Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 53

Irdina membelek-belek telefon bimbitnya. Sejak dari pagi dia belum menerima mesej dari Hariz. Ketika itu dia sedang duduk di pangkin belakang rumahnya. Adik-adiknya yang lain ada urusan sendiri pada hari itu. Jadi, dia hanya keseorangan ditemani ayah dan emaknya sahaja. 

Irdina memerhatikan ayahnya yang sedang memberi makan ikan di dalam kolam. Ada dua buah kolam kecil yang rapat ke pangkin yang didudukinya sekarang. Satu untuk ikan tilapia dan satu lagi ikan keli. 

"Kamu dengan budak Hariz tu camana Dina? Bila dia nak masuk meminang kamu nya? Kang orang lain masuk dulu, berputih mata nanti."

Pak Lan bersuara. Dia sudah nampak siapa calon lain yang layak untuk anaknya selain dari Hariz.

"Nantilah ayah. Tengah berkawan lah ni.."

"Tak habis lagi berkawan. Bukan ke dari zaman U lagi berkawan. Bila nak berkahwin nya?"

"Ayah ni...."

Tiba-tiba Melissa mendengar suara memberi salam tidak jauh dari tempat yang dia duduk. Kelam kabut Melissa bangun dan melarikan diri ke sebelah sini yang menyambungkan ke dapur rumah. Dia mengintai gerangan siapakah pula yang datang. Ah, lelaki itu lagi! Semalam dah datang, hari ni datang lagi. 

"Mak, si Cikgu Nazmi tu selalu ke datang rumah kita sembang dengan ayah?"

Soal Irdina kepada emak yang sedang mengambil ayam dari peti sejuk.

"Sebelum ni macam tak selalu tapi adalah juga sesekali. Mereka pergi memancing, menahan pukat sebab dia suka kerja-kerja macam tu. Tapi sehari dua ni macam selalu datang je, agaknya nak tengok kamu kot!"

"Eh, mak ni! Ke situ pulak perginya. Tak kan nya, dia nak tengok Dina. Lagipun, Dina kan dah ada pakwe.."

"Pakwe, pakwe..eh Dina usia macam kamu ni patutnya dah kahwin, bukannya pakwe-pakwe lagi.." bebel emak. Melissa melangkah ingin masuk ke biliknya bila emak dah mula berleter tentang kahwin.

"Eh, mana nak pergi tu? Sini, tolong potong sayur ni, kita dah nak mula masak tengahari.."

"Oh, dah nak mula ek???" 


Previous: Bab 52
Next: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee