Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
66,174
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Prolog

PROLOG

“Sayang…bangun, sayang. Kenapa ni sayang? Jangan takutkan abang,” Ahmad Uwais memeluk tubuh Fatimah Dhaniyah yang masih lagi belum sedarkan diri.

“Zhariff tolong cepat sikit!” Ahmad Uwais mendesak Zhariff yang memandu agar mempercepatkan pemanduannya.

Tangan Fatimah Dhaniyah yang sejuk digenggam dan dibawak ke bibirnya. Dicium tangan itu penuh kasih.

“Kejap lagi kita sampailah. Tim, you kena kuat. You kena lawan penyakit you,” Zhariff memandang Fatimah Dhaniyah dari cermin belakang. Hati dia juga gusar dengan keadaan Fatimah Dhaniyah.

“Zhariff, apa yang you cakap tu? Tim sakit apa?” soal Ahmad Uwais semakin cemas. Wajah pucat Fatimah Dhaniyah dipandang tanpa berkelip.

“Nanti dekat hospital I beritahu.” hanya itu yang mampu Zhariff katakan.

Ahmad Uwais kelihatan resah. Ya ALLAH, penyakit apa yang ditanggung oleh dia? Kenapa dia rahsiakan dari aku? Dia memeluk erat tubuh Fatimah Dhaniyah. Saat ini terbit perasaan takut. Takut kehilangan orang yang dia sayang.

“Sayang…maafkan abang. Maafkan, abang. Jangan tinggalkan abang,” Ahmad Uwais menangis. Dia takut kehilangan gadis yang dia cintai.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.