manja pula, perlu diberiperhatian yang lebih.
Hendak cantik punya pasal, terpaksalah berhati-hatisewaktu menyerikanya.
Kadang tu hantar je ke dobi. Masalahnya, kadang lupamengutip di dobi. Berminggu-minggu tersadai di sana. Sampai habis pusinganpakaian di dalam almari.
Aduh! Serba tak kena.