Home Novel Fantasi The Door Within
The Door Within
sipencintapena
5/7/2021 21:47:55
48,399
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 2


Elika melangkah masuk ke dalam rumah dengan berat hati. Jika dia tidak fikirkan ayahnya, sudah lama dia keluar dari rumah tersebut.

“Baru balik?” soal Karina dengan kening terangkat. Kelihatan wanita itu sedang duduk di sofa ruang tamu sambil memegang majalah. Elika hanya diam tidak menjawab. Dia meneruskan langkah tanpa mempedulikan soalan wanita itu.

“Kau pekak ke?” soal Karina mula berang.

“Buta ke?” soal Elika kembali sebelum melangkah naik ke tingkat atas

“Kurang ajar! Kau memang tak ada adab!” marah Karina dengan nada tinggi. Elika meneruskan langkahnya berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Sampai sahaja di muka pintu biliknya, dia pantas melangkah masuk. Elika menuju ke katilnya. Dia menghempaskan tubuh langsingnya di atas tilam. Dia memang sudah lali dengan sikap Karina yang sering memarahinya tanpa sebab yang jelas. Elika mengeluh perlahan. Hidupnya tidak pernah aman walau sehari tanpa bebelan wanita itu. Elika bangun semula sambil duduk di birai katil. Foto arwah ibunya yang terletak di atas meja ditenung lama.

Apa yang akan berlaku jika ibunya masih hidup sehingga kini?

Elika mengeluh lagi. Rindunya dia pada wanita itu. Elika memandang pula buku yang berada di sisinya. Dia sempat meminjam buku tersebut sebelum Taj memanggil dia dan Gloria petang tadi.

Tapak peninggalan kerajaan lama?

Elika tersenyum lebar. Dia lega kerana boleh melarikan diri daripada Karina dan Lanaa walau hanya sekejap.

                                      *****

Gloria berpaling memandang Elika yang duduk di meja belakangnya.

“Kau dah bersedia?” soalnya. Elika yang sedang membaca buku mengangkat wajahnya memandang gadis itu.

“Sejak bila kau pandai tanya aku ni?” soalnya kembali tanpa menjawab. Gloria mendengus geram.

“Aku tanya bukan sebab aku nak kawan dengan kau. Aku just tanya aje. Susah sangat ke soalan aku?” marahnya. Elika tersenyum sinis. Dia memandang bukunya semula tanpa mempedulikan Gloria yang masih memandangnya.

“Gila,”kata Gloria sebelum memandang semula ke hadapan.

“Kau tu yang gila,” balas Elika selamba.

“Kau tahu tak kenapa aku tak suka kau?” soal Gloria semula. Dia berpaling semula memandang Elika.

“Aku malas nak gaduh dengan kau. Buang masa. Lagi satu, kita nak ikut si Taj tu bulan depan. Bukan esok. Yang kau nak kalut sangat dah kenapa?” balas Elika sambil mendengus geram. Dia bangkit dari kerusinya lantas berlalu keluar dari kelas. Gloria menggengam erat penumbuknya.

Perempuan gila! Soalan senang pun tak nak jawab!

Marahnya dalam hati.

                                    *****

Elika memandang kalendar di atas meja Taj. Cepatnya masa berlalu.

“Elika, kamu dengar tak?” soal Taj dengan kening berkerut. Gloria yang berada di sebelah Elika turut memandang gadis itu.

“Tahu pun takut. Kau bukan main lagi kenakan aku hari tu. Sir, minah ni tak bersedia lagi nak ikut. Tinggalkan aje. Ganti dengan orang lain,” celah Gloria dengan senyuman sinis. Elika hanya menjeling gadis itu.

“Dengar sir. Saya tak ada masalah nak ikut. Lagipun saya dah lama nak ikut rombongan macam ni,” balas Elika dengan senyuman.

“Kamu dah beritahu ibu bapa masing-masing? Dah berikan surat yang saya beri minggu lepas?” soal Taj sambil memandang kedua-dua gadis di hadapannya itu. Gloria pantas mengangguk. Elika terdiam lagi.

“Elika?” soal Taj.

“Malam ni saya beritahu papa,” balasnya dengan nada perlahan.

“Kenapa tak beritahu awal-awal? Saya tak akan masuk campur kalau papa awak tak setuju,” balas Taj.

“Padan muka,” ejek Gloria.

“Gloria,” tegur Taj. Elika hanya mengangguk. Dia sudah tidak mampu membalas Gloria apabila memikirkan reaksi papanya nanti.

“Kamu berdua boleh balik. Ingat, lusa berkumpul di tempat yang saya dah beritahu. Jangan lewat,” Taj mengingatkan. Gloria dan Elika mengangguk serentak sebelum berlalu.

                                     *****

Jaim menarik nafas berat selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Elika. Karina yang baru turun dari tingkat atas pantas menyertai dua beranak itu di ruang tamu.

“Kenapa serius aje ni bang? Kau buat hal ek?” soal Karina sambil memandang Elika yang sedang duduk di hadapan mereka.

“Karina,” tegur Jaim. Karina mendengus geram sebelum bangkit semula menuju ke arah dapur. Jaim mengeluh perlahan.

“Papa izinkan. Tapi janji dengan papa. Lika kena jaga diri kat sana. Apa-apa nanti call papa,” katanya dengan berat hati. Dia memang berat hati melepaskan gadis itu kerana risau dengan keselamatan Elika. Apabila Elika mengatakan tempat yang mereka akan pergi jauh di pedalaman, dia mula tidak sedap hati.

“Terima kasih,” ucap Elika sebelum bangun dari kerusinya.

“Lika, papa minta maaf,” ucap Jaim dengan perasaan bersalah. Dia sedar yang dia sudah sering menyakiti hati anak perempuannya itu. Dia bukan seorang ayah yang baik untuk Elika.

“Selamat malam,” balas Elika dengan senyuman hambar. Dia berlalu naik ke tingkat atas tanpa sempat Jaim menahan. Bukan dia tidak sudi memaafkan papanya itu. Biar dia rawat dahulu hatinya yang sudah lama terluka dengan sikap orang tua itu. Jaim mengeluh lagi.

                                   *****

Bulat mata Gloria memandang beberapa pelajar yang sudah berkumpul menunggu bas untuk mengambil mereka.

“Ramainya. Taj tak beritahu pun yang ada pelajar lain ikut rombongan ni,” rungutnya. Elika yang berdiri di sisinya turut memandang sekeliling. Dalam anggarannya lebih kurang ada 20 orang pelajar yang terlibat.

“Aku rimas lah bila ramai orang ni,” rungut Gloria lagi.

“Kau boleh diam tak? Kalau tak nak ikut, tinggal kat sini,” balas Elika sambil mengangkat beg sandangnya.

“Kau nak ke mana?” soal Gloria apabila melihat gadis itu mula melangkah berlalu.

“Kau buta? Tu bas kat depan tu!” marah Elika yang mula hilang sabar dengan gadis itu. Gloria mendengus sambil turut mengikut langkah Elika.

                                 *****

Sepanjang perjalanan pandangan Elika hanya terarah ke luar tingkap. Matanya tidak puas memandang lautan yang jelas kelihatan. Walaupun bas yang mereka naiki sedang bergerak, namun lautan tetap tidak mahu hilang dari pandangan. Lautan itu ibarat dirinya yang kesepian. Walaupun mempunyai tempat untuk bergantung, namun orang yang dia harapkan itu semakin jauh daripadanya. Elika mengeluh perlahan. Dia berpaling memandang Gloria yang sudah terlelap di sisinya. Dia tidak menyangka gadis itu sanggup pula berkongsi tempat dengannya. Selama ini Gloria memang pantang jika dibandingkan dengannya. Pendek kata, susah sangat mahu mengalah dengannya. Elika menggeleng perlahan. Dia mula akui hanya Gloria sahaja rakan yang dia ada. Rakan gaduhnya.


Previous: 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.