Home Novel Cinta KuPertahankan Cinta
KuPertahankan Cinta
Amylieyhaizani
9/10/2019 21:40:16
2,180
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Bab 1

 

Hujanyang turun lebat di luar seakan menarik Atiey Dalila untuk mendapatkan jendelayang terbuka luas. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menyerbu masuk ke dalambiliknya. Kelihatan dada langit hitam dan pekat. Tiada satu bintangpun yangberkelipan di situ. Cahaya bulan yang sering menemani malamnya turut hilang. Hanyacahaya lampu flat 20 tingkat yang berada di hadapannya bersinar terang.

            Atiey merenung lama air hujan yangjatuh ke bumi. Raut wajahnya kelihatan suram. Ada sesuatu yang menganggupemikirannya saat itu. Sesuatu yang membuatkan hatinya tidak senang. Sesuatuyang membuatkan jiwanya tidak tenang.

            Atiey mendengus perlahan. Dia terasaingin menangis. Namun untuk apa sebenarnya? Apakah untuk merawat hatinya yangterluka dan tercalar? Bukankah air mata itu akan menjadi asid dan menambahperit di jiwanya?

            “ Salah siapa sebenarnya? Adakahsalah Atiey yang mengharapkan cinta darimu Mil? Salahkan Atiey mengharapkankasih sayang dari orang yang paling dekat dengan Atiey? Salahkan Mil?” soalAtiey sendiri. Air matanya mula bertakung di kelopak mata.

            Zamil Ariff! Ya, Zamil Ariff adalahlelaki yang dicintainya dalam diam. Zamil Ariff adalah teman sepermainan danterbaik yang pernah dia ada. Zamil Ariff adalah penawar saat dia bersedih ataumenangis. Jika dikatakan Zamil Ariff adalah segala-galanya baginya, mungkin diaakan mengiayakan tanpa menindakkannya.

            Atiey yakin bahawa Zamil Ariff telahditakdirkan untuk dirinya. Jodoh yang tercatat untuknya adalah lelaki itu. Diasungguh yakin sehinggakan keyakinan mulai goyah dan akhirnya dia tersungkurdengan tangisan. Dan Zamil Ariff tidak pernah tahu tentang itu.

            “ Atiey, Mil ada benda nak cakapdengan Atiey. Atiey nak dengar tak?” soal Zamil Ariff dengan senyuman lebar.Sungguh Atiey merasa bahagia dengan senyuman itu. Pantas dia menganggukkan  kepalanya beberapa kali.

            “ Atiey, Mil dah jatuh cinta!” tuturZamil Ariff tanpa berselindung. Pantas anak matanya merenung mata jernih Atiey.Gadis itu seakan kaku.

            “ Mil jatuh cinta? Dengan siapa?”soal Atiey Dalila dengan debar yang menggunung. Mungkin lebih tinggi darigunung Everest. Mungkin juga setinggi gunung kinabalu. Atau mungkin juga…Ah Mil!Jangan diduga hati Atiey! Atiey tak suka! Atiey Dalila menunggu dengan sabar.

            “ Dengan kawan sekerja Mil. Diamengajar dekat sekolah yang Mil mengajar. Nama dia Fiza. Pasti Atiey suka kalauAtiey kenal dia,” ujar Zamil Ariff dengan senyuman. Matanya bersinar bagaikanmengatakan kebahagiaan hatinya sedangkan Atiey sedang mengira untuk menangisatau meraung. Hatinya hancur berkecai saat itu juga. Harapan dan impiannyapunah untuk hidup bersama dengan lelaki itu.

            “ Fiza? Mesti dia cantikkan?Secantik nama dia!” soal Atiey Dalila kedengaran tenang. Dia memandang ke arahlain. Dia tidak mahu Zamil Ariff nampak ada air jernih bertakung di kolammatanya saat itu.

            “ Cantik! Secantik Atiey!” balasZamil Ariff seraya mencuit bahu Atiey. Dia kemudian bercerita tentang kekasihhatinya. Semenjak bila mereka bercinta dan bagaimana mereka jatuh cintadiceritakan satu persatu kepada Atiey Dalila.

            Air mata Atiey Dalila mulai tumpah.Dia menyapu air jernih itu dengan perlahan. Tiada apa yang ingin dia katakansaat itu. Rasa hatinya juga tidak mampu diluahkan. Apa yang dia tahu, dia inginberedar dari situ. Dia ingin menangis sepuas-puasnya.

            “ Mil, Atiey naik dulu. Atiey naktolong mak buat kuih,” ucap Atiey Dalila sebelum habis Zamil Ariff bercerita.Dia melangkah laju tanpa menoleh lagi.

            “ Atiey, Mil tak habis lagilah!”laung Zamil Ariff sebelum menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hairandengan perubahan Atiey. Mungkin Atiey sibuk! Hanya itu yang mampu Zamil Ariffmembuat andaian.

Dum…

Bunyikilat menyedarkan Atiey Dalila dari lamunan. Air matanya tanpa sedar mengalirke pipi entah untuk ke berapa kali.

            “ Atiey sayangkan Mil sepenuh hatiAtiey. Atiey tak nak lelaki lain Mil! Hanya Mil dalam hati Atiey! Kenapa Miltak pernah faham? Kenapa Mil tak pernah bagi Atiey peluang? Kenapa Mil?” soalanAtiey bertimpa-timpa tanpa sebarang jawapan kerana Zamil Ariff tidak akanmendengar persoalan yang diajukan olehnya.

            Atiey Dalila menutup pintu jendela.Dia merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Wajah Zamil Ariff berlegar-legar diruangan mata. Mustahil lelaki itu tidak pernah nampak rasa cinta di hatinya.Atau mungkin juga Zamil Ariff tidak pernah tahu!

            Mungkin benar kadangkala kita perluberani untuk meluahkan dari memendam rasa agar kesudahannya tidak begitumenyakitkan. Dan kesudahannya sekarang, hati Atiey Dalila yang tercalar danterluka parah.

****

Atieymelangkah keluar dari bilik. Dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannyadengan keluhan yang berat. Sepasang matanya disapu beberapa kali agar manikjernih tidak lagi bermain di situ.

            “ Mak, Ammar dan Husna dah tidurke?” soal Atiey seraya duduk di sebelah Mak Salmah. Wanita 50-an itu kelihatanlebih tua dari umurnya yang sebenar. Mungkin kerana terlalu sibuk mencarirezeki untuk anak-anak yang masih bersekolah. Husna berumur 14 tahun, manakalaAmmar berumur 16 tahun. Atiey anak sulung yang kini berumur 22 tahun. Anakgadisnya itulah yang membantunya membuat kuih sebagai sumber pendapatan merekasetelah suaminya meninggal dunia dalam kemalangan dua tahun yang lepas.

            “ Dah tidur. Esokkan diorangsekolah. Atiey kenapa tak tidur lagi?” soal Mak Salmah seraya melipat kain yangmasih berbaki di dalam bakul. Pantas Atiey menolong wanita separuh abad itu.

            “ Mak, Atiey rasa nak cari kerjalah.Boleh kurangkan beban mak. Lagipun dah dua tahun arwah ayah tinggalkan kita.Atiey kasihankan mak. Mana nak bayar sewa rumah, belanja adik-adik, belanjadapur lagi. Kalau Atiey kerja, Atiey boleh tolong mak bayarkan semua tu,” tuturAtiey dengan lembut.

            Mak Salmah merenung wajah AtieyDalila dalam-dalam. Ada kesedihan di raut wajah anak gadisnya itu. Dia dapatmelihat mata Atiey yang sedikit sembap.

            “ Kenapa Atiey tiba-tiba nak kerja?Sebab Zamil kan?” soalan Mak Salmah menyentap jantung Atiey. Nama tersebutbenar-benar membuatkan hatinya menjadi pilu.

            “ Kenapa pulak dengan Zamil, mak?Ada-ada je mak ni!” balas Atiey sambil tertawa kecil. Nampak sangat tawanya itubagai dibuat-buat.

            “ Bukan mak tak tahu hubungan rapatAtiey dengan Zamil. Dari kecil lagi kauorang berdua rapat. Mak ingat Atieydengan Zamil akan bersama juga nanti. Tapi…” tutur kata Mak Salmah terhenti disitu. Kolam matanya berair secara tiba-tiba.

            Atiey merasa sebak. Senyumannyatidak lagi bermain di bibir.

            “ Mak, Atiey dengan Zamil hanyakawan mak. Lagipun, Zamil tu kan cikgu. Mana sepadan dengan Atiey. Dah lah Zamilhanya anggap Atiey kawan biasa. Tak lebih dari tu,” ujar Atiey perlahan.

            “ Atiey tahu Zamil nak bertunang?”soal Mak Salmah secara tiba-tiba. Atiey terpegun buat seketika. Bagaikan bomatom dicampak kepadanya saat itu. Jantungnya berdegup kencang. Dia tahuhubungan Zamil dengan rakan sejawat, tetapi dia tidak tahu secepat itu lelakiitu membuat keputusan.

            Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim…Engkauhilangkan rasa kasihku padanya! Engkau buangkan rasa sayang ini buat dia!

            “ Atiey!” panggilan Mak Salmahmenyedarkan Atiey. Dia melebarkan senyuman.

            “ Tak ada pulak Zamil bagitahuAtiey. Mak Nab ke bagitahu mak?” soal Atiey dengan tenang walaupun dia inginmenangis saat itu juga.

            “ Yalah, mak Zamil yang bagitahumak. Petang tadi mak sembang dengan mak dia dekat pondok bawah sana. Mak ingatAtiey dah tahu. Mak Nab pun terkejut sebenarnya. Mati-mati dia ingatkan Atieydan Zamil bercinta. Erm…kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana,” ulas MakSalmah akhirnya.

            Atiey menelan air liur yang tersekatdi kerongkong.

            “ Mak, Atiey dah ngantuk. Mak puntidurlah dulu. Esok nak bangun awal buat kuihkan?” soal Atiey mengalihkan topikperbualan. Malas dia bercakap tentang Zamil saat itu.

            “ Atiey pergi tidur dulu. Kejap lagimak masuk tidur,” balas Mak Salmah seraya bangun untuk menyimpan baju yangdilipat sebentar sahaja tadi.

            Atiey melangkah masuk ke dalambilik. Daun pintu ditutup perlahan. Dia bersandar ke daun pintu dan terduduk disitu. Air matanya berderai jatuh ke pipi bagaikan empangan pecah. Hatinyaterluka untuk ke berapa kali.

            “ Mil, andai kau tahu…” ucap Atieysambil menahan tangisan yang semakin kuat. Dia cukup yakin kini Zamil Ariffbukan diciptakan untuknya! Itu yang dia rasakan saat itu.

 

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.