Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
65,960
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 7

BAB 7

Ahmad Uwais mendapangkan kedua belah tangannya sambil menghirup udara segar di waktu pagi. Sudah lama dia tidak berjogging waktu pagi cuti hujung minggu begini. Sebab tu pagi ini dia mengambil keputusan untuk berjogging disekitar kawasan perumahannya.

Sebaik dia mengenakan kasut sukan, matanya menangkap kelibat Fatimah Dhaniyah yang sedang menyiram pokok bunga. Tomboi ni memang suka main dengan air agaknya. Tiba-tiba bibir Ahmad Uwais mengukir senyuman nakal bila teringat semula kejadian malam tadi. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Fatimah Dhaniyah.

“Hoi!..”

“Hoi mak kau!..” Fatimah Dhaniyah melatah bila disergah tiba-tiba. Nasib baik kali ini dia tidak tersiram lelaki kacak…eh…bukan kacak tapi lelaki mereng sebab sergah orang di pagi buta begini.

“Kau ni lahir dalam air ke? Suka sangat main air,” jerkah Ahmad Uwais sambil bercekak pinggang.

Fatimah Dhaniyah mencebik. Kalau ikutkan hati aku nak aje aku siram kau pagi-pagi ni. Biar segar sikit otak tu. Desis hati Fatimah Dhaniyah.Geram semalam belum hilang lagi. Pagi ni rasa geram tu bertambah lagi.

“Memandangkan kau suka sangat dengan air, aku nak bagi kau satu tugasan yang ada kaitan dengan air.”

Fatimah Dhaniyah memandang Ahmad Uwais tanpa berkelip. Muka dia ni macam ada muslihat aje. Tak apa. Kita ikut aje permainan dia. Detik hati Fatimah Dhaniyah bila mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut singa lapar a.k.a Ahmad Uwais.

“Kau nampak kereta kat sana tu.” Ahmad Uwais memuncungkan bibirnya.

Fatimah Dhaniyah menoleh ke arah yang ditunjukkan. “Nampak.”

“Ada 5 bijik kereta semuanya. Aku nak semuanya dicuci bersih.”

“Semua tu?” soal Fatimah Dhaniyah untuk kepastian.

“Ada masalah ke?” Ahmad Uwais menyoal Fatimah Dhaniyah semula.

Fatimah Dhaniyah tersengih. “Tak. Tak ada masalah. Nanti saya hantar satu per satu ke car wash untuk cuci.”

Ahmad Uwais senyum sinis. Kau ingat aku nak bagi kau kerja semudah tu ke tomboi? Kirim salamlah. Aku akan bagi kerja yang pastinya akan buat kau rasa nak belah dari rumah ni secepat mungkin. Aku tak sabar nak tunggu saat itu tiba. Semakin melebar senyuman sinis Ahmad Uwais.

“Bila aku balik dari jogging nanti, aku nak kereta tu semua dah siap di cuci. No sending to car wash, okey. Cuci sendiri dengan tangan. Kalau tak dapat siapkan semuanya, pack your bag and leave. Faham?” Ahmad Uwais menjongketkan keningnya.

“Tangan bos? Lima kereta?” terbeliak mata Fatimah Dhaniyah.

Ahmad Uwais mengangguk sambil senyuman sinis masih tidak lekang dari bibirnya. Aku nak tengok macam mana kau nak siapkan tugasan ni. Senyuman Ahmad Uwais semakin melebar kerana dia pasti tugasan itu amat mustahil dapat dilaksanakan.

Hai singa lapar ni ada aje benda yang dia nak test aku, kan? Kau ingat aku tak tahu nak cuci kereta ke? Hei…ini Fatimah Dhaniyah a.k.a Tim, okey. Apa yang dia tak boleh buat. Tak pe, kau cabar aku ya. Aku sahut cabaran kau tu. Kita tengok siapa yang gigi jari nanti. Fatimah Dhaniyah menanam tekad di dalam dirinya.

“Tak ada hal, bos. Semua ditanggung beres,” dengan penuh yakin dia menjawab.

Ahmad Uwais senyum sinis. Berlagak. Okey. Aku nak tengok hasilnya nanti. Kalau tak dapat siapkan memang aku akan halau kau keluar dari rumah aku ni.

“Bagus. Bersemangat. Kita tengok nanti.” Ahmad Uwais meninggalkan Fatimah Dhaniyah untuk memulakan joggingnya.

Fatimah Dhaniyah melepaskan keluhan panjang sebaik bayang Ahmad Uwais hilang daripada pandangan matanya. Matanya beralih memandang deretan kereta di porch rumah Tan Sri Jalal.

“5 kereta aku nak kena cuci? Bila tahun nak siap?” Dia mengeluh.

Dia diam sejenak untuk berfikir. “Humm…tapi dia tak cakap yang aku kena guna tangan aku sendiri. Singa lapar tu cakap guna tangan aje. Kira tangan sesiapa pun bolehlah, kan?” Fatimah Dhaniyah gelak nakal.

Dikeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar jeans yang dipakainya.

“Helo, Aru!...”



Langkah kaki Ahmad Uwais terhenti saat kakinya melangkah memasuki perkarangan rumahnya. Kecik mata Ahmad Uwais. Dia dah siap basuh semua kereta ke? Ahmad Uwais tertanya-tanya dalam hati. Dia melihat jam ditangannya. Dalam masa sejam dia boleh habis basuh semua lima kereta tu sendiri? Biar betul. Macam tak percaya aje.

Ahmad Uwais menghampiri porch. Dicalit hujung jarinya pada setiap kereta. Tak ada habuk. Ahmad Uwais mengaru pipinya. Dia masih belum percaya yang tomboi itu mampu menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang singkat.

“Apa macam bos? Cun tak?” Fatimah Dhaniyah menegur dengan senyuman terukir dibibirnya.

Ahmad Uwais menoleh kebelakang dengan pantas. Dia memandang Fatimah Dhaniyah dari atas kepala sampai ke bawah.

“Betul ke kau yang cuci semua kereta ni?” soal Ahmad Uwais tidak percaya.

Well..saya kan superwomen,” Fatimah Dhaniyah mengusik.

“Kau mengelat ek?” tuduh Ahmad Uwais.

“Tak. Bos tak boleh tuduh saya mengelat. Cuba tengok lantai porch ni. Basah, kan? Itu tandanya semua kereta dicuci di sini, bos. Siapa yang bos nampak ada dekat sini? Saya, kan?”

Ahmad Uwais mengetip bibirnya. Dia masih tidak mempercayai dengan apa yang di lihat oleh matanya tika ini. Betul ke minah ni cuci semua kereta? Cepat gila boleh siap cuci 5 kereta dalam masa sejam aje. Eh…tak mungkin. Dia mesti menipu ni. Tapi aku tak ada bukti nak tuduh dia menipu. Ahmad Uwais berperang dalam hati.

“Okey bos memandangkan kerja saya dah selesai, saya nak masuk dalam dulu. Assalamualaikum.” Fatimah Dhaniyah sengaja menyakiti hati Ahmad Uwais sambil melambai tangan dan tersenyum lebar.

“Oh..bos!..” Fatimah Dhaniyah menjerit dari arah pintu utama. Ahmad Uwais mengangkat kepalanya memandangkan Fatimah Dhaniyah.

“Sekarang kita dua satu.” Fatimah Dhaniyah berkata sambil ketawa. Ahmad Uwais mendengus geram.

“Hish…dia dah kalahkan aku. Siap kau Tim,” desis hati Ahmad Uwais yang kegeraman.

Dia memeriksa sekali lagi kelima-lima kereta untuk mencari bukti penipuan Fatimah Dhaniyah.

“Apa yang along check tu?”

Ahmad Uwais menoleh memandang Farhana.

“Hana, betul ke semua kereta ni Tim yang cuci?”

“Along rasa?” Farhana menjawab dengan soalan sambil dijongket keningnya.

Ahmad Uwais menghela nafas. Fikirannya yang logik masih mengatakan agak mustahil minah tomboi itu mampu untuk membasuh semua kereta ini dalam masa yang singkat. Siap vakum kat bahagian dalam lagi.

“Along rasa mustahil,” jawab Ahmad Uwais.

“Tapi bukti dah ada depan mata, along. Kenalah along terima hakikat yang along kalah,” bidas Farhana tersenyum.

“Hana tak ada tolong dia?”

“Hisy!...Along ingat Hana ni rajin sangat nak cuci semua kereta ni?”

Ahmad Uwais senyum nipis. “Along dah agak dah. Hana memang pemalas. Kereta sendiri pun malas nak cuci.”

“Eleh…cakap Hana. Along tu pun sama. Suruh Kak Tim yang cuci. Dua kali lima sepuluh jugak dengan Hana.”

“Eh…bab along ni lain. Tim tu driver along, jadi buat apa along nak susah-susahkan diri untuk cuci kereta ni semua. Suruh ajelah dia yang cuci. Kita bayar gaji dia apa?”

“Memanglah along boleh suruh dia cuci kereta. Tapi agak-agaklah along, tak kan sampai 5 bijik kereta dia nak kena cuci.”

“Eleh…setakad 5 buah kereta tu tak tercabutkan tangan dia bila suruh cuci. Dahlah. Along nak masuk. Nak mandi. Badan dah rasa belenggas dah ni.”

Walaupun dia masih tidak mempercayainya, namun Ahmad Uwais perlu akur kali ini dia gagal. Tapi itu bukan tanda untuk dia mengalah.

“Along..along…yang nak didengkikan Kak Tim tu buat apalah. Macam budak-budak aje dia orang ni. Humm…” Farhana menjongkit bahunya.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.