Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 59

Hari sudah senja apabila Irdina dan adiknya Izzar keluar dari kawasan pasar malam di Pekan Bachok. Jalan yang selalunya dilalui agak sesak memaksa Irdina memilih jalan yang sedikit sunyi. 

Tiba di suatu tempat yang jauh dari rumah orang kampung, sebuah kereta tiba-tiba menghimpit dan mengarahkan ke tepi jalan. Dalam keadaan yang terkejut, Irdina hanya menurut arahan kereta itu.

Irdina tidak berani membuka pintu kereta. Izzar di sebelahnya sudah panik namun Irdina cuba menenangkannya. Apabila kereta itu mematikan enjin, keluar seorang lelaki yang memang Irdina kenal. Siapa lagi kalau bukan Nazman! Irdina mendengus kasar. Apa lagi yang dia ni nak? Tak cukup ke masa sekolah rendah, masa sekolah menengah asyik ganggu orang je..benci aku tengok muka tu! Cebik Irdina di dalam hati.

Nazman mengetuk tingkap kereta di sebelah pemandu. Irdina membuka sedikit tingkap.

"Kenapa awak halang haluan saya?"

"Keluar kejab, aku nak cakap sikit," pinta Nazman.

"Tak nak, saya tak akan keluar. Dah nak maghrib ni, saya nak balik."

Irdina bertegas, dia tidak akan menurut kata Nazman. 

"Aku bukan nak apa-apakan kau pun, aku nak cakap sikit je. Aku masih tahu halal haram nya," ujarnya lagi. 

Irdina mencebik. Tahu halal haram konon. Puih..

"Awak nak cakap apa? Cakap jelah, saya boleh dengar walaupun saya tak keluar. Ha, cakap je. Bunyi macam penting sangat je!" 

Suara Irdina dikeraskan sedikit untuk menampakkan dia tidak gentar walaupun dia sedikit cuak.

"Kau ni degil betul, kan! Ni aku nak tanya. Kau ada apa-apa ke dengan abang aku? Nampak dia selalu je pergi rumah kau..."

"Dia pergi sembang dengan ayah saya, bukan saya. Faham?"

"Alahai, macam aku ni budak kecik lagi tak boleh faham taktik dia. Lagipun semalam dia dah mengaku memang dia ada hati dengan kau. Kau pun ada hati dengan dia juga ke?"

Nazman terus mengasak. Irdina mengeluh panjang. Tidak suka dengan sikap Nazman yang suka memaksa. Tu antara sebab mengapa dia menolak  rombongan merisik Nazman tahun lepas. Macam mana lelaki yang kasar, baran dan biadab begini mahu dijadikan suaminya? Memang tak la...

"Nazman, saya malas lah nak cakap pasal ni. Saya tak tahu apa-apa sebab dia tak pernah cakap pun dia suka saya, so macam mana saya nak tahu dia ada hati terhadap saya. Mungkin awak je kot yang cemburu buta. Sudahlah, saya nak balik!"

"Aku bukan cemburu buta, tapi sebab dia sendiri dah mengaku. Satu perkara lagi, aku cemburu sebab aku dah lama suka kau, dari Darjah satu, engkau je yang tak perasan."

Irdina tergamam seketika. Suka apa kalau dia selalu membuli aku, selalu buat aku menangis, suka kenakan aku...oh, ada juga lelaki yang begini ya? Irdina menggelengkan kepalanya.

"Tak payah mengarutlah Nazman. Kalau awak suka saya takkan awak selalu buli saya, kenakan saya, kacau saya, buat saya menangis...tu ke cara awak menunjukkan rasa suka awak pada saya? Pelik sangat awak ni!" 

Irdina masih berlembut namun tetap ada ketegasan di situ.

"Setiap manusia tu berbeza. Kau kan cikgu, takkan anak murid kau semuanya baik aje..habis kalau yang nakal tu, kau judge dia budak jahat ke?"

Aduh, setepek kena atas kepala Irdina. Betul juga, pandai juga budak Nazman ni, fikir Irdina.

"Saya tak kata awak jahat, ada saya sebut ke tadi? Macam tak ada je, cuma awak nakal lah...tapi sepatutnya awak tak perlu kot buat benda-benda yang buat saya marah, benci dan seumpama dengannya sedangkan awak cakap suka saya. Kalau dah suka, kenapa tak cakap je, kenapa layan saya macam musuh pula? Saya tak faham lah dengan awak ni, pening kepala saya fikir!"

"Sebab...bukan semua orang diberi kasih sayang yang cukup dan adil. Ada anak yang dididik dengan ketegasan, dengan berat sebelah..yelah mungkin sebab dia tak pandai atau dia tak cukup baik. Orang itu adalah aku...aku rasa kau faham maksud aku kan...."

Irdina terdiam seketika. Dia faham sebenarnya konflik yang berlaku di dalam keluarga Nazman tetapi Nazman sepatutnya tidak boleh terlalu mengikutkan emosi dan meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap ibubapa nya. 

"OK...sekarang ni saya terus terang dengan awak supaya perkara ni clear. Saya dengan abang awak...we have nothing special, OK? Saya tak anggap dia lebih daripada seorang abang. That's all dan saya minta diri dulu. Mesti mak ayah saya risau saya belum balik lagi. Assalamualaikum..."

Irdina menghidupkan enjin kereta semula dan berlalu. Nazman terpinga-pinga. Kalau boleh, dia mahu berbual lebih lama dengan perempuan itu. Tapi apa dayanya, perempuan itu tidak sudi menerima kasih yang dihulurkan...


Previous: Bab 58
Next: Bab 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee