Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
27,420
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

BAB 13

“Hish diamlah! Sibuk sangat kenapa?!”

Jerit Qisya Nurmedina. Pintu biliknyamasih di ketuk kuat oleh Laila Imani. Masih tidak berpuas hati dengan baju yangdibelikan oleh Syed Faliq siang tadi. Si Qisya boleh rileks main game dalamphone.

“Duk! Duk!”

Qisya mendengus geram. Laju tanganmemulas tombol pintu. Laila menolak tubuh Qisya kebelakang. Laila memandangjubbah oren yang tersangkut di tepi almari. Laju kakinya menghampiri bajutersebut. Jubah oren pemberian Syed Faliq digunting laju oleh Laila.

“Kurang ajar! Laila!!!!”

Jerit Qisya Nurmedina. Tak sangka punyang Laila akan berbuat begitu pada bajunya. Encik Qhalif dan Puan Juriah yangbaru masuk ke rumah mendengar jeritan anak-anaknya. Kaki laju menuju ke tingkatatas.

“Kau kenapa ha Laila? Apa lagi yangkau tak puas hati dengan aku! Aku tak pernah kacau pun hidup kau!”

Bentak Qisya Nurmedina . Airmata yangingin keluar ditahan. Baju pemberian Syed Faliq yang sudah berlubang sejengkaldipeluk kemas. Encik Qhalif dan Puan Juriah menggeleng kepala.

“Hmmm! Baru puas hati aku!”

Balas Laila seraya menjeling padaadik tirinya. Tangan Laila ditarik oleh Puan Juriah masuk ke dalam bilik. EncikQhalif menutup pintu bilik Qisya dan menghampiri anaknya yang duduk di biraikatil.

“Dia yang salah. Babah tahu kan yangQisya paling pantang kalau orang kacau harta benda Qisya!”

Marah Qisya Nurmedina bersambung.Encik Qhalif tahu anaknya sedang menahan tangis. Pantas kepala anaknya dipelukmanja.

“Kalau Babah tahu Qisya tak bahagia,Babah tak teruskan pernikahan dengan Mama Juriah. Babah…”

Tangisan Qisya mula kedengaran. Makinkemas pelukan Encik Qhalif pada puterinya. Kepala Qisya di usap manja.

Laila Imani memuncungkan bibir.Bebelan Puan Juriah hanya dibalas dengan jelingan mengejek.

“Tak habis-habis nak cari pasaldengan Qisya tu kenapa? Apa masalah kamu ni?”

Lagi sekali Laila menjeling. PuanJuriah menghela nafas panjang. Anaknya yang sedang duduk di atas katildipandang geram.

“Dia sengaja tau Mama! Dia sengajanak sakitkan hati Laila! Dia sengaja nak goda Syed Faliq tu!”

Tak habis-habis dengan Syed Faliq.Puan Juriah menahan geram. Rasa nak suruh je Syed Faliq tu lari dari Malaysia.Biar aman sikit rumahnya. Lagi haritu asyik nama Syed Faliq je yang anaknyasebut.

“Mama dah buat keputusan denganauntie Mar. Lagi dua minggu mereka hantar rombongan meminang.”

“What!”

Jerit Laila. Badan dibangunkan darikatil. Pandangan tajam dihalakan pada Mamanya.

“Laila tak bagi keputusan apa-apapun. Kenapa mama sesuka hati buat keputusan? Laila tak decide lagi nak nikahdengan dia!”

Berombak dada Puan Juriah menahanmarah. Jari telunjuk di hala pada anaknya.

“Hey Laila, kamu dengar sini. Kamujangan nak menyusahkan Mama. Jangan nak bagi Mama pening lagi! Dulu bukan mainbercinta sampai tak ingat dunia! Mama tak kira! Nak ke tak nak kamu tetap kenanikah dengan Khairi Jazmir!”

Puan Juriah keluar dari bilikanaknya. Dada Laila masih berombak menahan marah. Tak puas hati bila Mamanyamencampuri urusannya. Telefon di atas meja di ambil oleh Laila. Nombor Khairidi dail.

“Hah! You dengar sini eh! You jangannak macam-macam dengan I. I tak decide lagi nak nikah dengan you. Jangan nakmemandai hantar rombongan meminang!”

Jerit Laila. Khairi Jazmirterpinga-pinga mendengar suara kekasihnya di hujung talian. Pelik betulperangai buah hatinya semenjak dah bekerja ni.

“You datang bulan ke ni?”

Soal Khairi Jazmir. Ibu dan ayahnyayang sedang duduk di ruang tamu juga memandang pelik perbualan anaknya.

“Senang cerita! I tak nak nikahdengan you! I dah jumpa calon yang sesuai untuk I bernikah! Jangan nak memandaihantar rombongan meminang!”

Pap! Talian dimatikan. Kahiri Jazmirmenggaru kepala.

“Kenapa Mir?”

Soal Encik Yahya. Muka Khairi masihlagi berkerut. Soalan ayahnya tidak di balas.

“Tak delah yah, Mir pelik. Tadi ibucakap auntie Ju suruh hantar rombongan meminang. Ni Laila call marah-marahcakap jangan hantar rombongan meminang.”

Balas Khairi Jazmir sambil menggarukepalanya.

“Hermm… Mungkin dia tengah adaproblem kut. Bincanglah elok-elok.”

Balas Puan Mariah.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.