Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
66,200
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 1

BAB1

“Ya ALLAH!...” Samad tiba-tiba brek mengejut kereta yang dipandunya. Berdesit bunyi tayar kereta bila dibrek mengejut seperti itu. Tan Sri Jalal yang berada di tempat duduk belakang turut sama terkejut.

“Kenapa ni, Samad?”

“Eee…saya rasa saya terlanggar orang, Tan Sri. Mmm…Tan Sri tunggu kejap, saya pergi tengok,” ujar Samad pemandu Tan Sri Jalal. Dia terus melangkah keluar dari kereta untuk melihat adakah benar dia terlanggar seseorang tadi.

Saat Samad menghampiri bahagian depan kereta kedengaran suara orang mengadu kesakitan.

“Aduh…”

“ALLAH…betulah aku dah terlanggar orang.” Tergesa-gesa Samad mendapatkan orang yang dilanggarnya.

“Cik…aaa…” mengelabah Samad dibuatnya bila melihat ada darah di lengan gadis yang terduduk di depan kereta yang dipandunya.

“Apa ni encik? Saya yang besar macam ni pun tak nampak ke? Aduh…”

“Maafkan saya. Saya tak nampak awak nak melintas jalan tadi.”

“Aduh…encik, rasa nak tercabut tangan saya ni.”

“Kenapa ni, Samad?”

Samad terus menoleh kebelakang bila terdengar suara Tan Sri Jalal bertanya.

“Aaaa….” Samad tergagap untuk menjawab. Dia masih lagi rasa cemas.

“Luka tu. Kita bawak dia ke klinik atau ke hospital yang paling dekat, Samad. Cepat!” gesa Tan Sri Jalal bila melihat ada darah di lengan orang yang Samad terlanggar tadi.

Tanpa membantah Samad membantu orang yang dia terlanggar tadi untuk bangun dan seterusnya dimasukkan ke dalam kereta.



“Macam mana dik?” Samad menerpa ke arah gadis yang dia terlanggar tadi.

Fatimah Dhaniyah menayangkan sikunya yang berbalut kepada Samad.

Coollah, bang. Tak tercabut lagi tangan saya ni. Luka sikit aje pun,” Fatimah Dhaniyah menjawab sambil tersengih.

“Alhamdulillah. Bil rawatan abang bayarkan. Adik jangan risau.”

“Terima kasihlah bang sebab hantar saya ke klinik dan bayar kos rawatan saya.”

Fatimah Dhaniyah mengambil beg sandangnya dan digalas semula ke bahunya. Sebaik dia ingin melangkah ada suara bertanya.

“Nak ke mana? Kami boleh hantarkan.” Tan Sri Jalal bertanya sebaik Fatimah Dhaniyah baru saja melangkah.

Fatimah Dhaniyah tersenyum nipis sebelum menoleh memandang belakang semula.

“Betul cakap Tan Sri tu. Biar abang hantarkan sebab abang yang buat adik jadi macam ni.” Samad turut menyokong cadangan Tan Sri Jalal itu. Sekurang-kurangnya dengan cara ini dia dapat menebus rasa bersalahnya.

“Mmm…buat masa ni saya tak tahu nak ke mana lagi. Saya ni sebenarnya baru datang KL. Ingatkan tadi nak pergi cari kerja. Tapi dah kemalangan macam ni terencatlah sikit,” jawab Fatimah Dhaniyah sambil tersengih.

“Ooo…macam tu ke. Mmm…ada kawan yang tinggal dekat KL? Abang boleh tolong hantarkan.” Samad menyoal lagi.

Fatimah Dhaniyah mengeleng. Samad sudah mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sudah kebuntuan untuk membantu. Tak kan dia nak tinggalkan gadis ini di sini saja. Tapi dalam masa yang sama dia tidak boleh berlama di sini. Pastinya Tan Sri Jalal ada temujanji dengan rakan niaga dan sebagai pemandu dia perlu memastikan Tan Sri Jalal tidak lewat ke tempat temujanjinya.

“Kalau macam tu kamu ikut kami aje. Samad, ambik beg dia bawak masuk dalam kereta.” Tan Sri Jalal mengeluarkan arahan setelah mereka bertiga menyepi buat seketika.

“Baik Tan Sri. Tapi kita nak hantar dia ke mana, Tan Sri?” soal Samad sambil mengikut arahan yang diberikan kepadanya.

“Eh…tak apalah Tan Sri. Saya boleh cari rumah tumpang yang murah kat area sini sementara cari kerja dengan tempat tinggal yang elok.” Fatimah Dhaniyah mencelah.

“Kamu tak perlu susah-susah sewa hotel bagai. Tinggal aje kat rumah saya buat sementara sampai tangan tu elok,” ujar Tan Sri Jalal sambil memandang gadis yang berdiri didepannya.

“Tapi bukan ke Tan Sri ada temujanji lagi hari ini? Kalau hantar dia ke rumah, takut nanti Tan Sri lewat pulak,” ujar Samad yang masih berasa serba-salah. Kerana kecuaiannya, dia telah menyusahkan majikannya.

“Soal tu kamu tak payah risau. Nanti saya akan telefon Syikin untuk membuat temujanji baru. Sekarang ni kita selesaikan masalah ini dulu.”

Samad terdiam. Dia rasa bersalah pulak bila Tan Sri Jalal cakap sebegitu. Fatimah Dhaniyah tidak bercadang untuk membantah lagi. Dia sebaliknya melonjak kegembiraan di dalam hati. Langkah pertamanya berhasil. Biarpun dia terpaksa mencederakan dirinya sendiri tadi.

“Samad…” Tan Sri Jalal menegur bila Samad masih terpaku tidak bergerak.

“Kalau itu dah keputusan Tan Sri, saya ikut aje. Jom dik.”

Saman tidak membantah lagi dan seraya membukakan pintu kereta untuk Tan Sri Jalal dan gadis tadi.

“Silakan.” Tan Sri Jalal mempelawa dengan senyuman nipis.

Fatimah Dhaniyah membalas senyuman itu seraya melangkah masuk ke dalam kereta milik Tan Sri Jalal.



“Hana yang ni okey tak? Ami tengok profile dia macam okey aje dengan along. Berpelajaran, cantik, bertudung pulak tu. Ami berkenanlah.” Puan Sri Yusni menghulurkan sekeping gambar bersama biodata calon isteri buat Ahmad Uwais.

Farhana mencapai dan melihat calon pilihan Puan Sri Yusni. Humm…memang cantik. Tapi along tu berkenan ke nanti? Calon sebelum-sebelum ni semuanya reject. Omel Farhana sambil membelek foto calon isteri Ahmad Uwais.

“Cepatlah Hana bagi pendapat?” Puan Sri Yusni mengesa. Dia sudah pening untuk memilih calon yang sesuai bagi anak terunanya.

Farhana mengaru kepalanya yang tidak gatal. Rambang matanya memandang satu per satu profile di depan mata.

“Aduh…Hana pun peninglah, ami. Semuanya ami berkenan. Semuanya cantik belaka. Ambik semualah, ami.”

“Hisy!...jangan nak buat pasal, Hana. Dekat sini ada lebih 20 orang calon yang ada ni. Hana nak suruh along Hana tu kahwin 20 orang ni ke? Jangan cari penyakit, Hana.” terkejut Puan Sri Yusni dengan saranan Farhana.

Farhana tersengih. “Hana gurau ajelah. Tapi ami…ami yakin ke kali ni kita akan berjaya? Along tu macam dah tak ada hati dekat perempuan aje gayanya. Semua calon yang ami cadangkan dia reject mentah-mentah.”

“Tak ada hati dekat perempuan? Betul ke Hana?Nauzubillah…” Puan Sri Yusni mula mengelabah. Tak sanggup rasanya untuk dia menerima kenyataan anak lelakinya sudah beralih menyukai kaum sejenis.

“Laaa…ami janganlah nak melencong ke situ pulak. Maksud Hana, along tu macam dah serik nak jatuh cinta. Tengoklah dah berapa temujanji yang ami aturkan? Semuanya kantoi.”

“Hisy…Hana ni buat ami terkejut ajelah tadi.” Puan Sri Yusni mengusap dadanya.

Puan Sri Yusni letakkan semula gambar-gambar yang sudah di lihat dan di nilai di atas meja kopi. Dia melepaskan keluhan berat. Sudah lebih 8 tahun rasanya hubungan Ahmad Uwais dengan Rozi terjalin. Ingatkan percintaan mereka itu akan berkesudahan dengan ikatan perkahwinan. Tapi siapa sangka hujan di tengahari. Percintaan yang terjalin selama itu akhirnya terputus jua. Sejak itu Ahmad Uwais menyibukkan dirinya dengan kerja 24 jam. Tiada lagi masa untuk bersosial seperti dulu.

“Ami ni dah tak sabar sebenarnya nak tengok along tu kahwin. Ami jeles tengok kawan-kawan ami yang dok ulik cucu. Ami pun teringin jugak nak bermanja dengan cucu. Main dengan cucu. Mesti seronokkan, Hana?”

Farhana ketawa mengekek dengan hasrat Puan Sri Yusni itu.

“Apasal Hana ketawa pulak?” Puan Sri Yusni menepuk lengan Farhana.

“Tak adalah ami, macam kelakar pulak bila dengar ami berangan nak ulit cucu. Nanti kalau ami sibuk ulit cucu, persatuan ami yang banyak tu macam mana?” Farhana mengusik.

“Humm…tu bisa di atur dong.” Puan Sri Yusni menjawab dengan loghat Indonesia sambil ketawa. Farhana turut ketawa sama.

Sedang mereka berdua tergelak kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah. Mereka saling berpandangan.

“Eh..ami kata abi tak balik makan tengahari tadi. Tu bukan bunyi enjin kereta abi ke?” ujar Farhana seraya bangun untuk membuka pintu rumah.

“Pagi tadi abi sendiri yang cakap dekat ami yang dia tak balik tengahari ni. Katanya ada banyak temujanji hari ni,” jawab Puan Sri Yusni yang turut berjalan seiringan dengan Farhana menghala ke pintu utama.

Sebaik pintu dibuka sekali lagi mereka berdua berpandangan sesama mereka bila melihat ada seorang gadis yang berpenampilan agak rock sikit walaupun bertudung bersama dengan Tan Sri Jalal dan Samad.

“Siapa tu, ami?” bisik Farhana dekat ditelinga Puan Sri Yusni.

“Entah. Ami pun tak kenal. Tak pernah jumpa pun sebelum ni.” Puan Sri Yusni turut tertanya-tanya siapa gerangan gadis bersama dengan suaminya itu.

Sementara itu Fatimah Dhaniyah yang melangkah keluar dari kereta terpegun melihat kemewahan yang dimiliki oleh Tan Sri Jalal. Kereta mewah saja ada beberapa buah di garaj.

“Besarnya rumah Tan Sri ni. Macam istana!” kata Fatimah Dhaniyah yang teruja dengan rumah milik Tan Sri Jalal yang tersergam indah di depan matanya.

Tan Sri Jalal senyum nipis melihat gelagat anak gadis didepannya ini. Keceriaan gadis itu mencuit hatinya. Sebaik dia melihat kelibat isterinya di depan pintu rumah Tan Sri Jalal berlalu menghampiri Puan Sri Yusni.

“Abang kata pagi tadi tengahari tak balik. Ini tiba-tiba muncul pulak,” kata Puan Sri Yusni sambil menyalami tangan suaminya.

“Meeting cancel. Ada hal sikit tadi.”

“Hai abi!...” Farhana menegur dan turut menyalami tangan Tan Sri Jalal.

“Hana tak ada kelas ke?”

“Hari ni tak ada kelas, abi. Abi…siapa tu?” soal Farhana sambil matanya terarah pada seorang gadis yang sedang leka memerhatikan laman rumahnya sambil berbual dengan Samad.

“Tadi ada kemalangan sikit. Samad terlanggar gadis tu masa dia nak melintas jalan. Nasib baik tak parah. Luka dekat siku tu sikit aje.”

“Laillahaillallah…kenapa sampai boleh jadi macam tu. Samad…Samad…” mengeleng Puan Sri Yusni.

“Siapa nama dia, abi?” soal Farhana.

“ALLAH….abi terlupa pulak nak tanya nama dia tadi. Samad!...” Tan Sri Jalal memanggil Samad sambil tangannya memberi isyarat agar Samad membawa gadis itu bersamanya masuk ke dalam rumah.

Sebaik menghampiri Tan Sri Jalal dan juga ahli keluarganya, Fatimah Dhaniyah melemparkan senyuman kepada seorang wanita yang berusia mungkin dalam lingkungan 50an dan seorang lagi gadis muda belia lagi rasanya.

“Ini isteri saya, Puan Sri Yusni dan yang muda tu anak gadis saya, Farhana.”

“Panggil aje Hana.” Farhana mencelah seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Fatimah Dhaniyah menyambut huluran salam itu dengan hati yang senang. Kemudian dia turut menyalami Puan Sri Yusni.

“Nama apa?” soal Puan Sri Yusni.

“Nama saya Fatimah Dhaniyah. Tapi Puan Sri boleh panggil saya Tim aje.” ujar Fatimah Dhaniyah sambil matanya masih sempat lagi menjeling memandang Tan Sri Jalal.

“Kenapa panggil Tim?” Farhana menyoal. Agak pelik pulak mendengar nama sependek itu.

Fatimah Dhaniyah tersenyum. “Kenalah dengan imej saya ni. Orang kampung katagaya saya ni ala-ala tomboi ayu gitu.”

Tan Sri Jalal dan Puan Sri Yusni tergelak dengan gelagat gadis di depan mereka ini. Farhana turut tergelak sama.

“Eh…kita dok gelak-gelak ni, Siti mana? Yus, abang ingat sementara ni Tim tinggal dengan kita. Kira ini sebagai ihsan kita sebab Samad terlanggar dia tadi. Dia pun baru lagi dekat sini. Kerja pun tak ada lagi. Mintak Siti tunjukkan bilik untuk Tim.”

“Iyalah, bang. Lagipun memang kita yang salah sebab terlanggar dia, kan?”

Tan Sri Jalal mengangguk setuju dengan kata-kata isterinya.

“Samad, kamu bawak Tim jumpa Siti. Suruh Siti kemaskan bilik sebelah bilik dia tu untuk Tim,” arah Tan Sri Jalal. Samad mengangguk.

“Tim, kamu ikut Samad. Pergilah berehat dulu.”

“Terima kasih Tan Sri sebab bagi saya tumpang dekat sini buat sementara. Insya-ALLAH esok siku saya dah tak sakit dah ni. Bolehlah saya pergi cari kerja dengan tempat tinggal sekali.” Fatimah Dhaniyah melemparkan senyuman sebelum mengekori langkah Samad dari belakang.



Tan Sri Jalal melepaskan penatnya di atas sofa di ruang tamu. Puan Sri Yusni duduk disebelahnya.

“Abi, ami, Hana masuk bilik dulu. Ada tugasan yang belum siap lagi,” ujar Farhana seraya berlalu menaiki tangga untuk ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Kesempatan ini di ambil sebelum ami memaksa dia menjadi penilai calon-calon isteri alongnya.

Puan Sri Yusni memandang suaminya. “Abang nak balik ofis semula ke?” tanya Puan Sri Yusni.

“Humm…ikut hati nak balik ofis semula. Banyak lagi kerja yang menanti kat ofis tu. Tapi sekarang rasa penatlah pulak,” ujar Tan Sri Jalal seraya melabuhkan badannya di atas sofa panjang.

Puan Sri Yusni melonggarkan tali leher suaminya.

“Lama lagi ke along dekat Dubai tu, bang?”

“Mmm…kalau tak salah abang esok dia balik. Kenapa?”

Puan Sri Yusni mengeleng. “Tak ada apa-apalah. Saja tanya. Yus sebenarnya kesian dengan abang. Bila along tak ada mesti muka abang letih semacam. Abang tu kena jugak jaga kesihatan. Abang tu bukannya muda belia lagi.”

Tan Sri Jalal senyum. “Iyalah Cik Puan…” dicuit hidung isterinya.

“Abang nak air?” tanya Puan Sri Yusni manja.

“Boleh jugak kalau Yus nak buatkan. Susu panas boleh?” Tan Sri Jalal menjongketkan keningnya.

Puan Sri Yusni tersenyum. “Mestilah boleh. Itukan air kegemeran abang. Abang tunggu kejap.”

Puan Sri Yusni berjalan menghala ke dapur untuk membancuh minuman kegemaran suaminya.



Previous: Prolog
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.