Home Novel Cinta Teriring Doa
Bab 70b

Pemandangan malam yang permai dihiasi kilauan bintang yang memagari bulan yang keriangan, masih mahu ditatapi kerana hatinya masih belum puas memerhati dan serentak itu dia teringatkan ummi lagi.

“Ummi, terima kasih…terima kasih sebab lahirkan Dian ke dunia. Terima kasih sebab didik Dian selama ni dan terima kasih kerana sudi jadi ummi Dian…walaupun masanya tak lama.”

“Dian sayang ummi.” bisiknya sendiri sebelum pipinya basah kembali. Tiada apa lagi yang ingin diharapkan, selain kerahmatan dariNya, agar ummi ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang bertaqwa dan mendapat pelindungan daripada Allah di sana.

Bau makanan yang dibakar di atas arang kayu berjaya menarik perhatiannya serentak perut yang kelaparan mula berbunyi. Langkahan kaki diatur berhati diatas pepasir pantai yang peroi dan kekeringan, tapi tak lama sebelum dia berhenti semula.

Suasana kemeriahan yang tak pernah terjadi dan hanya dapat diimpi. Senyuman dan tawa mereka betul-betul membuatkan hatinya berasa bahagia dan tanpa sedar dia turut tersenyum sama.

“Terima kasih Allah.” bisiknya di dalam hati akibat daripada kebahagiaan yang dirasai.

“Dian sayang Allah…Dian rindu Allah…dan Dian cinta pada Allah!” tambahnya yakin untuk menzahirkan rasa kecintaan.

Tiba-tiba penglihatannya menjadi gelap bila matanya ditekup dengan sepasang tangan daripada belakang. Azeem tersenyum suka sambil menanti tindakbalas Dian yang seterusnya.

“Ish, abang ni. Main-main ya.” ucap Dian setelah menyedari gerangan si pelaku, pasti tak lain tak bukan, suaminya itu.

“Hebatnya isteri abang. Macam mana Dian boleh tahu? Abang tak cakap apa-apapun lagi.” soalnya pula tak percaya.

“Abang ingat abang boleh tipu Dian? Ni bau abang ni.” balasnya sambil mencapai tangan itu.

“Bau? Dian perli abang ke apa? Bau apa?” soalnya tak puas hati sebelum mencium tangan sendiri berkali-kali sedang Dian mula berasa geli hati.

“Dian sengaja nak kenakan abang kan? Sampai hati Dian.” tambahnya perlahan.

“Kenapa pulak tu? Abang merajuk ke?” soal Dian sebelum mencapai kembali tangan itu.

“Abang ada haruman yang boleh buat Dian rasa selesa, sama macam ummi.” tutur Dian menerangkan keadaan.

“Dian ingat lagi, bila setiap kali Dian tak sihat, Dian mesti nak berkepit je dengan ummi, nak peluk ummi, nak genggam tangan dia sebab dengan buat macam tu Dian jadi selesa dan semua rasa sakit tu pun berkurang. Samalah macam abang, abang pun ada haruman yang sama.” tambahnya sebelum mengucup lembut tangan itu. Azeem yang mendengar tersenyum bangga setelah sedar perkara yang sebenarnya.

“Abang, terima kasih sebab tak putus asa pada Dian dan terima kasih sebab muncul dalam hidup Dian. Dian sayang abang, dan Dian sayang abang kerana Allah.” tuturnya menyatakan isi hati.

“Abang pun sama. Abang sayang Dian kerana Allah dan abang sentiasa berdoa agar kasih sayang abang pada Dian takkan melampaui kasih sayang abang pada DIA.” balas Azeem pula, sama-sama menyatakan perasaan cinta yang dirasa.

“Assalammualaikum, sorry ganggu.” ucap Razif yang baru datang ke situ. Serentak Azeem dan Dian menoleh pada punca datangnya suara.

“Adik adik adik. Abang nak minta tolong boleh? Boleh tak Adik tolong abang?” soalnya kalut mematikan bibit-bibit cinta yang baru disulam sebentar tadi.

“Abang nak adik tolong apa?” soal Dian kembali, simpati.

“Adik tolonglah abang. Tolong recommend abang pada kawan adik tu, Aimi kan nama dia? Tolonglah ya? Please…” rayunya pula.

  “Kenapa abang takut nak cakap sendiri? Kan dia ada kat situ je. Tu, kat sebelah opah.” balas Dian pula sambil menudingkan jari ke bawah khemah. Serentak pandangan mereka terarah kepada Aimi yang sedang duduk di meja makan.

“Memanglah dia ada kat situ, tapi susahlah adik. Dah puas abang cuba, tapi macam susah nak mesra. Bila abang tanya satu, dia jawap satu. Dia macam tak ada minat pada abang. Atau sebenarnya dia dah berpunya?” soalnya lagi.

“Boleh tak kalau adik tak nak komen apa-apa, lagipun itu hal peribadi dia. Abang tanyalah sendiri dengan dia, tapi betul ke abang serius nak berkawan dengan dia?” soal Dian semula, tak mahu Aimi kecewa buat kali kedua disamping turut mahu mengesahkan keikhlasan abangnya.

“Ya-Allah, mestilah. Dian ni, macam tak kenal abang. Abang bukan jenis lelaki yang macam tu. Kalau abang dah suka dan dia rela, esok abang ajak dia nikah.” tutur Razif pasti.

“Abang ni, biar betul. Takut dia nanti kalau dengar, sebab hari tu Dian dah cakap nak kenalkan abang dengan dia, tapi dia tak nak. Dah tu macam mana?” balas Dian pula.

“Dah tu macam mana?” soal Razif pula sambil menggaru muka.

“Takpa, adik cuba tolong mana yang boleh, tapi adik tak janji apa-apa sebab semuanya terserah pada dia.” tutur Dian sebelum mereka bergerak ke arah khemah.

“Abang kejap!” tutur Dian tiba-tiba setelah dirasakan sesuatu mencucuk telapak kakinya.

“Kenapa?” balas Razif dan Azeem serentak.

“Kejap, ada benda dalam kasut.” balasnya sambil memeriksa kaki.

“Ok, dah. Ranting kayu rupanya.” jawap Dian kembali.

“Abang, adik rasa kita kena tukar penggilanlah. Tengok tadi, bila adik panggil abang, dua-dua pandang. Kalau adik tukar panggil abang, along, boleh?” cadangnya.

“Along…abang long…pak long…sedap juga bunyinya. Oklah tu, yang penting maknanya sampai. Kalau ni abang long, yang kat sana tu kak longlah kan, InsyaAllah.” balas Razif ceria dan serentak dengan itu dia ketawa kerana dirasakan hatinya sudah dimiliki oleh seorang gadis yang bernama Aimi.

“Along ni, sabar. Bolehtak kalau bawak bersabar?” balas Dian sambil berdoa agar segalanya berjalan lancar dan Azeem hanya mampu tersenyum mendengarnya.

Previous: Bab 70a
Next: Bab 71

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.