Home Novel Cinta Hatiku Not For Sale
Hatiku Not For Sale
Batiah Hadi
23/5/2015 22:35:39
454,923
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 7

      “Awak???” jerit Zahra dengan wajah geram sambil jarinya menuding. Hasef tersentak. Lamunannya mati seketika. Dah kenapa pula? Bukan main lagi gadis itu menunjuk padanya dengan suara nyaring begitu.

      “Saya kenal awak…awaklah yang beli nasi lemak saya beberapa hari lepas?…Awak kawan abang Malek kan??.” soal Zahra bertalu-talu. Marahnya makin mencanak. Hasef terpempan. Wajah Zahra yang berlumpur diamati seketika. Sedikit demi sedikit dia mula teringat wajah gadis nasi lemak itu. Dia lantas mengangkat jari pada Zahra. Jarinya ditunjuk ke arah gadis itu pula.

      “Hah?..awak??? Haissh! Apa awak buat kat sini? ” soal Hasef lantas meraup wajahnya. Dia juga tampak terkejut. Boleh pula lumpur itu terkena gadis itu? Hasef menghela nafas bosan. Sejak ada sedikit pergeseran antara dia dan gadis itu tempohari, kalau boleh dia tidak mahu lagi berjumpa gadis sombong itu. Dia juga tidak lagi membeli nasi lemak di situ. Hanya Malek yang sering datang. Sekarang seperti takdir mereka berjumpa lagi. 

    “Saya tunggu bas lah. Ini kan bus stand, tak nampak ke?.” marah Zahra tak puas hati.

      “Siapa suruh awak berdiri dekat dengan jalan?” ujar Hasef menyalahkan Zahra pula. Hilang sudah kata-kata berhemahnya tadi apabila mengetahui siapa gadis itu. Zahra terasa seperti mahu meletup.

     “Eh, suka hati sayalah. Kat sini tak ada pulak signboard kata tak boleh berdiri dekat dengan jalan? Yang awak tu ikut suka hati berhenti tu kenapa? Tak nampak ada lopak kat depan bus stand ni?” marah Zahra.

     “Saya memang tak nampak…tengah cari handsfree tak sedar masa berhenti tadi saya dah langgar lecak tu dan terkena awak…,” Hasef memberi alasan. Wajah gadis itu yang ada bekas-bekas lumpur itu diperhatikan. Memang comot sungguh. Hasef menahan tawa.

    “Alasan….” marah Zahra kini menguis lumpur yang terlekat di baju dengan tangannya.

     “Betul ni…Saya memang tak nampak tadi..” ujar Hasef acuh tak acuh.

      “Lain kali berhenti tu pandang-pandanglah sikit. Ada orang ke tak ke…menyusahkan saya je.” marah Zahra dengan berani.

      “Eh awak ni…saya kan dah kata sorry tadi?.”

       “Awak ingat semua ni boleh hilang kalau awak mintak maaf? Awak tengoklah baju saya ni. Tudung saya ni…semua terpalit dengan lumpur.” ujar Zahra menunjuk pada baju dan tudungnya. 

    Hasef melirik pada pakaian gadis itu yang jelas melekat pada tubuhnya dan kemudian ke wajah gadis yang berbibir merah itu. Hmm..mata nakalnya melirik lagi kali kedua sebelum disergah Zahra.

      “Saya ni tak banyak baju. Ini baju kegemaran saya dan awak dah rosakkan baju saya!”

       Huh! emosionalnya budak perempuan ni!!?? Hasef menghela nafas. 

     “Macam ni lah biar saya ganti baju dan tudung awak.” ujar Hasef dengan suara yang cuba ditenangkan. Tak guna bergaduh dengan budak bawah umur tu. Perangainya saja seperti budak-budak.

     “Itu tak akan mengubah rasa geram saya pada apa yang awak dah buat ni.” balas Zahra. Tonasi suara Zahra masih tinggi. Hatinya bersarang dengan rasa tidak puas hati.

     “Perkara dah jadi…bukan boleh ulang balik pun. Kan saya dah minta maaf dan nak ganti baju serta tudung awak. Kenapa awak nak marah lagi?”soal Hasef lagi. Nada suaranya sudah ke not tinggi.

     “Mestilah saya marah. Saya yang kena lumpur bukan awak. Lagi satu, tak payahlah nak ganti-ganti pulak. Saya bukan tak ada duit sendiri,” balas Zahra bengang. Memang kali itu dia seperti kaki gaduh pulak.

     “Sombong pulak dia.. Orang nak tolong tak mau pulak,” gerutu Hasef meraup rambutnya yang tebal.

     “Bukan tak mahu tapi saya tak percaya pada awak sebab saya tahu awak sengaja langgar lecak tu. Awak geram sebab saya tak bagi tahu nama penuh saya hari tu kan?” tuduh Zahra. Hasef ketawa buat-buat. Tiba-tiba hatinya diselubungi rasa geli hati.

      “Eh perempuan…tolong sikit ye….jangan nak meroyan pulak. Saya tak mainlah balas-balas dendam ni. Ini bukan cerita drama. Apa yang berlaku sebe,um ni saya dah lupa dah. Saya dah maklum awak ni gadis sombong jadi saya dah lupakan semua. Tak kuasa saya nak ingat awak pulak. Banyak lagi kerja lain.”

   “Konon..”

      “Tak payah cakap banyak biar saya bawak awak ke Jusco ke atau Tesco untuk ganti baju tu. Saya tak mahu gaduh dengan awak.”

     “Ha tak payahlah…niat awak nak tolong saya tu tak ikhlas…entah-entah ada agenda lain,” tuduh Zahra lagi.

     “Agenda? Tak kuasa saya nak beragenda pada orang macam awak ni minah oi. Kalau awak anak jutawan mahu juga saya kidnap minta tebusan 3 juta. Ini…jual nasi lemak saja. Apalah yang ada? Sedarlah diri tu sikit.” balas Hasef sengaja mencurah minyak pada Zahra yang sudah terbakar.

     “Apa hinanya jual nasi lemak?? Saya mencari rezeki yang halal. Awak cakap sekali lagi pasal nasi lemak saya…saya sapu lumpurni pada awak!.” ugut Zahra geram lantas menghampiri lelaki itu. Hasef pantas menjauhkan diri.

    “Awak jangan nak melampau!!. Kalau awak palit lumpur tu pada saya, saya akan angkat awak masuk dalam kereta saya dan bawa awak ke sempadan baru tahu. Kat situ jugak saya cari kadi supaya kawinkan awak dengan saya. Baru padan muka awak stuck dengan saya seumur hidup.”

     “Mati hidup balik pun saya tak mau kawin dengan awak. Simpang malaikat 44! Awak tu pendendam. Pasal nama tu pun dendam macam ni sekali!” ujar Zahra mengungkit insiden di restoran tempohari. Hasef mendengus.

    “Dengar sini budak perempuan, awak tak mahu bagi nama…so what???! Saya pun tak kisah sampai nak sengaja langgar air tu pada awak….Biar saya ulang kenapa semua ni jadi ye. Kebetulan saya lalu di sini. Telefon saya berbunyi dan saya terpaksa stop kereta saya untuk ambil call. Mana saya nampak awak tercongok di situ. Lain kali pakailah baju yang striking sikit ataupun pakai sign lip lap lip lap macam pokok krismas tu supaya saya tahu awak ada depan bus stop ni,” sindir Hasef panjang lebar seperti bertih jagung pula sambil menyindir Zahra. Hati Zahra makin terbakar.

     “Awak yang buta, saya pulak yang salah?. Itu awak langgar air…kalau awak terlanggar saya macamana?” marah Zahra masih tak puas hati. 

     Hasef meraup rambut kemudian wajahnya. Ish! geram aku dengan minah sorang ni! Mulutnya tak berhenti membebel sejak tadi, gumamnya mengetap gerahamnya. Kalaulah dia makanan dah lama dia kunyah lumat-lumat. Geram betul dia!

    “Amboi mulut awak ni tak reti cakap baik-baik ye? Kenyataannya… awak tu masih tegak berdiri kat sini. Selamat je.. saya tengok. Kalau saya terlanggar awak, dah tentulah awak tak bercakap dengan saya sekarang ni kan?” sindirnya. Zahra terasa geram. Oh, sengalnya lelaki itu. Zahra mendengus.

    “Memanglah tegak berdiri kat sini tapi baju saya semua dah kotor.” jerit Zahra. Hati Hasef tambah hangat.

     “Macam ni lah. Biar saya hantar awak balik dan saya belikan baju yang baru. Itu je cara saya tebus balik kesalahan saya.” cadang Hasef itu tiba-tiba cuba cari jalan berdamai. bergaduh kan tak baik, desis hatinya.

     “Hah, tak payahlah. Saya boleh balik sendiri. Terima kasih banyak-banyak je lah.” jawab Zahra dengan nada menyindir. Hah? Pulak! Hasef bengang. Aikk, aku cakap baik-baik dia pulak menyindir bagai, gumam Hasef.

      “Eh…betul ke ni tak mahu saya hantar balik???” soal Hasef seperti menduga.

“Alah…tak payahlah. Bukannya ikhlas pun...tengok muka awak pun saya tahu awak ni bukan boleh dipercayai pun. Entah-entah awak gangster jual dadah ke?” terjojol mata Hasef tidak percaya dengan kata-kata Zahra. Punya kemas dia berpakaian dengan kemeja bagai, hensem begitu, boleh pula gadis itu mengatakan dia gangster. Gadis itu butakah??? Hah! Memang buta!

   “Saya rasa awak ni ada masalah lah…” suara Hasef tiba-tiba.

    “Hah, masalah apa pulak?” tanya Zahra kembali dengan kasar.

    “Masalah sakit jiwa.” jawab Hasef selamba. Bulat mata Zahra. Tak guna!

    “Apa awak cakap??? Sakit jiwa???” Awak yang nak langgar saya…saya pulak yang sakit jiwa.???” marah Zahra bertalu-talu. Hasef tersengeh sengaja. Sengaja mahu menyakitkan hati Zahra lagi.

    “Ye sakit jiwa…ada skru hilang dalam 3 biji saya rasa…” umpan Hasef sengaja. Zahra menarik nafas geram.

     “Eh, awak dah melampau ni…awak ni memang nak kena,!” ujar Zahra seperti menjerit. Dia seperti mahu mencekik lelaki itu sahaja! Hasef mendengus.

     “Woi dahlah… kalau awak tak mahu tumpang, tak payah tumpanglah. Saya pun ajak-ajak ayam je. Awak ingat saya nak bagi awak kotorkan seat kereta saya ke??? Awak tahu tak berapa ratus ribu kereta tu? Awak tak layak duduk situ..nanti habis kotor tercemar seat tu aje…. Dah…selamat tinggal. Malas saya nak layan perempuan sombong, berlagak dan mental macam awak ni. Baik saya balik. Adioss!!!Awak duduklah bersalut lumpur kat situ. Kalau lama lagi boleh jadi patung lumpur tak pun patung cendana baru padan muka awak!!!” marah Hasef lantas masuk ke dalam keretanya dan terus menghidupkan enjin.

     “Wei, lari pulak???? Saya tak habis cakap lagi dengan awak lah!!!” jerit Zahra geram pada Hasef yang sudahpun berada dalam SUV itu. Mahu saja dia melontar payung di tangan ke kereta lelaki itu. Tapi kalau dah pecah tingkap kereta siapa juga yang susah? Siapa pulak kena bayar dahlah tadi dia kata harga kereta ratus ribu. Lantas niat itu hanya tinggal niat sahaja.

    “Bodoh sombong!” sumpah Hasef pada kelibat gadis itu. Zahra yang melihat Hasef berlalu menyumpah juga bila kereta Range Rover Evoque itu bergerak pergi.

      “Huh! dia yang mental…tuduh orang pulak!! Gila!!” jerit Zahra geram sambil menyapu lumpur di wajahnya dengan kasar.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.