Pang!
Satu tamparan singgah pada pipi Nazrul. "Macam mana Naz jaga Syaza?!" Marah Puan Salina apabila mengetahui anaknya telah keguguran.
"Benda dah jadi. Tak perlulah nak salahkan Naz," balas Encik Daud cuba menenangkan isterinya.
"Benda ni takkan jadi if Naz jaga Syaza dengan baik," ujar Puan Salina lalu masuk ke dalam wad.
"Sabarlah Naz. Mummy memang tak boleh tengok anak kesayangan dia sakit," ujar Encik Daud sambil mengusap belakang Nazrul.
"It's okay daddy. Betullah apa yang mummy cakap. Memang salah Naz."
"Naz baliklah dulu. Biar mummy yang tengokkan Syaza."
"Naz nak tunggu Syaza sedar."
"Okey."
Nazrul melangkah masuk ke dalam wad. Dari jauh kelihatan Syaza yang terbaring lesu diatas katil. Perasaan bersalah mula menyelubungi hatinya ketika ini. Sedih kerana telah kehilangan anak mereka. Setelah mendengar penjelasan doktor bahawa Syaza telah keguguran baru dia merasakan kehilangan. Baru dia sedar bahawa dia mula menyayangi Syaza dan bakal anaknya.
"MUMMY," panggil Syaza dengan lemah.
"Ya sayang," Puan Salina menyahut panggilan anaknya. Dia mengusap kepala Syaza dengan penuh kasih dan sayang.
Syaza menyentuh perutnya. "Anak Syaza?" Ujarnya dengan sedih. Air mata mula mengalir laju mengenangkan anak yang dikandung sudah tiada lagi.
"Sabarlah sayang."
Nazrul menghampiri Syaza. Dia melemparkan senyuman. "I ada belikan makanan," ujar Nazrul lalu meletakkan diatas meja.
Syaza mula benci melihat wajah Nazrul. Makanan yang dibeli oleh Nazrul dicampak ke atas lantai. "Keluar?!"
"Syaza!" Terkejut Nazrul dengan sikap Syaza.
"Keluar. Aku tak nak tengok muka kau! Anak aku mati sebab kau!" Marah Syaza sambil menolak tubuh Nazrul menjauhinya.
"Sabar Syaza," ujar Puan Salina cuba menenangkan anaknya.
"Suruh dia keluar mummy!"
"Naz!" Sapa Encik Daud.
"Naz minta diri dulu daddy."
Encik Daud menganggukkan kepalanya. "Syaza," panggilnya perlahan.
"Anak Syaza dah tak ada daddy," ujar Syaza dalam pelukan Encik Daud.
Encik Daud mengusap belakang badan anaknya. "Sabar Syaza. Ini semua ujian daripada Allah."
"Syaza tak kuat daddy."
"Daddy yakin Syaza kuat. Stop crying. Syaza dalam pantang tak elok untuk kesihatan," tegur Encik Daud lalu menyapu air mata pada pipi Syaza.
Syaza mula diam. Dia cuba menenangkan hatinya ketika ini. "Mummy."
Puan Salina memegang tangan anaknya. "Syaza rehatlah. Esok ikut mummy dengan daddy balik dungun. Berpantang kat sana."
Syaza angguk.
"KENAPA nak kena tutup mata bagai ni?" Soal Haura apabila Fateh menutup matanya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
"Tutuplah."
"Mesti abang ada suprise lagilah tu untuk sayang?" Teka Haura.
"Sayang tengoklah sendiri," ujar Fateh lalu melepaskan tangannya daripada menutup mata Haura.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam," jawab Haura sambil tersenyum. Dia segera bersalaman dengan kedua ibu bapa dan ibu bapa mertuanya. "Bila sampai?"
"Baru lagi," jawab Iman Shafie.
"Mari makan. Banyak ibu dengan umi masak ni," ujar Puan Fatimah lalu mencedok nasi ke dalam pinggan.
Haura melangkah ke arah meja makan. "Wah banyaknya lauk. Siapa nak makan ni?"
"Hauralah," kata Puan Fatimah dan Hajah Hamidah serentak. Mereka ketawa bersama.
"Untuk Haura saja ke?" Soal Fateh berpura-pura bertanya.
"Taklah," celah Haji Khairul. "Untuk kita semua. Jomlah makan kami dah lama tunggu Haura," ujarnya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Makan banyak-banyak baru sihat," kata Hajah Hamidah sambil mencedokkan lauk buat Haura.
"Janganlah banyak sangat ibu. Haura ni kurang selera makan sejak beberapa hari ni."
"Lauk sedap macam ni sayang tak suka ke?" Soal Fateh lalu menghulurkan cawan minuman kepada Haura.
Haura mengambil cawan yang dihulurkan oleh Fateh. "Bukan tak suka. Bimbang dah isi banyak-banyak nanti akan keluar balik," jelas Haura bimbang akan memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan.
"InsyaAllah baby papa terima semua masakan nenek dan tok ma," ujar Fateh sambil mengusap perut Haura perlahan.
Haura senyum.
"Makan dulu. Loya tu adat untuk ibu mengandung," celah Puan Fatimah sambil mencedokan lauk buat suaminya.
"A'aa Haura. Makanlah dulu selagi boleh. Bila dah bersalin nanti ibu hidangkan nasi kering aje."
"Hah... Dengar tu sayang. Nanti tak dapat dah nak makan sedap-sedap macam sekarang. Kena pantang makan dua bulan tau."
"Iya, sayang taulah," balas Haura lalu menyuap nasi ke dalam mulut Fateh. "Abang pun makanlah. Sibuk fikirkan sayang aje."
Fateh mengunyah perlahan-lahan nasi yang disuap oleh Haura. Dia agak terkejut dengan tindakan Haura.
"Suami mana yang tak risaukan isterinya," ujar Hajah Hamidah.
"Umi dengan ibu yang nak masak semua ni. Fateh tak minta pun," ujar Puan Fatimah Pula.
"Terima kasih umi, ibu," balas Haura dengan rasa syukur kerana dikurniakan ibu dan ibu mertua yang menyayanginya. "Terima kasih jugak untuk abang. Tapi jangan asyik fikirkan sayang aje. Abang pun perlu makan juga."
Fateh senyum. Dia mengusap bahu Haura perlahan dengan tangan kirinya.
"Makanlah. Tak elok bercakap ketika makan," sapa Haji Khairul.
Mereka menikmati juadah yang terhidang dengan berselera. Haura juga beberapa kali menambah nasi dan lauk. Setelah beberapa hari menikmati hidangan di hospital, akhirnya dia dapat menikmati makanan dengan berselera sekali. Tiada lagi rasa loya yang dialaminya sebelum ini.
LANGKAH kaki Syaza berhenti dihadapan Nazrul. "I balik rumah mummy. I tunggu you jemput I pulang jika di dalam hati you masih perlukan I sebagai seorang isteri," ujarnya lalu meneruskan langkah yang terhenti.
Syaza akan tetap sayang abang walaupun kita telah kehilangan permata hati kami yang pertama. Jauh di dalam hati Syaza berharap abang akan berubah dan terima Syaza dalam hati abang, desis hati kecil Syaza. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua membasahi pipinya.
Dia menyandarkan kepalanya pada bahu ibunya. Puan Salina mengusap kepala anaknya perlahan. "Tidurlah dulu. Dah sampai nanti mummy kejutkan."
"Maafkan Syaza, mummy."
"Syyyy... Syaza tak salah. Rehatlah. Jangan fikirkan sangat perkara yang dah lepas," pesan Puan Salina sambil mengusap bahu Syaza.
"Maafkan Syaza sebab gagal bagi cucu pada mummy dan daddy."
"Mungkin bukan rezeki Syaza lagi. InsyaAllah akan ada rezeki yang lebih baik nanti," balas Puan Salina cuba menenangkan hati Syaza.
"Terima kasih mummy sudi jaga Syaza."
"Tak perlu berterima kasih pada mummy. Syaza kan anak mummy. Seorang ibu takkan membuang anaknya walau beribu kali anaknya menconteng arang di muka," ujar Puan Salina dengan nada perlahan. Jauh di dalam hati dia kecewa kerana anak yang disayanginya telah membuat onar dibelakangnya. Namun kasih ibu tiada bandingnya. Walau terluka beribu kali tetap akan memaafkan kesilapan anaknya.
"Syaza minta maaf," ujar Syaza sambil merangkul erat tubuh Puan Salina. Dia juga sedih kerana telah melukai hati ibu yang disayanginya tanpa disengajakan. Sepanjang hidupnya selama dua puluh enam tahun dia tidak pernah sekali melukai hati kedua ibu bapanya. Semua yang berlaku begitu pantas sehingga dia tidak mampu lari dari menghadapi kekecewaan kedua orang tuanya kerana peristiwa hitam itu.