Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,082
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16


KAHWIN…! Khairul yang sedang minum tersedak mendengar keinginan sepupunya itu. Terbatuk-batuk dibuatnya mujurlah tak tersembur minuman di dalam mulutnya akibat terkejut. Gila! Bicaranya meluncur laju. Tiada hujan, tiada rebut, Alih-alih mahu kahwin. Siapa yang tidak terkejut? seingatnya belum pernah lagi edfarel bercerita tentang mana-mana perempuan kepadanya. Sejak bila edfarel mempunyai teman wanita. Sofia! Mustahil. Menyembut nama gadis itu pun dia sudah serabut. Apatah, lagi untuk di jadikan isteri.

Dengan siapa? Soal Khairul ingin tahu. Wajah Edfarel ditenung dalam-dalam cuba mencari jawapan sendiri.

“Khaulah!” Jawapnya pendek.

“Kerja gila.” Sekali lagi jantungnya diranggup. Tiba-tiba hati Khairul jadi gusar. 

“Aku serius! Kau tahu aku macam mana. Takkan aku nak main-main.” ujar Edfarel sambil memandang tajam ke arah sepupunya.

“Kau hilang akal? Kahwin-kahwin ni buka benda kecil Rel.” marah Khairul.

“Ya, aku dah fikir matang-matang. Yes, I know, this’s not easy. But, I can try.”

“Try, kepala otak kau! Kahwin, kau ingat boleh cuba-cuba. Jangan buat kerja gila lah!” Bidas Khairul geram. Tidak masuk akal ucapan sepupunya itu. 

“Keputusan aku dah bulat. Dia merenung mata sepupunya dalam-dalam. Edfarel sedar ada rasa tidak puas hati dalam riak wajah Khairul namun dibiarkan sahaja.

 “Ermm... Khaulah dah tahu?” Khairul menyoal dengan dahi yang berkerut. “Keputusan sebelah pihak tak menentukan apa-apa pun.” ujar Khairul.

“Dah. Aku jumpa dia tengahhari tadi. Suka atau tak dia perlu terima. ini aja jalan yang aku Nampak.” Terang Edfarel tanpa berselindung lagi. Bagi Edfarel ini adalah keputusan yang terbaik untuk dia dan Khaulah saat ini. Walaupun dia yang memaksa Khaulah untuk menerima idea gila ini.

“Gila kau Rel! Khaulah tu, manusia! Kau ingat dia kucing. Tiada perasaan! Tiada hati! Dia ada mak bapak la! Kalau mak bapak dia tak setuju macam mana? Cuba pakai otak genius, kau sikit.” Hati Khairul memanas. 

“Sebab dia ada mak bapak lah aku Tanya! Kalau dia kucing tak jadi pula macam ni. Rul...?” balas Edfarel terasa denan kata-kata sepupunya itu.

“Ya Allah, Rel! Kau yakin masalah akan selesai dengan cara ni? Aku maih tak Nampak logik yang kau sampaikan ni?  Kahwin dengan Khaulah aku rasa bukan jalan yang terbaik Rel!” ucap Khairul memberi pendapat mana tahu kali ini hati sepupunya itu akan lembut untuk mendengar kata. walaupun dia tahu Edfarel seorang yang keras kepala.

“Jangan nanti bertambah masalah lain pulak?...” sambung Khairul seperti memberi peringatan.

Edfarel memandang sekilas wajah lelaki berkulit cerah di hadapanya. Sejak tadi, sepupunya asyik mengeluh. Mungkin tidak yakin dengan tindakannya. Jujur Edfarel juga tidak yakin. Namun hanya jalan ini dapat difikirkan buat masa ini. Maruah gadis itu perlu dijaga. 

 “Entahlah, Rul?” Suara Edfarel mendatar. Dia malas untuk berfikir terlampau jauh. Biarlah apa yang terjadi diserahkan kepada takdir. Dia hanya ingin menjalankan sesuai dengan permintaan hati kecilnya.

“Kau cinta dia?” soal Khairul. dia sendiri tidak tahu mengapa pertanyaan ini terluncur laju dibibirnya. Bukan dia tidak tahu sepupunya itu sebelum ini mana pernah lagi menaruh hati kepada sesiapa. Melihat tindakan edfarel kalinya membuatkan akalnya terlintas sesuatu yang mungkin ada benarnya. 

“Hah”

Edfarel terpana dengan pertanyaan yang tiba-tiba. Entahlah! Sebelum ini, dia belum pernah rapat dengan mana-mana wanita. Dengan mamanya pun dia bercakap hanya bila perlu sahaja. Sofia? lagilah… hanya gadis itu yang tergedik-gedik. Hatinya bagaikan tertutup untuk semua wanita.

Tetapi, sejak beberapa kali terpandangkan wajah Khaulah. hatinya tidak keruan! Jantungnya sesak! Bibir asyik saja tersenyum bila tingkah lucu Khaulah bermain-main di kotak fikirannya. Dalam tak sedar bibir ini sudah pandai menguntum senyum. Dulu wajahnya dingin sedingin ais di kutub utara. Tak mampu di cairkan dengan seribu gadis cantik sekalipun termasuklah Sofia tapi sejak gadis bernama Khaulah itu muncul tanpa sengaja. Hatinya sedikit tercuit bahagia. Wajah hitam manis itu selalu dicari-cari. adakah ini cinta? Dia menyoal hatinya pula dengan soalan yang sama. Nyata hati tiada jawapan untuk itu. Atau ego yang menidakkan rasa bahagia itu? Bingung Edfarel dibuatnya. 

Khairul merenung Edfarel tajam. Dia cuba untuk mentaksir hati dan perasaan Edfarel. Benarkah jejaka itu sedang jatuh cinta atau benar itu sekadar rasa tanggungjawab?

Edfarel melarikan pandangannya dari terus bertatapan dengan Khairul. Takut sepupunya membaca riak hatinya. Secawan kopi panas di atas meja diangkat lantas di sua ke bibir. menghirup tenang dan beberapa saat kemudian diletakkan kembali. Khairul hanya memerhati dan masih menanti jawapan yang masih belum terjawab. 

“Memangnya aku perlu cintakan dia baru boleh bertanggungjawab? Tutur Edfarel cuba menafikannya.

“Kau tak nampak dekat pejabat agama? Ada saja kes perceraian yang berlaku. Every minute. Everytime, Please! Open your mind. Berkahwin dengan orang yang dicintai belum menjamin kebahagiaan. Bercinta bertahun-tahun bercinta akhirnya, dua hari kahwin dah failkan perceraian. This is really love. apatah, lagi kau dengan Khaulah! berkahwin sekadar untuk mencari jalan keluar dari masalah yang kau timbulkan. ” Sindir Khairul melalui buah-buah katanya. Bukan niatnya memanaskan hati sepupunya tapi itu adalah kebenaran yang terjadi. Dia tahu sepupunya bijak untuk memahami sendiri masuk di setiap bicaranya. 

“Rul… kau, tak payah serabutkan kepala kau dengan masalah aku.” Tutur Edfarel mendatar. Edfarel tahu Khairul berniat baik untuk menasihatinya tapi dia merasakan ada hak untuk dirinya membuat keputusan ini. Biarlah apa pun yang terjadi. Dia akan tetap dengan keinginannya kali ini.

“ Rel, jika Sofia yang kau pilih takde lah aku terkejut sangat. Dah sah-sah aku masih boleh terima. ni tak! Khaulah yang jadi mangsa! Budak tu baik Rel…

“Aku nih bukan pekak. Aku saja tak nak ambil tahu hak kau!aku yakin kau bukan orang macam tuh! Aku tahu kau dengan Khaulah dah jadi topik hangat di kolej ni. Tapi, jangan kerana nak tutup mulut orang, kau sanggup masuk kandang harimau.” 

Edfarel tersenyum hambar apabila nama Sofia meniti di pinggir bibir sepupunya. Dia simpati dengan Sofia. Sejak dulu gadis itu terus saja mengejarnya dan menagih cintanya. Berbagai cara dia gunakan hingga maruah Khaulah dipermainkan sebegitu rupa. Namun apa daya, hatinya belum terbuka menerima mana-mana gadis untuk mengisi hatinya. Jujur dia akui gadis berketurunan Arab itu cukup cantik. Sofia mempunyai segala-galanya. Tapi hatinya menolak untuk mendekati gadis itu. Baginya cinta bukan soal siapa yang lebih cantik atau siapa yang lebih kaya. Dia juga punya segalanya tapi Hatinya yang memilih Khaulah dan jasabnya hanya menjadi penurut yang setia.

“Papa, Maksu, Paksu! Mereka tahu?” setelah sekian lama terdiam.

 “Belum, kau aje yang tahu pasal ni. aku ingat nak rahsiakan benda ni dulu. Lepas settle semua hal nanti aku akan cakap dengan mereka pasal perkahwinan aku.”  Jawabnya tenang tanpa sedikit pun berselindung. 

Membuntang mata Khairul mendengarnya. Tidak habis fikir dibuatnya lelaki itu sanggup bertindak sejauh ini. Membelakangkan keluarga dengan perkahwinan ini. Dia sedia maklum hubungan Edfarel dengan Tuan Kamarul dan Puan Aisyah tidak mesra tapi setidaknya ayahnya Dato’ Kamil perlu tahu.

“Apa lagi yang kau mengarut ni Rel! Mereka tu, ibubapa kau! Sedar sikit.” Suara Khairul meninggi. Boleh hilang sabar dibuatnya dengan perangai sepupunya ini.  Edfarel memandang tajam ke wajah sepupunya.

 “Yes, I know, but not this time.” ucap Edfarel tegas.

“Aku tak faham jalan pemikiran kau ni, Rel.” ucap Khairul sambil memicit-micit kepalanya. Keputusan yang di ambil sepupunya benar-benar memeranjatkan.  Bagaimana, jika rahsia ini diketahui? Mungkin dia dapat merahsiakan ini semua dari pengetahuan bapa dan ibu saudaranya. tapi, tidak dari papanya! Dato’ Kamil. Jika kerja gila ini diketahui oleh papanya bukan sahaja Edfarel yang mendapat masalah, Silap-silap hari bulan dia juga terheret sama! Khairul buntu. 

“Aku tak minta kau faham! Cukup kau simpan.” Tajam mata Khairul menatap wajah sepupunya. Sudah seperti singa yang kelaparan gamaknya. Edfarel mengeluh. 

Rul, Kau ingat kalau aku bagitahu mama, papa dan ayah kau semua akan selesai? Mereka akan ikut aja keputusan aku nak berkahwin dengan khaulah! Macam tu?. Rul fikir logik sikit. Kalau boleh aku tak nak masalah ni bertambah rumit. keputusan aku dah bulat. Aku tak minta banyak pun rul. Just, rahsiakan dulu perkahwinan aku dengan Khaulah...” tutur Edfarel, membuat keputusan. Dia hargai dengan nasihat sepupunya tapi ini adalah keputusan yang terbaik.

“Khairul mengeluh berat seperti ada bebenan yang sangat berat dibahunya. Ada benar juga kata-kata Edfarel pastinya ibu dan bapa saudaranya akan menentang hebat keinginan Edfarel untuk berkahwin dengan Khaulah. Wajah Edfarel dikerling tiada sedikit pun kekusutan diwajah Edfarel hanya riak tenang yang setiada terlukis diwajah tampan milik edfarel. Saat ini khairul pula yang buntu adakah dia perlu menyokong hasrat sepupunya ini.

“Jadi betul lah apa yang Sofia canang satu kolej ni. Kau rosakkan anak dara orang? Kalau tak tak sampai nak berkahwin bagai?” soal Khairul mula curiga. Ia Edfarel sudah mencerita kejadian itu, tapi timbul curiga dihatinya. Dia merasakan seperti sepupunya itu tidak jujur. Dia mula keeliru adakah apa yang keluar daripada bibir Edfarel itu adalah kebenaran atau sebuah kepalsuan untuk menyelamatkan diri sendiri. Atau mungkin benar kata  Edfarel gosip itu hanya sekadar satu langkah atau cara untuk Sofia memiliki Edfarel dan sekali gus menanankan kebencian dalam hati gadis-gadis yang juga menaruh hati kepada Edfarel.  Bukan dia tidak tahu kebanyakkan gadis-gadis di Kampus itu ada menyimpan perasaan kepada Edfarel. Dimana sahaja lelaki itu berada pastinya tak lepas pandangan mata dan senyuman manis gadis-gadis yang penuh pengharapan, naik rimas pula dia apalagi Edfarel.

“Nauzubillah... jangan sikit mulut kau tu! Jahil-jahil aku pun, aku tahu mana halal mana haram.” ujar Edfarel sedikit gugut.

“Memang aku kenal kau! Tapi bila berlawan dengan kehendak nafsu manusia yang hafaz al-Quran pun boleh terduduk”bidas Khairul membuatkan Edfarel kelu untuk berbicara.

Edfarel hanya diam. Benar kata Khairul. Jika Sofia tidak datang entah apa yang terjadi antara mereka. Walaupun waktu itu Khaulah menolak namun apa sangat lah daya seorang perempuan berbanding dirinya. Edfarel mengeluh berat. Insaf dengan kelemahan imannya.

“Dahlah rul. Don’t worry. Pasal papa dengan mama nantilah aku selesaikan.” Tutur Edfarel mendatar. Dia tidak ingin sepupunya terbeban dengan masalahnya. 

“Ikut lah rel. kau dah besar panjang. Tahu mana baik dan mana buruknya. Jika dengan cara ni aje kau rasa boleh selamatkan maruah khaulah aku dah tak boleh nak buat apa-apa. Seribu kali pun aku nasihat, bukan kau dengar. Tapi satu aje jangan kau seksa hati dia pula. Kalau dia tak setuju. Tolong! Jangan paksa. Dia ada hak untuk tentukan hidup dan maruah dia.” Ujar Khairul menasihat Edfarel untuk terakhir kalinya. Dia bimbang andai hati Khaulah yang terluka dan terpaksa menerima cadangan Edfarel yang dirasakan gila.

Khairul mengeluh. Dadanya serta-merta jadi sesak terpaksa menanggung rasa gila begini.

“ sampai bila kau nak rahsiakan perkahwinan kau nih rel?” soal khairul masih kurang yakin.

“Tengoklah macam mana.” 

“Sebagai kawan dan sepupu kau rel. aku dah peringatkan. Keputusan ada di tangan kau!”

“Aku yang mulakan! Dan aku yang akan selesaikan.” ucap Edfarel. Sebenarnya kata-kata itu hanya untuk menyedapkan hati sepupunya. Edfarel sendiri tidak yakin bagaiamana untuk menyelesaikan semua ini. Cuma yang pasti Khaulah harus jadi milikya. Titik!


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.