Home Novel Cinta Ingin Mencintaimu Selayaknya
Ingin Mencintaimu Selayaknya
Selma Q
29/4/2019 03:45:46
43,152
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Hana Sofea menepuk pipi berkali-kali. Setiap pagi, dia terpaksa mengheret kakinya untuk pergi ke kerja. Sudah tiga hari dia melaporkan diri kepada Lutfi. Selama tiga hari itulah, Lutfi langsung tidak terangkan tentang skop pekerjaannya! Hana Sofea tahu Lutfi sengaja membuat sedemikian. 

Staf lain tidak berani untuk membuka mulut dengan layanan Lutfi terhadapnya, termasuk Nurul Ain! Dia sangkakan Nurul Ain akan menjadi kawan dalam erti yang sebenar tetapi malangnya tidak! Nurul Ain memikirkan dirinya dulu, Dia sendiri takut dengan Lutfi!Lutfi digeruni oleh semua staf! 

Hana Sofea disuruh membuat kerja seperti cuci tandas, bersihkan ruang pantri hatta membersihkan bilik stor. Tidak ada yang berani untuk bertanyakan tentang keadaan Hana Sofea.

Hana Sofea tiba di pejabat pukul 7.30 pagi. Satu kebiasaan untuk dirinya sejak zaman sekolah lagi. Biar awal, jangan lambat! Itu prinsip Hana Sofea dan kebiasaan ini dibawa hingga ke alam pekerjaan.

Hana Sofea berjalan dengan lemah menuju ke meja kerjanya. Hana Sofea tersedar akan sesuatu. Kenapa ada lampu dari bilik Sayf Harith? Ada orang ceroboh masuk ke?

Dengan langkah berhati-hati, Hana Sofea mendekati pintu yang sedikit terbuka. Hana Sofea memanjangkan leher dan dalam masa yang sama, tangan bersedia untuk menolak pintu dengan luas. 

GEDEBUK!

Ada kepala muncul dari bawah meja!

"Tu..Tuan?" Hana Sofea terperanjat.

"Yalah! Siapa lagi? You dah kenapa tolak pintu I macam tu?! Sayf Harith tanpa sengaja meninggikan suara.

"Saya...Saya minta maaf Tuan. Saya ingat ada penceroboh tadi! Tuan buat apa kat bawah meja tu? Bila Tuan balik? Tuan sepatutnya ada kat Penang kan?" soal Hana Sofea bertalu-talu.

"Kunci I jatuh tadi. Seminar..." kata Sayf Harith termati. Hatinya dijentik dengan perasaan pelik. Pelik dengan Hana Sofea yang memandangnya tanpa berkelip.

Hana Sofea tanpa dia sedar, dia memandang tepat ke wajah Sayf Harith. Sayf Harith nampak santai dengan memakai jeans berwarna hitam dan T-shirt tanpa kolar berwarna merah. Hana Sofea mula rasa sebak. Entah mengapa dia rasa ingin menangis? Tak kan sebab dia gembira dengan kepulangan Sayf Harith? Hana Sofea mula berperang dengan perasaan sendiri. Tapi yang penting sekarang ini, dengan adanya Sayf Harith, dia tidak perlu lagi melaporkan diri kepada Lutfi!

"Hana, you okey tak? Come here." Sayf Harith menyuruh Hana Sofea untuk duduk di atas sofa panjang. Sayf Harith duduk agak jauh agar Hana Sofea rasa selesa.

"Bukan ke Tuan ada kat Penang untuk seminggu?" akhirnya Hana Sofea membuka mulut. Kepala diangkat untuk memandang wajah tampan itu. Sayf Harith kelihatan berbeza dengan rambutnya yang dibiarkan lepas. 

"Seminar habis awal jadi I balik KL terus. Ikutkan hati nak duduk sana lama sikit tapi I ada hal kat sini yang I perlu uruskan.

Hana Sofea ralit menatap wajah Sayf Harith. Teringat tentang perancangan gila oleh Lutfi dan Syaiful Hadif! Hana Sofea akui yang dia tidak mampu untuk menyakiti Sayf Harith. Patutkah dia membongkar rancangan Syaiful Hadif? tapi Sayf Harith akan percaya ke? Hana Sofea betul-betul runsing!

"Kenapa you pandang I macam tu?" I nampak pelik ke?" Sayf Harith tersenyum manis tanpa dia sedar. 

Hana Sofea terpanar melihat senyuman itu! Bergegar jantung dibuatnya. Demi keselamatan jantungnya, Hana Sofea melarikan pandangan ke tempat lain.

"I minta maaf kalau I buat you terperanjat tadi. Apa ke tak! tiba-tiba ada orang rambut panjang muncul dari bawah meja. Dah macam hantu jepun!" Sayf Harith berlawak.

Hana Sofea tersenyum lebar. Gagal mengawal perasaan di depan Sayf Harith. Selama tiga hari bekerja di bawah arahan Lutfi, dia menjadi seorang yang lokek dengan senyuman tetapi sepuluh minit bersama Sayf Harith, dia boleh tersenyum lebar.

"That's better! Akhirnya you senyum jugak!" 

Hana Sofea menundukkan kepala. Perasaan malu sudah menjengah ke dalam hati.

"So how's work?" Soal Sayf Harith sambil melangkah menuju ke mejanya.

"Err..o..okey." Hana Sofea terpaksa berbohong.

"Betul ni?" Sayf Harith bertanya untuk kepastian. Melihat reaksi wanita itu sudah cukup membuat dia rasa curiga.

Hana Sofea angguk kepala laju. Mungkin jalan terbaik untuk keluar dari bilik ini sebelum dirinya disoal siasat lagi.

"Tuan, hmm saya keluar dulu." Hana Sofea terus bangkit. Dia tidak mahu membuang masa walau sesaat pun.

"Nanti dulu! I ada dokumen untuk hantar kat you. Apa emel you?" 

Pergerakan Hana Sofea termati. Jantung macam nak melompat keluar! Apa yang patut dia jawab kepada Sayf Harith? Lutfi langsung tidak memberitahu tentang skop pekerjaan, apatah lagi nak buka akaun emel untuk dirinya.

"Err..Tuan Sayf...Saya..." Hana Sofea gugup. Hati berbelah-bagi. Berterus-terang atau reka cerita? Hana Sofea telan liuh. Kedua tangannya diramas-ramas. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

"Kenapa? Lutfi tak jalankan tugas yang I dah amanahkan?" suara Sayf Harith sudah berubah. Tiada lagi bersuara lembut seperti tadi. Nadanya kini tegas dan serius. Boleh buat perut kecut!

"Bukan macam tu..."

"Hana Sofea, sebagai ketua you, bagi tahu I apa jadi bila I tak ada kat ofis!" Sayf Harith menggunakan kuasanya.

"Tak ada apa-apa yang terjadi pun. Encik Lutfi ada tunjuk ajar cuma dia sibuk dan saya tak nak ganggu dia." Hana Sofea tidak mampu berlawan mata dengan mata helang Sayf Harith.

"Sibuk?" Sayf Harith tidak percaya dengan alasan lapuk itu. 

"Tuan Sayf, janganlah marah Encik Lutfi. Saya ada masa yang banyak lagi untuk belajar. Mungkin Encik Lutfi ada kerja penting?"

Sayf Harith tidak menjawab. Kepala sedang ligat berfikir apa yang patut dia lakukan sekarang. Gagang telefon dicapai lalu menekan nombor dengan laju.

Hana Sofea terkesima. Tanpa dia sedar, dia meluru ke arah Sayf Harith yang sedang berdiri di tepi meja. Gagang telefon dirampas dari tangan Sayf Harith. Talian terus diputuskan. Tangan Hana Sofea melekat di atas telefon. Takut-takut kalau Sayf Harith masih berdegil untuk membuat panggilan. Mati dia dikerjakan kalau Sayf Harith mahu bersemuka denga Lutfi tentang hal ini.

"Tuan Sayf. Jangan salahkan Encik Lutfi. Perkara kecil macam ni, tak perlu nak bersemuka dengan dia!" Disebabkan rasa panik, suara Hana Sofea naik seoktaf. 

Sayf Harith mencekak pinggang. "You dah kenapa?!"

Sayf Harith menguak rambut ke belakang. Tangan sebelah mengurut pelipis.

"Hana, I nak telefon Luqman. Bukan Lutfi! Kalau I nak confront dia, lebih baik I sergah bilik dia sekarang! Do you understand?" 

Hana Sofea terdiam. Terpaksa telan rasa malu yang berbakul-bakul. Kalau boleh, dia nak sembunyikan dirinya sekarang juga!

"So please! boleh alih tangan you?"

Dengan serta-merta tangan terangkat. Hana Sofea bergerak ke belakang untuk memberi ruang kepada Sayf Harith. 

Nombor pejabat Luqman ditekan. Sayf Harith menjeling dengan ekor mata. Geram betul dengan kekalutan Hana Sofea tadi. Takut betul!

"Luq, kau free tak? datang ofis aku sekarang. Hmmm..okey. Thank you. Bye." Sayf Harith meletak gagang telefon ke tempat asalnya. Hana Sofea dipandang dari atas ke bawah. Apa jadi dengan si dia ni?

"Hana, you takut dengan Lutfi ke?" soal Sayf Harith.

"Tak..saya tak takut dengan dia." Hana Sofea  beranikan diri untuk melawan pandangan mata Sayf Harith.

Sayf Harith tarik nafas. Badan disandarkan ke tepi meja.

"Look, I seorang ketua yang adil. Kalau ada masalah, I akan dengar dari kedua-dua pihak. Lepas dah dengar cerita, I baru akan bertindak." Sayf Harith menegakkan tubuh. Kaki dibawa menuju ke tempat Hana Sofea berdiri. 

Hana Sofea mula rasa gementar. Bau haruman minyak wangi yaang dipakai Sayf Harith, mengusik naluri wanitanya. Betapa dekatnnya jarak mereka berdiri. Kalau dia gerak satu tapak ke hadapan, boleh terlanggar dengan dada Sayf Harith.

"Hana, look at me." Arah Sayf Harith dengan nada serius. Kerana ketinggian yang hampir mencecah 190cm, Hana Sofea terpaksa mendongak ke atas.

" If you have something to tell me, I am here to listen." suara Sayf Harith bertukar menjadi lembut. Seolah suara itu ditujukan hanya untuk Hana Sofea. Mata mereka bergabung buat seketika.

"Ehhemmmm."

Sayf Harith tersentak. Sama juga dengan Hana Sofea. Mereka tidak sedar dengan kehadiran Luqman di muka pintu bilik. Luqman senyum simpul sambil berpeluk tubuh.

"Luq, masuklah." Sayf Harith berdehem kecil untuk hilangkan debaran hati. Hana Sofea membetulkan tudungnya untuk menutup malu. Apa yang terjadi tadi? Macam mana dia boleh terleka dengan renungan mata lelaki itu? Tidak pernah dia buat perkara begini dengan lelaki lain.

"Are you sure? Kalau kau tak perlukan aku sekarang, aku boleh balik ofis aku." usik Luqman bersahaja.

"Luq!" suara Sayf Harith kembali menjadi serius.

"Okay fine." Luqman mengangkat kedua tangan seolah menyerah kalah. Hana Sofea senyum kaku. Hati masih berdebar dengan insiden tadi.

Sayf Harith melangkah ke lagi meja lalu getah rambut diambil.

"Aku perlukan kau sampai lunch time. Tolong aku ajar Hana tentang e-system and set up her work email." kata Sayf Harith sambil mengikat rambutnya tinggi stail man bun

"Boleh! Tak ada masalah. Pagi ni, aku memang tak ada hal. Tapi...asal bukan kau yang ajar dia?" Luqman nak menyakat lagi. Luqman kini alih perhatian kepada Hana Sofea.

"Hana, you jangan salah faham. I okey je nak ajar tapi lebih baik kalau Tuan Sayf yang ajar sebab, bila dia mengajar mesti menusuk ke kalbu." Luqman simpan senyum.

"Stop it Luq!" Sayf Harith menjeling tajam. Kesian melihat Hana Sofea yang sudah kaku berdiri.

"Luq, kau gunakan any meeting room available kat ofis ni. Hana, you belajar hal yang basic dulu. Bab kerja QA, nanti I akan ajar you bila I ada masa sebab I ada kerja I sendiri jugak."

"Oh yeaaah!" Luqman bersorak.

"Kau dah kenapa?" Sayf Harith mengecilkan mata.

"Aku bukan apa. Aku suka tengok kau orang berdua. Kalau Hana nak tahu, Harith seorang guru yang penyabar. You tak faham banyak kali pun, Harith sanggup terangkan banyak kali. Sweet kan?"

Hana Sofea menggosok lehernya. Perasaan gementar makin berganda-ganda dengan usikan Luqman  yang tak ada noktah.

"Luq, aku sekarang masih bercuti sebab aku dah apply cuti seminggu. So don't talk about work with me. As for you Hana, kalau staf tanya, cakap yang I masih bercuti. I datang ofis setakat untuk ambil barang je. Faham?"

Hana Sofea angguk kepala tanda faham. "Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu."

"Hana, you tunggu I kat luar. I ada perkara nak bincang dengan Tuan Sayf." Luqman menyengih.

"Hana, on your way out, help me close the door. Thank you." Sayf Harith senyum segaris.

Luqman menghantar pemergian Hana Sofea dengan ekor mata. Sebaik saja daun pintu dikatup rapat, Luqman merapati meja Sayf Harith.

"Kau nak bincang apa? tak ke aku cakap tadi aku tak nak bual pasal kerja?"

"Ini memang bukan pasal kerja."

"Habis tu?" Sayf Harith membuka komputer riba. Wajah Luqman tidak dipandang.

"Kau tak rasa ke yang kau dan Hana macam ada connection?"

Sayf Harith menggaru dahi dengan hujung jari. "Apa yang kau nak cakap ni?"

"Aku nampak kau orang berdua tadi macam tenggelam dalam lautan cinta." Luqman mula bermadah.

Usikan Luqman langsung tidak dihiraukan. Sayf Harith mengambil pena lalu mencatat sesuatu dalam buku nota. Sengaja buat-buat sibuk.

"Okey! Aku sekarang tak main-main. Ini serius. Kau tak terfikir ke yang kau dan Hana tu pasangan yang secocok?" Luqman bersuara serius.

Catatan di buku termati. Sayf Harith menopang dagu. "Tak."

"Har, kau tak nak kasi peluang kat diri kau ke?"

Sayf Harith pejam mata. Kepala ditundukkan ke buku nota. "Luq, Aku tak nak bual pasal hal ni. So please!"

Sayf Harith menggengam pena dengan erat. Halkum mula bergerak. Gelodak di dalam hati cuba ditenangkan.

"Har, aku kawan kau dan aku nak kau, hidup macam orang lain. Beri peluang kepada diri kau sendiri dan orang lain. Buat apa kau setia dengan orang yang dah..."

"LUQMAN HAFIZ! STOP!" Sayf Harith gagal mengawal perasaan. Luqman rasa sedikit terkesan bile diherdik tadi.

"Luq, Aku...Aku minta maaf. Aku tak ada niat nak...kau sendiri tahukan aku tak suka bual hal ni." Pena dicampak ke tepi.

Luqman bergerak setapak ke belakang.

"Har, aku yang salah. Aku tak patut ungkit cerita lama. I am sorry." Luqman rasa sesal. Dia yang patut faham dengan perasaan Sayf Harith.

"Aku tahu kau tak ada niat jahat pun. Untuk soalan kau tadi..."

Sayf Harith terdiam. Dia sendiri tidak faham dengan kehendak hati. Otak menyuruh untuk jauhkan diri dari Hana Sofea tapi hatinya berkata yang sebaliknya. 

Luqman sabar menanti. Dia tidak mahu memaksa kawan karibnya lagi.

"Antara aku dengan Hana. No and never! it's impossible. Aku harap ini kali terakhir kita bual pasal ni." Sayf Harith cuba menutup rasa gugup. Pena yang dicampak tadi, dicapai lalu menyambung catatan yang terhenti tadi.

"Aku faham." Luqman akur dengan permintaan Sayf Harith.

"Aku nak tanya kau pasal access card." Sayf Harith terus tukar topik. Dia takut andai gelodak jiwanya berjaya dikesan oleh Luqman. 

Hana Sofea diluar pintu mengetap bibir. Menyesal kerana mengikut kata hati untuk mencuri dengar perbualan Sayf Harith. Hana Sofea mengangkat tangan lalu meletak tangannya di dada. Dada ditepuk berkali-kali. Tidak boleh dinafikan yang dia terguris bila mendengar pengakuan dari Sayf Harith.

Hana Sofea mengetuk kepalanya lembut. Mengapa dia membiarkan dirinya dibuai dengan perasaan yang tidak sepatutnya wujud untuk Sayf Harith?

Memang benar kata Sayf Harith. Mereka berdua memang tidak boleh bersama. Sayf Harith merupakan abang kepada bekas suaminya. Hana Sofea mengeluh. Dia tidak layak mempunyai perasaan terhadap Sayf Harith. Dia harus jauhkan dirinya dari lelaki itu!

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Selma Q