Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,097
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17


DENYUT dikepalanya semakin kuat mencengkam. Beberapa biji penadol juga sudah ditelannya. Namun sakit tetap saja bersarang ingin sahaja kepalanya dihantuk-hantuk kedinding dek kerana tidak lagi mapu menahan sakit yang mencengkam dikepalanya. Dipicit-picitnya tengkuknya.  Matanya ligat memandang kipas yang berputar ligat. Perlahan matanya mula memberat mungkin kerana rasa dingin dari minyak angin yang disapu tadi. kurang sedikit sakitnya. Beberapa minit kemudian matta kembali tembuka. Bila perutnya mula melagukan irama syahdu yang tidak mampu diabaikannya.

“Laparnya…” rungutnya sendiri. Jam loceng di atas meja dipandang lama. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 9:30 malam. Khaulah berkira-kira untuk turun. Perut yang sejak tadi asyik berkeroncong memaksa juga khaulah turun dari katil dan mengabaikan sakit di kepalanya. Serentak itu, dia mencapai tudung yang tersangkut pada tombol pintu bilik. Khaulah melangkah menuju perlahan ke gerai makan. Dia melangkai longlai melalui laluan yang agak sunyi dan malap. Tanpa mempedulikan mata-mata yang asyik memerhatikan tingkahnya. Sejak pergaduhan dia dan Sofia tempoh hari. Gerak langkahnya sering diperhatikan. Jarang dia bertegur sapa dengan sesiapa. Lantaklah! Aku bukan kacau orang pun. Bisik hati kecil khaulah.

Sejak pagi tadi dia tidak berselera menjamah apa-apa pun. Akhir-akhir ini, seleranya mati. Bukan teman-temanya tidak mengajak malah, sering memaksanya namun dia berkeras menolak. Khaulah melangkah lemah. Langkahnya terhenti apabila perutnya berasa pedih. Dia mengeluh berat.

“Khaulah! Awak kenapa?” Tegur satu suara mengejutkan Khaulah.

“Saya okey.” Balas Khaulah pendek seraya mendongak sedikit cuba melihat pemilik suara itu. Jejaka bernama Fahmi tersenyum apabila mata mereka saling bertentangan. 

“Nak pergi mana?” Soal fahmi seraya berbola mata melilau sekeliling seperti mencari seseorang mungkin untuk memastikan gadis tidak bersendirian.

“Sorang aje? Tutur fahmi hairan. Dia hairan mengapa khaulah berseorangan. Kebiasaannya ada hafsah dan Aliya menjadi peneman. Sudah seperti belakas mereka bertiga. Ada juga sedikit bimbang dihatinya. Pada lewat begini tak seharusnya gadis seperti khaulah bersendirian. Maklumlah, sudah banyak kes yang tidak baik berlaku dikawasan universiti. Dia bimbang andai gadis itu pulak menjadi salah seorang mangsa.

“Hmm...” Jawap khaulah lemah menahan sakit yang mencucuk di perutnya. Mungkin kerana terlampau lapar hingga terbongkok-bongkok dia menahan sakit.

“Nak saya teman? Bimbang pula saya. Dah agak malam nih. Nanti takdelah jadi apa-apa. Tawarannya ikhlas.

“Terima kasih, tapi Tak mengapa. Saya boleh pengi sendiri.” Khaulah menolak lembut nanti bimbang mulut-mulut jahat akan menyebarkan fitnah yang tidak baik sekali lagi.

“Tapi awak nampak macam tak larat aje. Muka awak pucat. Dah macam orang menahan sakit aje atau biar saya aje yang tolong belikan makanan?” cadangnya ikhlas.

Khaulah menggeleng beberapa kali. Menolak. Renek-renek peluh mula memercik di dahi. Segan pula dia dengan lelaki itu. Dia tahu niat lelaki baik. Dia akui sikat prihatin jejaka itu. Namun dia tidak ingin menyusahkan lelaki itu.

Dia seolah meminta persetujuan. matanya masih tidak lepas memandang khaulah. Khaulah menundukkan kepalanya dari terus bertentang mata. Malu sedikit.

“Tak apalah fahmi saya nak pergi dulu. Lapar. “Ujar khaulah tanpa berselindung 

Fahmi hanya mengangguk perlahan. Berat hatinya untuk melepaskan khaulah berjalan sendiri. Tambahan pula, dengan keadaan gadis itu yang Nampak agak lemah.

Langkahnya diatur langkahnya meninggalkan Fahmi. Lambat-lambat. Peluh mula merencik di dahi. Pandangan mula kabur. Belum sempat beberapa langkah tubuh khaulah rebah menyembah bumi.

“Khaulah… bangun!” ada suara yang memanggilnya sayu-sayu dicuping telinganya. Namun dia tidak tahu siapa? Pandangannya kabur dan perlahan-lahan mata khaulah tertutup rapat tanpa mengenali empunya suara itu. 

DI DALAM RUANG kamar sebar putih, mata khaulah terbuka perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa sakit. Dipandang ke kiri dan kanan. Seluruh perlosok ruang yang sederhana besar yang berlatar warna putih diterokai. Asing. Wayar tiup melingkar dipergelangan tangan dipandang kosong.

“Cik dah sedar…? Soal satu suara menyebabkan dia menoleh mencari pemilik suara itu. Khaulah memandang lama ke arah nurse yang mungkin seusianya tanpa membalas pertanyaan. Nurse itu tersenyum manis. Cik Khaulah pengsan semalam kekurangan air dalam badan.” Terangnya. Khaulah cuba bangun dari katil. 

ADUH!… 

rengeknya bila Tangannya terasa pedih apabila jarum yang mencucuk tangan tertarik ketika dia cuba bangun.

“Cik Khaulah masih belum stabil” Nurse cuba menghalang. Khaulah akur. Direbahkan kembali tubuhnya ke katil.

“Buat sementara waktu. Cik berehatlah dulu. Khaulah cuba membalas senyum. Nurse itu berlalu dan beberapa minit kemudian datang kembali bersama dulang yang berisi semangkuk bubur ayam, sepiring ubat dan segelas air kosong diletakkan di atas meja berhadapan dengannya.

“Nurse…” panggil khaulah perlahan tapi masih dapat didengari.

“Iya…Apa?”

“Kenapa saya dekat sini?” Soal khaulah masih bingung.akalmasih tidak mampu menerima penjelasan diawal tadi. otaknya masih tepu.

“Cik Khaulah pengsan dijalan akibat kekurangan air dalam badan. Mujur kawan cik khaulah hantar datang ke sini.” Terang ramah dengan senyum yang terhiasi dibibir.

“Dahlah, cik khaulah masih belum stabil. Makan dulu dulu lepas rehat.” Jururawat itu menasihati. Khaulah hanya menggangu. Dia akui badannya masih lemah. Mungkin kesan dari ubat. Matanya ditutup rapat ingin berehat seketika sebelum menjamah makanan tengah hari yang disedia oleh pihak hospital.

SUDAH tiga hari khaulah menjadi penghuni disini dihospital ini. Hari ini merupakan hari terakhir dia disini. Dan petang nanti dia sudah dibenarkan pulang ke kolej. merdeka! Jerit batinnya.Walaupun hanya tiga hari dia terlantar di hospital terasa seolah setahun berada di sini. Dia sudah mula bosan melihat nurse melakukan rutin yang sama. Sudah jemu asyik memandang perlosok ruang yang berlatar warna putih itu. Dia benci dengan aroma ubat yang menyusuk hidungnya setiap hari, tambahan lagi, dia rimas dengan jarum yang mencucukpada tangannya. Pergerakkan terbatas. Hidupnya seolah dikawal ingin ketandas pun dia harus membawa kemana-mana saja pek berisi air itu. Pandangan di halakan ke arah jendela yang ditutup dengan jeriji. Langit mendung ditatap kosong. Dia rindu suasana dikolej. Dia sahabat-sahabatnya. Bukan aliya dan hafsah tidak pernah datang melawat sejak 3 hari dia berada di hospital sudah beberapa kali temannya datang melawat. Mereka bersusah payah membawa makanan kegemarannya. Mereka berdua sangat prihatin timbul rasa kesal keran sebelum dia cuba menjauhi aliya dan hafsah.

“Jauh termenung?” tegur hayati sambil bibir tergaris dengan senyum.

 khaulah tersengih bila gadis berseragam putih itu menegurnya. “Mana ada saya termenung.” Khaulah hanya ketawa girang. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertanpa senang hatinya saat ini. Bila gadis bernama hayati itu merawatnya. Gadis itulah yang banyak menghabiskan masa bersama waktu walaupunmasih ada tanggungjawab untuk merawat persakit lain khaulah amat maklum dengan tugas seorang jururawat. Terlalu singkat perkenalannya dengannya tapi sikap ramah dan mudah mesra jururawat bernama hayati membuatkan khaulah senang berbual dengannya. Mungkin kerana perkerjaannya sebagai seorang jururawat membuatkan dia sudah terbiasa dengan sikap mudah mesra. Tidaklah terlalu bosan bila harus berbaring dikatil ada juga yang sudi berbicara dengannya. Bukan hafsah dan aliya tidak pernah datng melawat tapi mereka berdua juga sibuk dengan jadual class yang padat sukar untuk selalu menjenguknya disini.

“Rindu dengan encik tunang ya?” Usik yati dengan wajah senyum memanjang.

“Tunang…? Pandai aje awak nih.”Khaulah bingung. Wajah yati ditenung.

“Amboi tunang sendiri buat-buat lupa ke? mentah-mentah lah hendsome dah tak nak mengaku dah ada tunang. Eleh, sajalah tuh bimbang kita berkenan. Takut yati tergoda ek…?” Tak baik tau rahsiakan dengan yati.” Usiknya lagi sambil berpura-pura merajuk dengan bibir yang muncungkan. Khaulah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bingung. Iyalah, sejak bila dia ada  tunang. Kekasih pun tiada apatah lagi tunang. Mungkin hayati sengaja ingin mengusiknya.

“Dahlah, lepas makan khaulah boleh makan ubat.” Arah yati lembut.

“Yati…” sahur Khaulah sebelum hayati berlalu pergi.

“Iya…” yati berpaling. Langkah terhenti.

“Macam mana dengan bil hospital?” Khaulah mula berpikir-pikir. Terpaksa dia mengeluarkan semua baki simpanan wang pinjaman PTPTN nya. Seraya mata memerhati ruang wad peribadi yang disediakan khas untukknya. 

“La, buat-buat lupa pula. Pasal bil hospital awak jangan bimbang. Semua dah dijelaskan oleh tunang. Awak hanya perlu keluar aje.” Hayati tersenyum.

“Hah, satu lagi. tadi tunang awal pesan. Suruh tunggu dia. Pukul 3 petang dia datang jemput awak. Awak hanya tunggu dia je. Untung ler nasib badan.” Tawa hayati pecah mengusik Khaulah yang masih bingung.

“Takpelah Yati pergi dulu. Ada apa-apa khaulah boleh panggil yati.”

“Tunang…” soalnya sekali lagi. Nurse hayati menggangguk dan menguntum senyum penuh makna. Dahi berkerut seribu. 

“Sejak bila aku bertunang. Akalnya cuba memecahkan kekeliruan dibalik arahan itu. Namun tiada jawapan yang ditemui. Seingatnya tiada siapa yang berjanji untuk menjemputnya petang ini. Aliya? Hafsah? Khaulah sengaja tidak memberitahu kepada mereka akan kepulangan petang nanti. Kononya untuk membuat kejutan kepada sahabat dan tidak ingin menyusahkan mereka. Bingung. Ah… mungkin hayati sudah memaklumkan pada mereka terlebih dahulu. Begitu juga dengan bil rawatan hospitalnya. Akal terlintas.

Biarlah… asal dapat balik kolej. 


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.