Home Novel Cinta WAKTU SEAKAN TERHENTI
WAKTU SEAKAN TERHENTI
Naura Karina
8/6/2023 19:46:05
3,737
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
PROLOG

Bunyi siren kecemasan daripada pihak berkuasa memecahkan keheningan malam di sebuah perkampungan kecil yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia. Penduduk kampung mula terjaga dalam keadaan yang penuh tanda tanya. Ada yang mengambil keputusan untuk melihat dengan mata kepala sendiri... ada yang hanya menjengah dari muka pintu dan dalam masa yang sama ada jua kaum ibu yang sedang menidurkan kembali bayi mereka kerana bunyi bising di luar rumah semakin tidak terkawal apabila pihak polis mula mengusung keluar mayat sepasang suami isteri yang ditemui dalam sebuah rumah usang berhampiran simpang masuk perkampungan itu.

Suasana di tempat kejadian mula bertukar cemas dengan riuh rendah suara penduduk kampung kerana penemuan mayat itu menarik lebih ramai penduduk kampung untuk ke tempat kejadian sehingga memaksa pihak berkuasa menyuraikan mereka sehingga siasatan lanjut dijalankan.

“Tuan... tuan...” seorang anggota polis berpangkat koperal memanggil ketuanya yang sedang memberi arahan kepada dua orang anggota polis yang bertugas di luar rumah itu.

“Kami sudah jumpa anak mangsa.” Ringkas laporannya.

Kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 10 tahun terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan separuh bogel di dalam bonet kereta yang diparkir dibelakang rumah usang itu. Seluruh anggota badannya dipenuhi kesan lebam bersama tangan dan kakinya diikat menggunakan tali.

 

“Macam mana keadaan dia doktor?” Inspektor Sahak bertanya sebaik sahaja dia menerima laporan daripada anak buahnya tentang keadaan semasa kanak-kanak lelaki itu.

“Buat masa sekarang kami masih pantau keadaan pesakit dari semasa ke semasa. Kesan luka dan lebam yang terpada pada badan pesakit boleh dikategorikan sebagai kes dera sehingga meninggalkan kesan trauma kepada pesakit dan atas sebab ini juga pesakit mengalami “temporary memory loss” pada malam kejadian ke...” Belum pun sempat doktor muda itu menghabiskan ayatnya Inspektor Sahak menyampuk.

“Temporary memory loss?” berkerut dahi Inspektor Sahak memandang doktor muda itu.

“Ye Tuan.” Perkara ini tidak menjejaskan daya ingatan pesakit secara menyeluruh. Ini hanya berlaku apabila pesakit tidak mampu untuk menampung kesan bebanan trauma yang berlaku. Jadi, badan mereka sendiri akan bertindak sebagai agen untuk ‘memadan memori’ itu. Kami akan rujuk pesakit pada bahagian psikiatri kerana ini adalah ‘rare case’ dan memerlukan pemantauan yang sangat rapi.

Inspektor Sahak menangguk perlahan mendengar penjelasan itu sambil menghela nafas lemah. “Boleh saya lawat dia?”

Doktor itu melemparkan senyuman sambil mereka berdua berjalan beriringan menuju ke arah wad kanak-kanak yang terletak di tingkat 6. Perlahan Inspektor Sahak membuka pintu bilik wad yang menempatkan budak lelaki itu.

Wajah polos budak lelaki itu direnung. Begitu lena tidurnya seolah-olah tiada peristiwa gelap pernah terjadi di dalam hidupnya. Sekali lagi keluhan berat dilepaskan sebelum Inspektor Sahak berjalan keluar daripada wad itu.Masanya belum sesuai telah hatinya. Dia akan kembali semula apabila keadaan budak lelaki itu stabil.

Pintu ditutup.

 

 

 

17 tahun kemudian...

Sebuah motorsikal masuk ke tempat letak kenderaan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Rambutnya kelihatan sedikit kusut sewaktu membuka topi keledar tetapi itu tidak sedikit pun menjejaskan ketampanan yang sedia ada pada dirinya. Ditambah pula badannya yang tinggi lampai persis seorang model pasti cair setiap mata yang memandang.

“Kamu tak penat ke Firash? Kamu baru je lepas buat food delivery. Ni datang pula tolong abang dekat gerai ni.” Ujar Abang Jep pemilik gerai burger itu sambil mengelap peluh di dahi menggunakan tuala yang disangkut pada lehernya. Dia yang dibantu oleh anak muda itu sejak dua minggu lalu sementelah pekerjanya mengalami kemalangan jalan raya dan memerlukan cuti panjang sebelum pulih seperti sedia kala.

Firash hanya melemparkan senyuman. “Saya naik rumah kejap bang. Tukar baju.” Firash meminta izin.

Setelah itu, dia mula melayan pelanggan yang berkunjung di gerai itu bagi memberi laluan kepada Abang Jep untuk berehat.

Masa berlalu dengan begitu pantas apabila pelanggan tidak putus-putus datang walaupun waktu sudah menjengah ke tengah malam. Sepenat mana pun Firash, dia pasti tidak lekang dengan senyuman.

“Nak aku letak dekat mana buku ni Firash?” Hakimi, iaitu rakan serumah Firash menegur. Dia yang juga baru pulang daripada membuat kerja part time disebuah cafe berjalan menghampiri Firash.

“Kau letak je atas meja makan. Nanti aku naik aku ambil.” Ringkas jawapan Firash dijawab anggukan daripada Hakimi. Setelah bertegur sapa dengan Abang Jep, Hakimi mula berjalan ke arah lif untuk naik ke rumah.

Firash hanya meneruskan rutin kerjanya.

“Satu burger ayam dik. Makan sini.” Suara yang tidak asing membuat pesanan itu membuatkan senyuman Firash semakin melebar.

“Tuan...”

Inspektor Sahak tersenyum manis.

Kawasan flat itu sudah mula hening apabila Firash menghantat burger bersama sebotol air mineral kepada Inspektor Sahak yang sedia menunggu di meja lipat. Dia melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Inspektor Sahak.

“Saya dengar Tuan dah bersara.” Firash memulakan bicara.

Inspektor Sahak mengangguk tanda mengiyakannya. Gigitan pertama masuk kedalam mulutnya sebelum bersuara. “Insya-Allah kalau tak ada aral melintang saya akan balik ke kampung saya.”

Perbualan terhenti di situ seketika.

“Kamu apa khabar Firash?” tanya Inspektor Sahak lantaran dia sudah menganggap Firash seperti anaknya sendiri. Dia melihat Firash membesar dengan matanya kepalanya sendiri.

“Alhamdulillah Tuan. Macam ini lah apa yang Tuan tengok.” Ujarnya dengan rasa rendah diri. “Sebelum saya lupa, Atok dan Opah kirim salam ya. Atok ada tanya baru ni, tuan dah lama tak datang rumah.”

“Waalaikumussalam. Sampaikan salam saya juga ye. Saya ke Melaka beberapa bulan ni atas urusan. Jadi tak sempat nak jenguk mereka. Mereka sihat?” Ingatannya kembali kepada sepasang pasangan suami isteri yang datang ke rumah‘ANAK YATIM PERMATA’ 15 tahun yang lalu dan mengambil Firash sebagai cucu angkat mereka.

“Alhamdulillah.”

Leka mereka berkongsi cerita sehinggalah Inspektor Sahak...

“Firash kamu...”

“Tak Tuan. Saya masih tak ingat kejadian malam tu.” Cepat-cepat dia menjawab kerana sudah tahu akan soalan yang bakal ditanya oleh Inspektor Sahak.

Inspektor Sahak tenung wajah Firash sedalamnya sebelum menghela nafas panjang. Sungguh dia kecewa!

“Tuan... Tuan dah berjaya tangkap pembunuh ibu dan ayah pun saya dah cukup bersyukur.” Firash memuji usaha keras Inspektor Sahak dan anak buahnya dalam menjejak dan memberkas pembunuh kedua orang tuanya. “Tapi tipu saya katakan kalau tidak ada perasaan marah mahupun sedih Tuan. Yang paling saya kecewa dengan diri saya sendiri bila saya tak ingat langsung apa yang terjadi pada malam tu. Saya yakin ada hikmah untuk semua ni dan saya terima dengan hati yang redha. “

Menitik jua air mata Inspektor Sahak. “Tapi kamu sendiri tahu yang dalangnya masih lagi bebas. Orang itu hanya kambing hitam Firash... kambing hitam...” bergetar bibirnya.

Firash mencapai tangan Inspektor Sahak dan mengenggam erat. “Tuan dah buat yang terbaik. Tiba masa Tuan berehat.

Inspektor Sahak membalas genggaman itu dan berkata dengan semangat membara.“Kes kamu boleh dibuka pada bila-bila masa Firash. Apabila masa itu tiba,datang cari saya ya.”

“Pasti Tuan... bila tiba masanya. Nekadnya.

 

 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Naura Karina