Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
126,633
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 16
Semakin hari semakin seronok Nadhila kerja. Tiada lagi bermasam muka dengan Azar dan juga Helmi. Dan Azar dan Helmi pun dah boleh berbaik dan kawan baik. Kalau Nadhila tak bincang dan bersemuka dengan dua kawannya itu, rasanya perkara ni masih belum selesai.

Sampai gaduh mereka berdua sebab Nadhila. Gaduh besar tu. Atas nasihat dari Lani dan juga Kak Katty yang minta Nadhila bincang baik-baik dengan Azar dan Helmi. Tak nak perkara ni akan jadi lebih buruk lagi sebab ianya melibatkan hati dan perasaan. Taknak ada yang sakit hati dan tak nak ada yang berdendam.

Dan, bila Nadhila fikirkan semula, ada betul juga apa yang Lani dan Kak Katty cakapkan. Nadhila jumpa mereka berdua, perbincangan dari hati ke hati oleh dua lelaki yang menyintai seorang wanita, serentak. Fuh!! Hebat penangan Nadhila ni.

Selepas makan malam bersama semua. Nadhila meminta Azar dan Helmi tunggu sebentar di ruang tamu. Kak Siti dan Hidayu masuk ke dalam bilik masing-masing, Lani pula duduk di meja makan. Nadhila tak bagi Lani balik rumah, minta Lani temankan. Takut mereka berdua ni bertindak diluar kawalan. Bahaya juga tu! Azar dan Helmi duduk bersebelahan di sofa. Nadhila pula duduk setentang mereka. Senyap sunyi. Nadhila pandang Azar dan kemudian pandang Helmi pula. Serius.

" Sorry lah ambil masa korang. Tapi kalau aku tak buat macam ni. Benda ni tak kan selesai. So, aku nak kita selesaikan dengan cara baik.." Nadhila memulakan perbincangan. Serius dan serius. Azar dan Helmi tetap diam.

" Kenapa sampai bergaduh? Gaduh sebab aku pula tu. Beb..  Aku bukan Siti Nurhaliza pun yang korang nak rebutkan. Aku ni Nadhila. Budak kampung je kut. Boleh tahan hebat juga aku ni ek sampai kawan-kawan aku sendiri berebut nak cinta aku. Hmm.." Nadhila gelak sendiri. Perasan! Azar dan Helmi hanya mendengar. Tiada sebarang komen pun.

" Azs.. Helmi..!! Aku tahu hati perasaan korang. Terima kasih sangat korang suka aku, korang sayang dan cinta aku. Bertuah juga aku ni dicintai dengan dua lelaki. Serentak pula tu.." Nadhila gelak kecil lagi. Lucu pula. Mereka masih membisu.

" Dhila.. Kau tahu kan. Dah lama aku syok kat kau. Tapi engkau.. Engkau tak layan aku langsung, aku sanggup berhenti kerja hotel semata-mata nak dengan kau. Dengan harapan, bila aku ada dekat dengan kau. Kau boleh terbuka hati untuk aku. Dan, bila sampai sini je. Aku tak tahu pula mamat jawa ni pun syok kat kau...!" Jelas Azar menjeling pada Helmi. Helmi pun balas jelingan.

"Aku tak suruh pun kau berhenti kerja hotel. Dan aku tak tahu pun kau kerja sini.." Balas Nadhila dengan senyuman sinis. Tepat mata pandang Azar.

" Memanglah kau tak suruh tapi aku yang nak.." jawabnya perlahan.

" See!! Jangan salahkan aku..!" Azar tunduk pandang lantai.

" Azs.. Helmi.. !! Korang kawan aku. Aku tak nak kita masam muka sebab benda ni. Senang cakap.. Jangan jadi budak-budaklah bro. Helmi.. Kau tahu aku macam mana dan kau tahu abang aku kan. Kalaulah abang aku tahu, korang gaduh pasal aku, mati aku tau..!!" Helmi pandang Nadhila. Nadhila senyum lagi.

 Tipulah kalau Helmi tak tahu. Siapa satu sekolah dengan Nadhila, memang faham sangat perangai Nadhila ni. Anak polis yang selalu buat hal dan selalu kena marah dengan bapa dan abangnya. Sampai kadang, kawan-kawan Nadhila naik takut bila jumpa bapa dan Nadhif dulu.

" Azs.. Ni aku nak cakap lagi sekali. Aku harap kau faham dan tolong hormati keputusan aku. Lepas ni aku tak nak cakap lagi. Maaf Azs.. Aku memang tak boleh terima kau. Tak boleh..!! Hati tak boleh paksa. Aku tahu, kau dah lama tunggu aku dan kau setia dekat aku. Tapi maaf.. Kau hanya kawan aku..!" Kata Nadhila jujur dan tegas. Senyuman terukir untuk Azar.

Helmi dan Azar senyap seribu bahasa. Tercabar sebenarnya hati mereka. Tapi apa boleh buat. Cinta tidak kesampaian.

" Okey.!! Sorry Dhila.. Aku faham..!! Betul kau cakap. Hati tak boleh dipaksa. Ya betul.." Azar bersuara ada nada kecewa disitu.

"Silap aku. Terlalu mengharapkan kau. Sedangkan kau dah cakap banyak kali. Tapi aku yang.. iyalah.. Sorry Dhila. Huh!! Lepas ni aku memang kena terima hakikat yang kau bukan untuk aku. Sorry..!!" Azar menekup wajah dengan tapak tangan kemudian mengangkat muka dan senyum tawar pada Nadhila. Nadhila balas senyuman.

" Maafkan aku Azs..!" Balas Nadhila lembut.

"Hmm.. Aku pun nak minta maaf juga Dhila. Boleh pula terlanjur sayang kau. Mungkin sebab tiap hari ngadap kau kut. Jadi, hati pun lama-lama tertarik.." luah Helmi pula. Muka tenang je.

" Ha? Macam tu pula. Selama ni kau ngadap  Kak Siti, tak tertarik hati ke dekat nenek lampir tu.. " Nadhila bergurau. Lani gelak.

"Kau agak-agaklah pun. Tak nak aku tertarik hati dekat dia tu. Menakutkannn..!" Mereka berempat gelak. Bila dah mereka gelak maknanya selesailah masalah.

"Okeylah korang. Aku nak korang berbaik semula ya. Kita kawan macam biasa, buat kerja macam biasa. Cari order, time kerja kita kerja. Time lepak kita lepak. Time gelak kita gelak. So.. Aku harap korang lupakanlah apa yang dah berlaku antara kita ni ya. Yang sudah tu sudahlah. Sooooo.. Kita kawan kan.. Azs.. Helmi.. !!" Lembut saja suara Nadhila.

" Iya.. kita kawan!!" Jawab Azar dan Helmi serentak. Gelak mereka sesama mereke dan bersalaman, meminta maaf sesama mereka. Fuhh!! Lega Nadhila. Menoleh pada Lani yang senyum melihat gelagat kawannya itu. Dan Nadhila angkat kening pada Lani. Lani angguk. Berjaya Nadhila menyatukan persahabatan antara Azar dan Helmi semula. Syukur..!!

" Macam ni lah geng aku. Baru seronok kita kerja dalam satu team. Baru semangat cari order...!!" Lani datang menghampiri mereka. Usik mengusik pula mereka bertiga. Nadhila pandang mereka dengan rasa gembira. Nadhila bangun dan melangkah mahu masuk ke bilik.

" Dhila.. Aku nak tanya sesuatu boleh?!" Azar memanggil. Langkah Nadhila terhenti dan memusingkan badan  memandang Azar.

" Tanya apa?! Tanyalah..!"

"Kau cakap.. Hati kau bukan untuk aku dan bukan untuk Helmi. Jadi.. Sebenarnya hati kau untuk siapa dan milik siapa? " Azar, Helmi dan Lani memandang tepat ke wajah Nadhila. Nadhila tunduk pandang ke lantai. Dan mengangkat muka pandang mereka. Mengukirkan senyuman.

" Hati aku milik Allah..!! Good night..!" Nadhila terus melangkah menuju ke biliknya. Pintu ditutup dan dikunci.

" Dhila..!! Sini kejab..!!" Lamunan Nadhila terhenti apabila Kak Katty memanggilnya. Ada berita gembira yang akan disampaikan pada semua. Mereka berkumpul.

"Ada berita gembira akak  nak bagitahu korang. Boss baru call. Dan dia cakap. Team kita tersenarai dalam top ten company. Kita ditempat ke enam. Satu pencapaian yang amat baik. Boss bangga dengan korang semua. Dan, Nadhila. Awak tersenarai dalam top five. Yang amat membanggakan team Johor. Team kita dah mengatasi team dari Kedah dan Kelantan..." Senyum lebar Kak Katty menerangkan.

 Terkejut Nadhila mendengar berita gembira ini. Tak sangka pula dia boleh jadi top five. Sedangkan baru beberapa bulan kerja. Hebat tak hebatlah tapi memang hebat. Semua senyum dan gembira.

" Iyeke Kak Katty..!! Wow!! Macam tak percaya je. Rasanya selama saya kerja, inilah pertama kali dapat top ten kut.." kata Hidayu. Seronok dia.

" Iya.. Dah lama dah team Johor tak tersenarai..!" Jawab Kak Katty.

" Tahniah Dhila.!! Rasanya kalau tak sebab kau. Team Johor tak tersenarai kut.." Ucap Helmi. Nadhila senyum.

" Dhila pun banyak tolong team kita dan naikkan nama team kita. Terima kasih Dhila..!" Kak Katty memuji. 

" Hmm.. Tapi dulu pun pernah juga kan Kak Katty team Johor dapat nama. Pernah top three lagi. Waktu tu kita berdua je kerja. Lagi hebat. Boleh je kalau nak..!!" Suara menyindir Kak Siti. Kalau namanya Kak Siti, ada saja yang tak kena. Perasaan jelous pula pada Nadhila. Nadhila gelak je.

" Dulu zaman kita saingan tak hebat macam sekarang. Sekarang ni saingan sangat hebat dan mencabar.." Kata Kak Katty. Kak Siti buat muka bengang. Pelik juga Kak Siti ni. Hmm..

" Lagi satu. Kalau Dhila maintain kan order tiap bulan sampai bulan Disember. Company akan bagi hadiah dan bawa siapa yang berada dalam senarai top five bercuti ke Dubai selama seminggu. Best tau Dhila ke Dubai..!" Sambung Kak Katty lagi. Nadhila teruja. Gembiranya hati. Bertambah semangat dia mahu kerja.

" Wah..!! Bestnya..!!" Hidayu pula over excited. Ini betul-betul memberi semangat pada Nadhila. Tak sia-sia dia tinggalkan kampung dan merantau ke JB. Seronok yang amat atas pencapaian sendiri. Ini semua berkat doa ibunya. Terasa rindu pada ibunya.

" Tahniah Dhila..!!" Mereka mengucapkan tahniah pada Nadhila.

" Dan.. Disebabkan kejayaan ni. Boss ada bagi isentif untuk team kita dan isentif personal untuk Dhila. Soo.. Malam ni kita makan besar ya. Korang pilihlah nak makan apa dan nak makan kat mana.." Semua tepuk tangan. Gembira sangat.

" Yeahhh!!" Bersorak gembira mereka. Inilah yang paling seronok. Bila kerja bersama teamwork. Sama-sama dapat. Kongsi bersama.

" Dhila tahu tak. Dekat HQ KL tu kecoh tau. Semua tanya boss. Siapa Nadhila sebenarnya? Diaorang nak tahu Dhila dan nak kenal dengan Dhila. Diaorang kagum, Dhila baru kerja baru  enam bulan pun tapi boleh jadi top five. Kalah leader.." Kak Katty sengaja memerli Kak Siti.

" Alamak!! Tak payahlah kenalkan saya dekat diaorang Kak. Biar diaorang kenal nama saya je.." pinta Nadhila. Tak selesa pula dia. Bukannya Nadhila artis pun semua orang nak kenal.

" Hahahaaa.." Kak Katty gelak.  Nadhila sengeh. Bukan Nadhila suka pun nak jadi terkenal dan dikenali ramai. Rimas dia. Dia kerja nak cari rezeki bukan nak jadi glamour. Memang bukan Nadhila.

Hari ni mereka bekerja dengan semangat sekali. Tak sabar masing-masing nak tunggu malam. Dah lama mereka tak makan besar. Asyik makan  diwarung, masak sendiri atau makan kedai mamak. Biasalah hidup rumah bujang dan hidup sendiri. Macam itulah. Kena pandai berjimat cermat.

Sedang Nadhila menerangkan produk jualan pada customer. Muncul seorang lelaki menghantar barang mahu berjumpa dengannya.

" Cik Nadhila?!" Tanya lelaki itu.

" Iya saya..!"

" Ni ada barang untuk Cik. Minta tandatangan dekat sini ye..!" Lelaki itu memberikan sebatang pen pada Nadila. Nadhila rasa pelik pula. Siapa pula yang hantar ni,tekanya.

" Dari siapa dan dari mana ya?!" Tanya Nadhila ingin kepastian. Lelaki itu memberikan satu salinan dokumen penghantaran.

" Pengirim Aliyan Sha. Dari JB?! Siapa ni ek?!" Nadhila cakap sendiri. Garu kepala.

"Cik.. minta tandatangan dekat sini ya..!!" Lelaki tu meminta Nadhila tandatangan lagi. Teragak-agak pula Nadhila mahu tandatangan. Dan teragak-agak mahu ambil kotak kecil berbungkus kertas hadiah itu. Tak pernah seumur hidup ada orang bagi hadiah padanya. Ini betul-betul surprise!!

Nak tak nak Nadhila tandatangan juga. Harap-harap bukan bom, kata hatinya.

"Terima kasih Cik..!" Ucap lelaki itu dan melangkah laju.

"Eh.. eh.. kejab..!! Hmm ada tak pengirim ni bagi nombor telefon? Saya nak boleh?!" Nadhila menjerit panggil lelaki itu. Dan berlari anak ke arahnya.

" Maaf cik. Tak ada nombor telefon..!" Jawabnya.

" Laa pula. Okeylah tak apa. Terima kasih ek..!!" Nadhila memberi senyuman pada lelaki itu dan berpatah balik ke meja. Dia duduk di kerusi menghadap kotak kecil itu. Perlahan-lahan balutan kertas hadiah itu dikoyakkan. Dan...

" Jam tangan? Cantik..!! Tapi siapa Aliyan Sha ni ek. Aduhai.. Nombor telefon tak ada pula tu..." Nadhila cakap sendiri.

" Peminat lah tu.." Terkejut Nadhila. Hidayu muncul dari belakang.

" Kut iya pun peminat. Tak kan bagi hadiah mahal macam ni. Ni kalau tak dua tiga ratus harga ni tak sah ni.." Nadhila meneka.

"Tengok jenama apa? Wow!! Crocodile.. Cantiklah Dhila. Sesuai kat tangan kau. Pandai dia pilih untuk kau. Untung beb..!! Tengok ni, betul-betul kulit crocodile ni beb.." Terbeliak mata Hidayu tengok. Selama dia kerja tak pernah dapat hadiah semahal hadiah Nadhila.

" Ayu.. Entah- entah.. Orang yang bagi ni crocodile man kut. Bahaya tu..!!" Hidayu tercengang. Tak faham maksud Nadhila.

" Crocodile man? Apa tu.." tanya Hidayu. Sengeh.

" Kau ni slow lah. Crocodile man lah. Crocodile man tu lelaki buaya.. Kau faham tak lelaki buaya.." Suka-suka je Nadhila ni menuduh. Ting tong betul.

" Hahahaha... Kau ni kan. Tak baiklah. Orang tu memang ikhlas nak bagi hadiah kat kau kut. Kau cakap dia lelaki buaya pula. Apalah.. Haha" Hidayu gelak. 


Nadhila senyum. Garu kepala. Sengeh.

" Aliyan Sha. Cantik nama. Mesti orang ni hensem. Tapi tak ada nombor telefon ek.." Hidayu mengambil dan membaca salinan dokumen penghantaran tadi.

" Itulah masalahnya. Kalau dia letak nombor telefon. Aku dah call dah. Tapi tak. Hmm..!" Nadhila membelek-belek jam tersebut. Mencebikkan muka. Takut pula dia nak ambil jam ini. Selagi tak tahu siapa pengirimnya.

"Harga pun tak ada?" Katanya sendiri.

"Kau ni.. peliklah. Dah nama pun hadiah. Mana ada orang bagi hadiah letak harga. Apalah kau ni.." Nadhila gelak kecil. Geleng kepala Hidayu.

"Ayu... Jom ikut aku kejab.."Nadhila bangun dengan memegang jam tersebut dan menarik tangan Hidayu.

" Nak ke mana? Kang Kak Siti bising lah.." Nadhila tak peduli. Terus ditarik tangan Hidayu. Mengajak Hidayu pergi ke kedai jam tangan. Dia tak puashati selagi tak tahu berapa harga jam tersebut. Pening Hidayu melayan Nadhila.

Setelah puashati mendapat tahu harga jam tersebut. Nadhila dan Hidayu kembali ke meja exibition. Kotak jam diletak dihadapannya. Merenung kotak jam itu.

"Aikk!! Harga jam dah tahu pun kan. Apa yang tak puashati lagi.." tegur Hidayu lagi.

" Kau rasa siapa Aliyan Sha ni? Macam mana nak tahu ek.." tanya Nadhila pada Hidayu.

" Hahahaa.. Dhila.. Dhila.. Apa yang kau nak risaukan. Orang dah bagi ambil jelah.." Nadhila mengeluh.

"Mana boleh ambil kalau tak tahu siapa pengirimnya. Aku bukan pernah ambil pun barang orang. Pula tu tak kenal.. " Berkerut memikirkan hal jam itu.

" Cuba kau ingat balik. Ada tak customer kau nama Aliyan Sha atau sesiapa yang kau kenal. Okeylah aku nak cari order, selamat mencari si pengirim Aliyan Sha ye.. Hehehe!!" Hidayu terus berlalu. Berkerut-kerut dahi Nadhila memikirkan siapa gerangan si Aliyan Sha itu.

" Siapalah kau ni Aliyan. Dahlah harga jam ni mahal. Takut aku tengok harga ni. Kalau Abang Dip tahu aku ambil jam ni. Fuhh!! Memang sah kena tuduh ni. Masalah lagi.. Hey!! Dhila.. Dhila.. Nasib kau lah.. Aliyan Sha. Siapa ek?!" Masih menjadi tanda tanya. Kotak jam dibuka. Di belek-belek lagi.

"Setahu aku tak ada nama customer aku Aliyan Sha. Hmm.. Aliyan Sha.. Aliyan Sha.. Aliyan Sha..!!" Nadhila masih memikirkannya. Betul-betul kacau fikirannya. Disebut berulang-ulang kali nama si pengirim itu. Mahu tersedak-sedak empunya nama Aliyan Sha tu.

" Aliyan Sha.. Aliyan Sha.. Aliyan Sha... Kil. Ha?? Aliyan Shakil??" Telan liur Nadhila. Terbeliak mata sendiri.

" Biar betul. Takkan Shakil kut. Nama dia Aliyan Shakil ke? Aku pun tak tahu.. Ehh!! Tak mungkinlah. Dia kat KL kut tapi pengirim ni dari JB. Mustahil Shakil. Tak.. Tak.. Hmm.. Hahahaahaha.." Tiba-tiba gelak besar pula Nadhila ni. Gelak sendiri. Hidayu geleng kepala melihat gelagat Nadhila. Nadhila masih lagi gelak.

"Yang aku tiba-tiba ingat mamat Shakil tu dah kenapa. Hahahaa.. Heyy!! Lantaklah. Tak kisahlah. Aliyan Sha ke Aliyan Shakil ke Alien workshop ke Alien planet pluto ke. Lantak.. Nanti aku akan tahu juga siapa gerangan Alien planet pluto ni..." Nadhila bangun dan mengambil kotak jam tersebut. Memasukan dalam begnya.

Hari ni hari gembira Nadhila. Selesai kes antara dia, Azar dan Helmi. Dapat pula berita gembira yang dia tersenarai dalam top five company dan dapat hadiah dari Aliyan Sha atau Alien planet pluto. Hahahahaa.. 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs