Home Novel Cinta Hati Suamiku GK
KEMBAR part 5 (final)

Wafa Natasha termenung melihat bunga di taman hospital. Memang dia akui yang dia tidak pernah cuba memujuk Putra Huzaiman jika lelaki itu merajuk. Ini kali pertama. Rasa macam nak putus asa sahaja.

“Huh!” Keluhan kecil kedengaran.

Tiba-tiba air matanya mengalir. Putra Huzaiman tidak kisah walaupun dia tidak memujuk. Suaminya masih melayannya dengan baik. Tetap menghargai apa yang dirinya lakukan walaupun tidak bercakap.

Air mata yang mengalir di lap sendiri. Dia harus kuat. Dia masih ada tanggungjawab iaitu menjadi isteri Putra Huzaiman. Aku mesti memujuk. Jangan putus asa!

Wafa Natasha berdiri tegak. Dia baru sahaja bersemangat tetapi menjadi lemah tiba-tiba. Dia ternampak Putra Huzaiman sedang merenung tajam ke arahnya.

Wafa Natasha menelan liur. Buat seketika mata mereka saling merenung antara satu sama lain. Akhirnya dirinya kalah lalu menundukkan wajah.

“Kenapa nangis?” soal Putra Huzaiman dengan tegas apabila dia menghampiri Wafa Natasha yang terkaku itu.

“Sha...” Wafa Natasha buntu. Dia tidak tahu ayat yang sesuai untuk diterangkan pada suaminya itu.

Putra Huzaiman tidak mampu untuk menunggu lebih lama. Dia bukan jenis yang sabar untuk menanti jawapan yang lambat. Lantas dia menarik Wafa Natasha dalam pelukannya.

“Abang...” tersentak Wafa Natasha dengan apa yang dilakukan oleh Putra Huzaiman. “Abang, tolonglah!”

“Tolong apa? Tolong peluk lebih erat ke?” bisik Putra Huzaiman. Dia tidak peduli dengan orang sekeliling yang melihat mereka berdua.

“Okey! Okey! Sha minta maaf pada abang sebab cakap kasar dengan abang. Tak ada niat pun nak cakap macam tu. Abang Ammar betul-betul tak sihat. Sha kasihan kat abang Ammar.” Panjang lebar Wafa Natasha berkata.

Putra Huzaiman meleraikan pelukannya. Dia duduk di kerusi yang Wafa Natasha duduk sebentar tadi.

“Tak apa la. Abang faham.” Perlahan suara Putra Huzaiman menuturkannya. “Abang maafkan Sha.” Putra Huzaiman menghulurkan tangannya sambil tersenyum.

Wafa Natasha tidak menunggu lama. Pantas tangannya menyambut huluran tangan suaminya dengan senyuman yang manis.

“Nakal!” Putra Huzaiman menarik pipi yang makin tembam itu.

Wafa Natasha tersenyum bahagia.

Manakala Amman dan Ammar di wad. Ammar akan pulang petang nanti selepas dia pulih sepenuhnya.

“Nanti Sha masak untuk abang ye?” suara riuh Wafa Natasha kedengaran dalam bilik mereka.

“Okey.” Putra Huzaiman tersenyum manis.

Wafa Natasha dan Putra Huzaiman rasa pelik kerana Ammar dan Amman sedang termenung. Terkaku.

“Kenapa ni?” bisik Putra Huzaiman. Dekat sangat dengan telinga Wafa Natasha.

Wafa Natasha tersenyum. “Mungkin si kembar ni dah jatuh cinta kot.”

“Mana Sha tahu?” Mereka berdua masih berbisik.

“Sebab dulu, masa abang jatuh cinta dengan Sha, abang banyak termenung dan suka tanya soalan yang tak munasabah.” Wafa Natasha mula mengusik suaminya itu.

“Ye ke? Soalan apa tu?” Putra Huzaiman sendiri sudah lupa.

“Betul ke Sha dah jatuh cinta dengan saya? Sebelum kahwin lagi. Abang asyik tanya soalan tu je. Naik jemu nak jawap.” Wafa Natasha membuat muka. Dia duduk di kerusi yang ada dalam bilik tersebut.

“Ala, itu untuk kepastian je.” Putra Huzaiman tidak mahu dimalukan. Egonya mesti diutamakan. Mana boleh Sha kenakan aku macam ni.

Belum sempat Wafa Natasha menjawab, Amman terlebih dahulu berkata. “Bila bos dan Sha sampai sini? Tak perasan pula.”

“Betul tu! Memang tak perasan.” Ammar menyambung pula.

Putra Huzaiman dan Wafa Natasha saling pandang memandang. Akhirnya mereka berdua ketawa.

“Hahahaha!!!” Putra Huzaiman ketawa bagaikan dunia ini dia yang punya. Tidak pernah dirinya ketawa begitu. Amman dan Ammar memang kelakar saat ini.

Kini, giliran Amman dan Ammar pula saling pandang memandang. Mereka tidak faham apa yang terjadi. Tidak tahu punca Putra Huzaiman dan Wafa Natasha ketawa. Mereka pun tersenyum sahaja.

p/s : semoga terhibur...ikuti kisah percintaan amman dan ammar dalam novel nanti...insya allah....nantikan tema seterusnya iaitu SERAM PART 1

Previous: KEMBAR part 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.