Home Novel Keluarga Zaidi main untuk Manchester!!!!!!
Bab 7 ; sambung belajar

Bab 7

Berpindah ke Negeri Sembilan

November tahun 1999, bermulalah cuti sekolah akhir tahun..... keluarga kami akan berpindah ke Lenggeng pada pertengahan bulan Disember nanti. Jadi cuti sekolah ini, aku dan angah sibuk mengemas rumah untuk berpindah. Semua baju dan buku-buku kami serta barang peribadi mula dimasukkan ke dalam kotak. Sebelah petang aku akan pergi bermain bola dengan budak lain berek aku. Malah aku juga telah dilantik sebagai ketua pasukan bolasepak budak-budak di berek kami... selalunya kami akan melakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan lain samada dengan pasukan berek lain, berek polis ataupun dengan pasukan kampung Janaa dan kampung Assam.

Mak tidak marah jika aku bermain bola pada setiap petang cuti sekolah ini. Keputusan UPSR aku yang cemerlang menyebabkan mak mengizinkan aku bermain bola dengan syarat tidak mengabaikan pelajaran. Aku juga berdebar-debar untuk mengetahui keputusan sekolah mana yang menerima permohonan aku. Aku sangat berharap mendapat peluang belajar di sekolah menengah KGV ataupun SDAR. Sekurang-kurangnya aku jauh dari tukang lapor tentang aktiviti aku di sekolah ( si Nadiyalah.. siapa lagi kalau bukan dia yang suka kepoh pasal aku ). Aku berazam untuk bermain sehingga mewakili negeri ( tahun ini aku dipanggil untuk latihan peringkat negeri... tapi emak aku tidak mengizinkan atas alasan tahun ini ada peperiksaan besar ). Petang itu aku berjumpa dengan 3 orang sahabat baikku untuk memancing di Sungai Kamunting..... sambil memancing kami berbual-bual ;

“Lepas ini kita semua akan terpisahla. Zaidi balik Seremban, Ahmad duduk sini, Muthu sekolah Inggeris di Taiping manakala aku bakal ikut orang tua aku ke Sabah” kata Jo... kami semua terperanjat... Jo ke Sabah?

“Ehhhh... bukan kau kata.. kamu hendak sekolah di MRSM Seberang Perai ke? Borangpun sudah isi” tanya ku

“Ayah aku ditukarkan ke Sandakan... kamu tahulah tentera.... selalu berpindah ke sana sini” jawabnya.

“Ayoyoyo.... tahun depan semua pecah..... macamana kita punya geng?” Muthu mengelengkan kepala.

“Ala.. kita ni bukan geng samseng nak sentiasa ada berhampiran. Lagipun bukannya kita suka-suka keluar dari Taiping ni...... kita semua sambung belajar, mencapai cita-cita atau ikut keluarga masing-masing” kata aku.

“Mencapai cita-cita?” tanya Ahmad kurang faham.

“Ialah.. macam aku... pergi sekolah KGV sebab nak main bola secara profesional... Muthu masuk sekolah inggeris sebab nak sambung belajar di England.... Jo ikut keluarga. Jadi kita semua ada sebab. Cuma Ahmad sahaja yang tinggal disini... itupun kita tidak tahu berapa lama lagi.. ayahnya juga askar.. kamu tahulah askar ni.. selalu berpindah” mereka semua mengangguk faham.

“Kamu sudah nekad ke nak jadi pemain bola ni Zaidi” tanya Jo.

“Bukan nekad lagi.. tapi dah tahap berani mati dah. Sebab itu aku minta sekolah jauh dari sini. Kalau aku sekolah dekat sini lagi..... si Nadiya itu yang akan menghalang cita-cita aku. Akupun tak tahu kenapa dia tu selalu menyibuk hal aku,,,,, aku takdepun sibuk hal dia. Memang itu cita-cita aku dari dulu... nak main dengan Manchester..... kamu tengoklah... setiap hari aku keluar dengan kamu semua... aku pakai baju Manchester... aku fanatik Manchester” sambil mencium logo Manchester baju yang aku pakai ( Jersi tiruan buatan siam yang aku beli di pasar malam ).

“Entahlah dia tu... dulu... dia pernah lapor kat mak aku pasal aku tak buat kerja sekolah.. terus mak aku tak bagi tengok Televisyen malam-malam... bengkak je aku. Mungkin sifat orang perempuan kot.. suka nyibuk hal orang” kata Jo bengang.

“Itulah sebab itulah aku nak jauh dari dia.. tahun depan kita sekolah menengah.. kita bukan budak-budak lagi. Nak ada orang tengok kita.. kita perlu berdikari beb” kataku.

“Jadi... kita masih jauh antara satu sama lain?”

“Kawan tetap kawan.... surat ada.... telefon ada.... bila kita senang... kita jumpalah balik. Geng 101 berek marksman tetap hidup” kataku bersemangat.

“Hehehehehehehehehehe........ eih.. kail aku mengena” Ahmad menaikkan kailnya yang dimakan ikan.... ternyata seekor ikan lampam sebesar tapak tangan yang memakan umpan Ahmad.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.