Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
205,046
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 26 : bertindak dengan hikmah

BAB 26

Pukul 4 petang aku dipanggil ke bilik Pengetua oleh setiausaha Datin. Aku rasa mungkin aku dipanggil disebabkan oleh teguran aku tadi kepada kak Hashimah. Mungkin kak Hashimah telah mengadu kepada Datin perihal kejadian tengahari tadi. Aku reda kali ini, biarlah kena marah ke apa.... janji aku dapat memberikan pendapatku. Ini negara demokrasi.... setiap orang boleh berikan pandangan. Takut kerana salah, berani kerana benar. Aku mengetuk pintu, apabila aku masuk sahaja ;

“Wah Hisham.. dengar cerita kamu tidak puas hati dengan pengurusan saya” belum sempat duduk sudah kena bambu.

“Saya bukan tidak puas hati. Saya cuma tidak bersetuju dengan beberapa perkara Datin” aku terus duduk di kerusi tanpa mempedulikan arahan Datin... kali ini biar aku menunjukkan yang aku ini dominan pula.. asyik Datin sahaja yang Dominan dalam perhubungan kami.

“Apa yang kamu tidak setuju??? Cakap dengan saya” tanyanya tegas.

“Pertama..... penahanan kak Shasha di sel tahanan selama 2 minggu.”

“Shasha salah.. dia melawan ketua warden. Jadi saya menggunakan undang-undang yang sedia ada untuk menahannya” jawab Datin.

“Itu saya tahu. Kita memang ada undang-undang dan peraturan.. tapi kita tidak boleh ke bertolak ansur. Sejak bila kita ini semua menjadi warden penjara? Semuanya disekat? Kak Shasha hanya mahu menelefon anaknya. Salah ker? Lagipun kak Shasha membayar bil setiap bulan. Lagi satu.. kenapa Datin tidak ikut prosedur penahanan? Sumbat sahaja kak Shasha di dalam... mesti ada pertuduhan.... perbicaraan ” kataku masih penuh hemah walaupun agak tegas.

“Mana kamu tahu kami tidak ikut prosedur? Sofia awek awak mengadu yer??? Kami bukan tidak bagi langsung kak Shasha telefon anaknya. Hanya dihadkan. seminggu sekali sahaja.”

“Benar... tapi ini telah memberi tekanan kepada kak Shasha.. Datin. Kita semua tahu kisah beliaukan. Dia dan anaknya didera oleh suaminya... sekarang ini anak beliau yang seorang itulah menjadi sumber kekuatannya. Anak beliau sekarang tiada di sisinya... seorang ibu tentulah bimbang apabila anaknya tiada disisikan. Sebab itulah kak Shasha menelefon anaknya selang sehari.. bertanya khabar. Puan tentu tahu naluri ibukan. Seorang ibu kalau tak dapat tengok anak depan mata, dengar suara pun jadilah. Sebab itulah apabila bila kita tegah dia menelefon anaknya.. dia jadi emosional.. tertekan sebab merindui anaknya. Akhirnya dia bertindak di luar batas dan kasar terhadap kak Hashimah. Itulah puncanya.... pasal siapa yang beritahu biarlah rahsia Datin” Datin terdiam... mungkin memikirkan kebenaran kata-kataku tadi.

“Baiklah.... saya tarik balik larangan tersebut. Tapi saya tetap bertegas setiap kali menggunakan telefon mestilah tidak lebih daripada 10 minit” alhamdulillah.. berjaya tugasan satu.

“Kak Shasha dilepaskan?” tanyaku.

“Saya akan suruh ketua wadar keselamatan melepaskannya sekejap lagi.. kalau tidak sempat.. mungkis besok” jawabnya acuh tak acuh.

“Alhamdulillah.”

“Lagi.. apa perkara yang kamu tidak puashati???”

“Bukan tidak puashati.. cuma mahu memberi cadangan kepada Datin. Harap Datin dapat memberikan pertimbangan di atas cadangan saya ini.”

“Apa dia?”

“Saya harap Datin tarik balik undang-undang yang bersikap tegas. Atau menilai semula peraturan yang menyekat kebebasan penghuni.”

“Saya yang perkenalkan. Hisham, awak perlu faham kini pusat ini di bawah pentadbiran Pengetua baru. Pengetua lama terlalu berlembut. Mereka naik kepala... saya tidak suka dengan keadaan begitu hinggakan Pengetua dahulu boleh meminta parol sehingga 100 orang sepanjang dia bertugas disini. Malah penghuni kritikal hanya menetap di sel tahanan selama seminggu dua. Sepatutnya... jika sudah diwartakan selama 3 bulan, maka 3 bulanlah dia perlu duduk di sel tahanan” Datin mempertahankan tindakannya.

“Itu bukannya berlembut.. tapi tindakan yang berhikmah. Hasilnya berapa peratus yang kembali semula ke sini? sepanjang pengetahuan saya bertugas di sini.. hanya kak Janaa seorang sahaja yang berulang kembali semula ke sini. Kita bukan penjara, tapi pusat perlindungan.. kita memberi perlindungan dan memulihkan mereka. Puan Pengetua dahulu hanya menggunakan pendekatan manusiawi. Sentuhan yang nampak lembut.. tetapi sesuai dengan jiwa manusia” jawabku.

“Kalau kamu rasa bekas majikan kamu itu lebih bagus dari saya. kamu boleh minta tukar untuk bersama dengan Puan Pengarah.. saya akan luluskan pertukaran kamu dengan senang hati. Tempat kamu boleh digantikan oleh Hashimah. Dia tidak pernah membantah atau mempertikaikan cara pengurusan saya.. malah dia menyokong saya apa sahaja keputusan yang saya buat. Malah dia banyak membantu saya... kamu baru sebulan saya jadi Pengetua disini... kamu sudah mahu melawan saya” ada nada kurang senang dalam percakapannya.

“Datin, saya bukan mempertikaikan atau ada niat untuk melawan Datin. Saya tahu... pangkat Datin lebih besar dari saya. Saya hanya memberi cadangan dan menegur untuk kejayaan organisasi kita di masa hadapan selain mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.. Itu sahaja. Saya masih menghormati Datin sebagai ketua saya... saya masih berminat untuk bertugas disini. Lagipun saya baru naik pangkat... bukan senang untuk saya minta tukar” kataku membetulkan tanggapan Datin, aku bukan mempertikaikan cara pengurusan ( tapi memang aku mempertikaikan ) tapi tidak bersetuju dengan caranya yang agak tegas.

“Kalau awak hormati saya, ikut sahaja cara pengurusan saya. ada apa-apa lagi.. kalau tidak mahu... saya mencadangkan awak mengisi borang pertukaran. Ada apa-apa lagi????” baiklah.. cukuplah.

“Tiada apa-apa lagi Datin.. terimakasih” aku keluar dari bilik Datin dengan kecewa. Nampaknya emosi sudah menguasai Datin. Datin lebih mendengar kata-kata orang lain dari kebenaran. Aku dapat rasakan masalah yang lebih besar akan berlaku. Dan masa itu akan tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang ;

{{{{{{{{{{{{{{{

Esoknya aku mendapat tahu bahawa akak Shasha telah dibebaskan petang semalam pada pukul 5.30 petang. Ketua wadar keselamatan berkata semua penghuni bersorak apabila kak Shasha dilepaskan. Kak Shasha dianggap hero kerana ditahan sebab memperjuangkan hak mereka. Bibit-bibit pemberontakan di dalam pusat perlindungan ini sudah mula dirasakan.. itu laporan yang aku terima daripada timbalan warden kak Aisyah yang aku arahkan secara rahsia untuk mengintip pergerakan semua penghuni. Sebenarnya wadar keselamatan juga sudah jelik dengan sikap kak Hashimah. Kak Hashimah pula kini bertindak sebagai ketua wadar keselamatan... gubah semua peraturan asrama. Cari kesalahan penghuni... beri hukuman sesuka hati hingga melangkui tugas kak Hasni. Kononnya semua tindakan yang dilakukan oleh kak Hashimah dipersetujui oleh Datin.... kalau tidak bersetuju boleh cakap dengan Datin ( akhirnya tiada siapa yang berani bertanya kepada Datin samada tindakan kak Hashimah itu betul atau tidak kerana mereka semua tahu Datin akan menyebelahi kak Hashimah walaupun tindakannya itu salah ).

Untuk pengetahuan tugas seorang ketua warden adalah memastikan segala keperluan penghuni dipenuhi ( makan. Minum, barang keperluan peribadi ), memantau kesihatan penghuni, menghantar penghuni ke hospital jika perlu, memastikan kebersihan asrama terpelihara, memastikan kebajikan penghuni dan membuat kerja-kerja pengurusan asrama ( seperti aduan kerosakan, pengurusan kontrak pembersihan dan dobi ). Jadi tugas menjaga keselamatan, memantau disiplin atau peraturan, menuduh seseorang itu adalah bidang tugas wadar keselamatan. Itu yang menimbulkan ketidakpuasan hati wadar-wadar keselamtan yang ada.

Lagi menjelekkan kak Hasni dan wadar keselamatan yang lain ialah kak Hashimah selalu tiada di asrama atau sekurang-kurangnya tinggal berhampiran dengan asrama. Kak Hashimah hanya memantau dan berada di asrama hanya pada waktu pejabat.. habis lambat pun dia akan duduk di berada di asrama pada pukul 7 petang. Jadi selepas itu, samada timbalan ketua warden ( ustazah... pun hanya ada sampai solat Isyak.. katanya susah sikit seorang wanita yang sudah bekerluarga tinggal di asrama.. suami tidak bagi ustazah tidur di asrama ). Ini menyebabkan penyelia keselamatan syif malam mempunyai satu lagi tangungjawab melakukan tugas warden untuk memantau penghuni di asrama. sudahlah rumah kak Hashimah di Shah Alam... jika berlaku sesuatu di asrama.. kak Hashimah terlalu jauh untuk sampai segera di asrama.

Tidak seperti aku semasa menjadi ketua warden dahulu yang memilih untuk tinggal di rumah kerajaan yang berada di dalam pusat perlindungan ini. Senang untuk aku berulang alik melihat penghuni atau bertindak dengan cepat jika ada apa-apa hal yang berlaku di asrama. Kini.... jika ada apa-apahal berlaku di asrama, agak susah untuk wadar mengambil tindakan kerana kuasa sebenarnya terletak di tangan ketua warden. Jadi penghuni terbiar begitu sahaja. Akhirnya dari pening-pening kepala memikirkan hal ini, baik aku telefon bekas bos aku tanya pandangan dia macamana pulak. Aku mencapai fonselku dan menelefon Puan Pengarah.. 2-3 kali dering telefonku bersambut. Aku memberi salam ;

“Hi Hisham.. baru sebulan akak pergi sudah rindu dengan akak” perlinya.

“Sebulan akak pergi.. macam-macam yang dah berlaku Puan Pengarah. Boleh ke saya telefon Puan ni... nanti ganggu kerja Puan pula.. jika Puan sibuk.. saya boleh telefon kembali pada masa yang sesuai” aku memanggilnya Puan kerana menghormatinya yang kini menjawat jawatan tertinggi peringkat negeri.

“Hahahahahahahaha... itu baru sebulan. Belum setahun.. agaknya kalau dah setahun macamana agaknya yer? Ye... boleh... saya boleh bercakap.”

“Saya rasa rusuhan akan berlaku dalam ni gamaknya. Mesti kecoh satu Malaysia.. bibit-bibit ketidakpuasan hati di kalangan penghuni makin dirasakan Puan. Mereka tidak puas hati dengan cara kak Hashimah dan Datin bertindak.”

“Hahahahahahahahahahaha. Itu semua cabaran Hisham... lain orang lain stailnya” akak Badariah ini macam sudah tahu sahaja masalah yang melanda pusat perlindungan ini. Tetapi tidak menghairankan aku... kak Badariah baik dengan semua pekerja terutama ketua wadar keselamatan.... dengarnya mereka sama-sama bekerja dahulu di pusat ini.

“Puan tahu ker?” tanyaku.

“Sebenarnya ramai staf akak yang telefon akak pasal Datin tu. Wadar.. tukang kebun. Kontraktor malah kak Tasya pun telefon mengadu dengan akak” kak Tasya merupakan bekas setiausaha Puan Pengetua dulu dan kini beliau menjadi setiausaha kepada Datin. Memang masaklah jawabnya.

“Apa pulak kak Tasya mengadu” kataku ingin tahu.

“Dia kan setiausaha..... so Datin melenting kalau surat ditulis tak betul atau salah sikit. Tegur secara kasar.. tapi masalah surat itu sendiri ditulis sendiri oleh Datin” hmmmmmmmm. Kesian kak Tasya....

“Kesian dia.. tapi kak. Datin ni memang lainlah.... saya rasa beliau menguruskan pusat ini seperti diktaktor. Masa pembebasan kak Haryati dulu pun saya yang uruskan... terpaksa pula kak Haryati ke bilik Datin untuk meminta maaf dan mengucapkan terima kasih. Sepatutnya itu semua tugas Datin.. bukan saya.”

“Salah tu dari segi prosedur.... kamu bukannya ada kuasa memberi semua dokumen dan membacakan perintah pembebasan. Kalau orang tahu, pembebasan Haryati boleh dibatalkan. Tidak ikut prosedur.. memperlekehkan tugas lembaga parol.”

“Entahlah kak... saya buat jelah apa yang Datin suruh. Nanti kalau saya tidak buat... siap lagi mahu buat?/ Timbalan pun tiada masa tu. Tapi saya rasa dia memang tidak setuju kak Haryati dibebaskan. Malah Pesalah atas warta penjara sekarang ini wajib duduk sel tahanan selama 3 bulan sebelum masuk ke asrama... tidak seperti Puan dahulu.... hanya seminggu atau 2 minggu sahaja.. malah sel tahanan pernah kosong selama beberapa bulan kerana penghuni baru terus dimasukkan ke dalam asrama.”

“Kamu dah mengusulkan ketidaksetujuan kamu terhadap tindakan Datin?”

“Sudah Puan. Tapi kalau selalu sangat tidak setuju.. saya akan dituduh sebagai mempertikaikan cara pengurusannya. Malah Datin pernah berkata kepada saya... jika saya tidak setuju dengan caranya... adalah lebih baik saya meminta pertukaran dan kerja semula di bawah Puan.. ada ke cakap macam tu. Jadi saya hanya mampu bersabar.. saya tidak tahulah boleh bersabar. Takut meletup jer tadi.. mengamuk ker.”

“Entahlah Hisham.. akak nak masuk campurpun tak boleh sangat. Pusat perlindungan itu ada autoritinya tersendiri, nanti akak dituduh masih tidak mahu lepaskan kuasa akak ke atas perlindungan tu. Akak masih gila kuasa pulak nanti.... apa yang boleh akak buat, akak pantau sajalah. Selagi tak menyalahi undang-undang dan kuasa yang diberikan kepada Pengetua. Bagi akak Datin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Nasihat akak kepada kamu dan staf yang lain.. bersabarlah. Ikutlah cara dia... kalau ada staf yang tak tahan sangat... mintaklah tukar. Buat masa sekarang di pejabat akak ini tiada lagi jawatan kosong... kalau cleaner tu adalah” aku terdiam sejenak... nampaknya itulah yang terbaik. Tergelak pula aku mendengar ayat kak Badariah di penghujungnya itu. Aku tergelak...

“Hahahahahahahahahaha.... jadi cleaner??? Boleh juga Puan.... daripada saya pening kepala kerja bawah Datin... baik saya jadi cleaner. Oklah kak. Nampaknya saya ikutlah nasihat akak tu. Saya berharap penghuni yang lain pun bersabar.. kalau tak habislah” kemudian kami berbual hal-hal yang lain terutama berkaitan dengan kerja.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.