Home Novel Cinta WAKTU SEAKAN TERHENTI
WAKTU SEAKAN TERHENTI
Naura Karina
8/6/2023 19:46:05
3,739
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

“What? No! No! No!... Papa!" garau suaralelaki memenuhi ruangan bilik serba mewah yang dihiasi barangan antik bernilairatusan ribu ringgit itu. Nafasnya turun naik memandang sekujur tubuh yangsedang terbaring lesu di atas katil bersaiz king di hadapannya. Setelah itu,barulah anak matanya dihalakan ke arah birai katil.

Sedari tadi papanya hanya diam membisu. Anak matanya hanya tertumpu pada sekeping gambar yang masih kemas di dalam genggamannya. “Pa... tak kan papa nak tengok Zaf kena kahwin dengan minah kampung tu? Say something pa! Apa kata Suzi nanti! Kami dah rancang nak kahwin pun tahun depan.” Tengku Zafuan menguatkan suara apabila papanya, Dato’ Khalid tetap diam membisu.

Rambutnya dikusutkan.

Tengku Airil Zafuan terasa bagaikan ada batu besar sedang menghempap atas kepalanya apabila dimaklumkan dirinya bakal dijodohkan dengan cucu bekas tukang kebun rumah agam mereka yang kini sudah menetap di kampung halamannya.

Hal ini terjadi kerana Tok Wan terhutang nyawa kepada bekas tukang kebun itu yang sudah menyelamatkan nyawa keluarganya sewaktu rumah agam itu dimasuki perompak 17 tahun yang lalu. Malangnya,nendanya terkorban di dalam kejadian yang tidak diingini itu apabila salah seorang perompak mula bertindak hilang kawalan dengan menikam tepat ke arah jantungnya kerana menyedari nendanya cuba untuk meloloskan diri meminta pertolongan.

Jadi mengapa dia yang perlu membayarnya? Tengku Zafuan mula bermundar-mandir di situ apabila papanya masih lagi berdiam diri membuatkan dirinya semakin kepanasan. Tidak mungkin dia akan berkahwin dengan seorang minah kampung. Mana dia hendak letak muka? Apa kata kawan-kawannya nanti? Bagaimana pula dengan kekasih hatinya? Dia sudah memiliki seorang teman wanita yang cukup sempurna di matanya. Seorang model antarabangsa.

Jika hendak dibandingkan mereka berdua bagai langit dengan bumi!

Dato’ Khalid menghelas nafasnya perlahan. Manis budaknya. Bertudung litup, berkulit cerah dan dipadankan pula dengan lesung pipit terletak elok di pipi kirinya. Perlahan dia bersuara.

“Daddy, tak ada cara lain ke? Zaf pun dah ada kekasih. Apa kata kalau kita lupakan je semua tu? Kalau daddy takut malu, saya boleh bayar ganti rugi pada mereka. Berapa pun yang mereka minta.” Dato’ Khalid berkata lembut mengharapkan kefahaman daripada Tan Sri Hamid.

Tengku Zafuan cepat-cepat mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan tu. Membulat matanya memandang ke arah Tok Wan dan papanya silih berganti.

Berubah air muka Tan Sri Hamid mendengarnya.“Ini bukan soal duit. Ini soal janji!” Tegas dia berkata bersama jelingan tajam ke arah anak menantunya. Dengan segala kudrat yang ada dia bangun duduk dan bersandar pada kepala katil dalam keadaan tercungap-cungap. Begitu uzur dirinya.

Manakala Dato' Khalid dan Datin Rosha masih tunduk menerima jelingan itu. Mereka tahu yang setiap apa jua keputusan dibuat oleh Tan Sri Hamid tidak boleh dibantah apatah lagi apabila melibatkan maruah keluarga.

Apabila nafas Tan Sri Hamid sedikit reda barulah dia memandang ke arah cucu sulungnya yang sudah seperti kucing kehilangan anak di hadapan katilnya. “Betul kamu nak kahwin dengan Suzi?” dia bertanya lembut.

Terus bersinar wajah Tengku Zafuan. Dia mengangguk-angguk bersama senyuman yang sudah sampai ke telinga menyangkakanTok Wannya bersetuju dengan pilihan hatinya. Silih berganti dia memandang ke arah papa dan mamanya yang kelihatan terkejut itu.

Hatinya melonjak keriangan. Tetapi itu tidak lama...

“Baik. Mulai hari ini kamu bukan lagi sebahagian daripada keluarga ini. Segala hak kamu akan dilucutkan serta merta termasuklah jawatan kamu sebagai pengarah syarikat dan pemegang saham syarikat..."

“TOK WAN!!!” Suara Tengku Zafuan terus meninggi kerana itu diibaratkan Tok Wan telah membuang dirinya kerana seorang gadis kampung! Kebencian semakin menebal di dalam dirinya walaupun dia tidak pernah bersua muka dengan tuan empunya badan. Mencerlung matanya memandang ke arah TokWannya.

Wajahnya semakin merah membara menahan rasa amarah yang semakin menguasai jiwa.

“Daddy...” Serentak Dato’ Khalid dan DatinRosha bersuara tetapi pantas Tan Sri Hamid memberi isyarat supaya tidak masukcampur.

“Sampai hati Tok Wan buat Zaf macam ni hanya disebabkan perempuan kampung tu! Tok Wan sanggup buang Zaf! Apa ni Tok Wan? Zaf ni cucu kandung Tok Wan!” Tengku Zafuan sudah hampir meracau di situ tetapi Datin Rosha pantas menenangkan anak tirinya itu.

“Dan juga...” Tan Sri Hamid melemparkan senyuman sinis memandang kearah cucu sulungnya membuatkan mereka anak beranak berkerut dahi memandang ke arah Tan Sri Hamid yang semakin melebarkan senyumannya.

“Tengku Airil Zafuan Tengku Khalid, nama kamu sebagai pewaris akan digugurkan kerana kamu tak berhak walau satu sen pun harta aku melainkan..."

“TOK WAN! TOK WAN DAH GILER! MEMANG DAH GILER!” akhirnya meletus jua kesabaran Tengku Zafuan sehingga menenggelamkan suara Tan Sri Hamid. Cepat-cepat Dato’ Khalid menghampiri anaknya dan memeluknya.

“Tolong Zaf daddy... tolong Zaf... Zaf tak nak kahwin dengan perempuan kampung tu... tolong Zaf...” dia merayu sepenuh hati kepada papanya.

“Daddy, ini dah melampau sampai menidakkan hak cucu kandung daddy sendiri. Apa ni daddy! Kenapa perlu buat perkara ni jadirumit? Takkan daddy nak tengok Zaf merana? Apa yang Pak Mail tu dah hasut daddy sampai sanggup daddy nak buat macam ni pada cucu daddy sendiri! Pak Mail tu tak padan dengan orang kampung tapi ada hati nak cucu menantu orang kaya!” Dato’Khalid meninggikan suaranya menunjukkan ketidakpuasan hatinya.

Tan Sri Hamid tertawa kecil sebelum wajahnya bertukar serius kembali menakutkan Dato’ Khalid kerana dia sedar yang dia sudah terlepas cakap. “Khalid, kamu lebih baik jaga mulut kamu. Disebabkan Pak Mail yang kamu pandang hina itulah kamu masih bernyawa lagi sehingga ke hari ini. Perlu ke aku ingatkan macam mana sebelah mata dia buta?” dingin ayat yang diucapkan oleh Tan Sri Hamid.

Dia hanya memandang ke arah Tengku Zafuan yang kini sudah menekup mukanya dipujuk oleh Dato’ Khalid dan Datin Rosha silih berganti. "Khalid, ini janji daddy pada Pak Mail. Daddy sangat berharap dapat tunaikannya di penghujung usia daddy."

“What janji? Kenapa Zaf yang perlu pikulnya?Ha? Kenapa?” Tengku Zafuan sudah hilang punca. Dirinya kini terjelopok di atas lantai bilik mewah itu. “Kenapa... kenapa... papa, kenapa Tok Wan langsung tak peduli dengan hati Zaf? Sampai hati Tok Wan... sampai hati Tok Wan! Apa tu janji pa? Beritahu Zaf sekarang papa sebab Zaf... Zaf... Zaf dah tak boleh fikir.” Dia memandang ke arah papanya yang sedang memandang sayu ke arah dirinya.

 

 

 

“Biar aku beritahu kau apa tu janji.” Satu suara menyahut daripada muka pintu yang memang sedia terbuka membuatkan semua mata memandang ke arah itu. Seorang perempuan jelita tinggi lampai sedang bersandar sambil berpeluk tubuh tersenyum sinis.

"Kita ambil bahasa mudah jelah ye. Janji adalah ikrar atau sumpah oleh kedua pihak atau lebih yang mesti ditunaikan apabila tiba masanya." Keningnya diangkat tanda memerli. "Well, macam sekarang." Dia tertawa kecil sambil berjalan penuh bergaya ke arah birai katil.

Melihatkan Tengku Adila di dalam bilik itu,Tengku Zafuan bangun dan berlari keluar. Sumpah! Dia perlu menenangkan dirinya tatkala ini. Suzi... ye Suzi pengarang jantungnya... sehinggakan panggilan daripada papanya sendiri pun dia sudah tidak mengambil peduli. Dia perlu segera mencari kekasih hatinya yang berjanji untuk sehidup dan semati dengan dirinya.

“Biarkan dia Khalid.” Tan Sri Hamid berkata sambil menghembuskan nafasnya. “Kita bincang lain kali.” Dia menyambut huluran tangan Tengku Adila untuk bersalam cium tangannya.

Setelah itu, Tengku Adila mendapatkan Dato’Khalid dan berbuat perkara yang sama sebelum berjalan kembali ke birai katil melepasi Datin Rosha yang sudah siap sedia menghulurkan tangannya.

Wajahnya berubah apabila Tengku Adila membuatnya seperti tidak wujud di dalam bilik mewah itu.

“Dila... bila kamu sampai? Tak beritahu Tok Wan pun.” Tan Sri Hamid bertanya penuh kasih. Hampir 3 tahun cucunya itu tidak pulang ke tanah air. Mungkin juga anaknya bongsunya tidak membenarkan cucunya ini pulang untuk menziarahnya.

Sekali lagi dia menghembuskan nafas.

Terasa dirinya bagai bermimpi cucunya kiniberada di hadapan matanya. Tengku Adila melemparkan senyuman manja.

“Semalam. Tapi Dila ada kerja sikit. Hari ni baru ada masa nak tengok Tok Wan.” Keningnya diangkat sebelum bersuara kembali.“Well, Dila dengar Tok Wan dah nak mati."

“Jaga mulut kamu Dila. Jangan biadap.” Hambur Dato’ Khalid. Tajam matanya memandang anak adiknya itu.

Tetapi itu tidak sedikitpun diendahkan olehTengku Adila. Dia membalas pandangan mata Datuk Khalid sambil menyilangkan kakinya dengan penuh angkuh.

“Frankly speaking Pak Long, Dila balik ni pun nak bolot semua harta Tok Wan.” Jujur kenyataan daripada Tengku Adila membuatkan Tan Sri Hamid tertawa kecil tetapi tidak bagi Datuk Khalid. Jika daddynya tiada di situ sudah pasti diganyangnya mulut biadap anak saudaranya itu. Tetapi persoalannya di sini, adakah dia berani menyerang anak buahnya itu?Silap haribulan dirinya yang lunyai.

“Tak betul apa Dila cakap? Kalau Zaf tetap berkeras tak nak kahwin dengan pilihan Tok Wan, hak dia sebagai seorang pewaris akan dilucutkan. Pak Long sendiri dengar kan? Jadi siapa lagi yang tinggal? Dila!” Matanya dikecilkan.

“Tak kan Pak Long nak nak bagi orang luar kot?”Sengaja dia memandang ke arah Datin Rosha yang sudah pun memegang lengan Datuk Khalid mengajak untuk keluar dari bilik itu dengan alasan untuk memujuk Tengku Zafuan.

 Kepanasan mungkin…

Sejurus mereka melangkah keluar, Tengku Adila bertanya lembut. “Tok Wan sihat? Apa kata doktor?”

“Alhamdulillah semuanya baik.” Tan Sri Hamid mengusap lembut kepala cucunya yang sedang memasamkan mukanya.

“Pak Long masih simpan lagi perempan sundal tu?Jijiks!” Hamun Tengku Adila. Mencerlung matanya memandang ke arah muka pintu.

“Dila…” perlahan Tan Sri Hamid menegur. “Satu hari nanti Pak Long kamu akan nampak yang mana berlian dan yang mana kaca. Beri dia masa. Sudahlah. Kamu pergilah berehat. Panggil Kak Atie tolong kemaskan bilik kamu.” Tan Sri Hamid mematikan perbualan itu kerana dia perlukan rehat. Badannya sudah bukan segagah dulu.

Tengku Adila akur. “Nanti kita dinner sama-samaye Tok Wan.” Dia bangun belum pun sempat kakinya melangkah keluar Tan Sri Hamid bersuara kembali. “Walid dan Umi kamu sihat?” ada nada sebak di dalam pertanyaan itu.

Tengku Adila berpusing dengan senyuman.“Alhamdullilah mereka sihat Tok Wan.”

“Syukur.” Hanya sepatah perkataan itu sahajayang mampu diucapkan kerana dalam tidak sedar setitik air mata jatuh ke pipi tua itu.

 

Previous: PROLOG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Naura Karina