Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
27,439
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

“Klik”

Pintu bilik Syed Faliq sudah terkuncidari dalam. Kaki mula melangkah di meja yang terletak di tepi dinding. Punggungmula direbahkan di atas kerusi. Pendrive yang diberikan oleh Doctor Jamil yangterletak bersebelahan laptop hanya dipandang. Perasaan takut mula menguasaidiri. Perlahan tangan menyucuk pendrive di laptop.

File proses pemulihan di buka satupersatu. Video fasa pertama dibuka. Dan dikuti video fasa ke dua. Syed Faliqmasih lagi tenang bila perempuan di dalam video itu cuba menggoda. Danbermulalah fasa ketiga dimana ada seorang lelaki muncul. Pantas perempuan didalam video tersebut mula merapati lelaki tersebut. Syed Faliq mula resah.Namun digagahi juga untuk menonton. Dia ingin pulih! Tangan mula mengggigil.Penumbuk di kepal. Hampir sahaja screen laptop ditumbuk.

“Pap”

Laptop ditutup kasar. Masih berombakdada Syed Faliq tika ini. Peluh mula keluar dari dahi walaupun bilik berhawadingin. Nafasnya cuba dikawal. Peristiwa hitam mula menerjah ke minda. SyedFaliq bergerak ke atas sofa. TV dihidupkan. Proses untuk menstabilkan mindanyasemula. Dia masih lagi sakit. Betul kata Doctor Jamil. Mengelak dari masalah hanyamembiarkan ‘dia’ tidur. Dia harus menghadapinya.

“Tit..Tit..”

Bunyi pesanan ringkas dari seseorang.What! Qisya Atirah! Berani betul dia whats up boss malam-malam macam ni.

“Selamat malam boss. Lupa nak cakap.Thanks sebab sudi terima saya yang tak berapa nak pandai ni jadi SU boss. Hopekita dapat bekerjasama. Tak yah reply pun tak pe. Bye. Assalamualaikum”

Syed Faliq tergelak kecil melihatgelagat wanita yang baru sahaja menjadi setiausahanya 3 hari lalu.

“Alah please reply! Aku saja je cakapmacam tu. Please reply!”

Qisya mengomel sambil memandangtelefon bimbitnya. Terasa setiap detik yang berlalu ibarat berjam menunggu.Padahal baru je tekan butang send. ‘My Honney Boo’. Geli je! Itulah nama yangtertera di aplikasi whats up. Sesuka hati dia je simpan nama boss macam tu.

“Argh!! Dia typing..Cepatlah.cepatlah!!!”

Jerit Qisya lagi. Teruja sangat.

“Lah dia stop pulak. Nak type punsusah sangat ke?”

Syed Faliq menyambung menaip.

“Ok Cik Qisya. Malam”

Ayat dari Syed Faliq.

“Yeay!!! Love you boss!! Bolehlahsaya tidur dengan tenang malam ni. Hik hik hik”

Excited terlebih! Berulang kali whatsup dari Syed Faliq di baca. Bahagia sangat si QIsya ni!

….………………………………………………………………………………………………………

“Boleh kita kawan?”

Soal Hanna Karina pada Syed Faliqyang sedang duduk di perpustakaan. Pandangan hanya di hala pada buku. Entahkenapa hatinya damai bila melihat Hanna Karina. Tiada darah gemuruh yangmenyelubungi diri. Sejak dari hari itu, Syed Faliq suka mencuri pandang muka HannaKarina.

“Err…”

Balas Syed Faliq takut-takut. HannaKarina tersenyum pada lelaki yang dikatakan skema oleh pelajar-pelajar lain.Pernah juga di cop sebagai pelajar pelik. Kawan pun tak da. Syed Faliq lebihsuka menyendiri.

“Nama saya Hanna karina. Awak ni amikcos penyiasatan ke? Saya selalu nampak awak perhatikan saya”

Syed Faliq terkejut. Alamak! Diatahu? Syed Faliq memberanikan diri memandang muka Hana yang bertudung litup tu.

“Sorry miss. I don’t know you”

Balas Syed Faliq seraya bangun. Fuh!!Laju langkah Syed Faliq sambil memegang dadanya. Why? Why? Syed Faliq masihberteka teki dengan hatinya.

‘Kenapa aku tak takut dia dengan dia?Kenapa tangan tak menggigil?’

“Awak!”

Jerit Hanna Karina dari belakang saatSyed Faliq mahu keluar dari perpustakaan.

“Allah!”

Hanna Karina terbangun dari mimpi.Jam dikerling. 3 pagi. Mulut masih mengucap dzikir.

“Nak suruh tahjud ni”

Ucap Hanna sambil tersenyum.Pembantunya yang tidur di biliknya dipandang dengan senyuman. Kesian pulak nakkejut Wiyah yang tidur di atas tilam yang dihamparkan di bawah. Hanna Karinaberusaha sendiri menyapai kerusi roda yang duduk bersebelahan.

“Akak!”

Jerit Wiyah.

“Allah!”

Hanna terkejut. Laju kaki Wiyahberlari mendapatkan Hanna di tepi katil. Cepat sahaja tangannya membantu tubuhHanna naik ke atas kerusi roda.

“Akak ni, kan wiyah dah cakap.Panggil je wiyah. Kalau jatuh nanti lagi susah…”

Bebel Wiyah. Kerusi roda di tolakmasuk ke dalam bilik air. Hanna Karina hanya tersenyum mendengar bebelanpembantunya.

….……………………………………………………………………………………………………

“Pensel awak jatuh tadi. Awak tak yahnak acah-acah mat salleh la. Mentang-mentang mata awak biru. Awak Syed Faliqkan?”

Perlahan Syed Faliq mengangkat muka.Wajah Hanna Karina yang sedang tersenyum dipandang. Begitu mendamaikan. Wanitadihadapannya tidak seperti wanita lain. Sekiranya ada wanita lain yangmenghampirinya, pasti peluh di dahi mula kelihatan. Bibir mula terketar-ketar.Dan mulalah si ‘dia’ akan muncul.

“Awak ok?”

Soal Hanna Karina bila Syed Faliqleka memandang tubuhnya.

“Ok. Thanks.”

Balas Syed Faliq cepat. Pensel daritangan Hanna diambil laju. Masih lagi terdengar panggilan Hanna Karina. Namun Syed Faliq tidakmenghiraukan.

“Pap!”

Syed Faliq tersedar dari mimpi.Wajahnya diraub berkali-kali. Bayangan Hanna Karina sering muncul dalammimpinya. Badan mula bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Jam sudahmencecah pukul 5 pagi. Syed Faliq melakukan solat sunat. Setelah itu diamengaji. Proses untuk tenangkan hati supaya dekat dengan Maha Pencipta.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.