Home Novel Cinta Kan Aku Dah Kata!!!
Kan Aku Dah Kata!!!
Aini Marisha Marisha
29/12/2013 16:20:01
137,568
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Ellyssa lega kerana dimaklumkan kapalterbang terlewat dari dijadualkan. Jadi dia masih akan dapat menyambut daddy dan mommy apabila mereka berjalan ke luar ke balai ketibaan. Dia tidak sabar mahu berjumpa mereka berdua dan mendengar cerita-cerita menarik semasa mereka di sana. Selalunya begitulah. Apabila daddy dan mommy pulang dari percutian di luar negara yang disertai bersama kawan-kawan mereka yang lain, pasti panjanglah perbualan mereka di rumah. Mommy memang seorang yang pandai bercerita. Apabila mommy mula membuka mulut, dengan hayunan tangan dan ekspresi wajah semuanya serba lengkap sehingga Ellyssa tidak pernah jemu mendengarnya. Ada masanya sehingga Ellyssa pula terasa seperti berada bersama mommy di tempat tersebut.

“Lamanya delay…,” rungut Ellyssa kerana jam di tangan sudah menunjukkan pukul 9.45 malam tetapi papan kenyataan berkomputer masih belum memaparkan pendaratan kapalterbang yang dinaiki oleh kedua ibu bapanya.

“Banyak kapal terbang nak landing hari ni kot. Traffic jam kat udara. Tengok kat skrin tu. Punyalah banyak flight yang masih tak dapat mendarat sebab landasan penuh,” maklum Sarina.

“Ha…aku nampak dah. Flight dari Jeddah tu,” suara Ellyssa dengan senyuman lebar. Dia berjalan ke hadapan, dan berhenti berdekatan pintu keluar di balai ketibaan. Kawasan itu turut dikerumuni oleh orang ramai yang mungkin juga bertujuan yang sama seperti Ellyssa iaitu menunggu keluarga atau kawan yang pulang dari luar negara.

“Ell…, mesti banyak mommy kau beli jubah cantik-cantik kat sana kan. Maklumlah orang kaya macam keluarga kau ni takkan tak shopping kalau pergi oversea. Aku tengok kat internet cantik-cantik betul jubah Arab ni. Bling-bling lagi. Kalau aku badan tinggi cantik macam badan kau Ell, dah lama aku beli jubah-jubah tu semua. Tapi tu la…, saiz badan aku ni susah betul nak beli baju ready made ni. Hari tu ada ke patut salesgirl kat shopping complex tu suruh aku pergi bahagian kanak-kanak. Memang kurang asam pedas betul.” Selepas habis merungut begitu panjang lebar, Sarina menarik nafas panjang.

Ellyssa melirik pandang wajah Sarina. Kemudian dia menggeleng.

“Eh, kenapa kau tengok aku macam tu kemudian geleng-geleng pulak ni?” tanya Sarina.

“Kadang-kadang aku terfikir, mak kau ni terbekenan kat siapa ya masa ngandungkan kau. Mulut kau tu tak habis-habis bercakap. Ada je benda yang kau nak bebelkan. Tak penat ke beb. Aku dengar pun penat tau. Kau ni sepatutnya jadi deejay radio la beb,” jawab Ellyssa.

“Hehehhe…, kalau aku jadi deejay nanti kesian pulak kat kau Ell. Siapa la yang nak bantu kau kat butik tu kan Dan yang paling penting, siapa nak jadi driver kau,” jawab Sarina tersengeh-sengeh.

Ellyssa mengertap bibir. Geram dengan gadis kecil molek di hadapannya. Sarina mengekeh ketawa apabila Ellyssa membuat aksi ingin mencekik lehernya. Tidak lama gurauan mereka apabila tiba-tiba mereka mendengar pengumuman bahawa kapalterbang dari Jeddah telah mendarat. Ellyssa terus memanjangkan batang lehernya ke pintu keluar. Dia mahu melihat mommy dan daddy melangkah keluar dari balai ketibaan. Pasti mommy akan kelihatan begitu cantik dengan jubah Arab yang dibeli di sana. Sebelum berlepas tempohari memang mommy begitu teruja memaklumkan kepada Ellyssa tujuannya untuk memborong pelbagai jenis jubah Arab dan kemungkinan dia akan menjualnya pula kepada kawan-kawan yang berminat.

“Itu dia mommy dan daddy kau Ell.” Agak terjerit Sarina apabila memaklumkan ketibaan ibu bapanya. Ellyssa terus menoleh. Senyumannya lebar apabila terlihat kedua orang yang dirinduinya. Tetapi senyumannya tiba-tiba mati apabila dia melihat mommy disorong dengan kerusi roda. Wajah mommy juga pucat dan dia kelihatan sangat letih. Sarina juga terdiam. Dia tahu pada waktu dan keadaan begini, tidak sepatutnya dia meneruskan tabiatnya yang suka bercakap.

What happen?..., bisik hati Sarina. Hampir bergenang air matanya apabila melihat keadaan mommy yang kelihatan sangat lemah. Kenapa daddy tidak pernah memaklumkan apa-apa apabila mereka berhubungan pada setiap malam sebelum itu? Semakin luluh hati Ellyssa apabila melihat senyuman lebar yang terukir di bibir mommy apabila pandangan matanya menangkap susuk tubuh Ellyssa. Apabila daddy dan mommy telah sampai ke balai menunggu, Ellyssa terus menerkam mereka.

“Apa yang dah berlaku? Kenapa mommy duduk di kerusi roda? Are you okey mommy?” tanya Ellyssa bertalu-talu.

“Ell…, mommy dan daddy letih sangat-sangat. Kita balik rumah dulu. Nanti bila dah selesai semua kita berbual ya,” ujar Datuk Aziz perlahan. Suaranya kedengaran sungguh sayu. Datin Aini mengangguk sambil mengenggam erat tangan anak gadisnya.

“Mommy tak apa-apa Ell. Cuma mommy letih saja,” jawab Datin Aini perlahan tetapi Ellyssa semakin pelik apabila air mata mommy tiba-tiba mengalir.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.