Home Novel Cinta Sayangku Si Catfish
Sayangku Si Catfish
Anon Hammuraby
24/4/2019 13:53:17
8,358
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Sayangku Si Catfish


Prolog


                                              Langit  January 2020– Matahari bagaikan mengantuk, suram cahayanya di balik relung awan ..

 

Berganti musim dikau menghilang..

Hadirmu pula bagaikan bayang-bayang.

Timbul tenggelam kutetap sayang

Sayangku padamu tak pernah kurang

~Ryu Aweera~


           Ryu Aweera cuba menenangkan fikirannya yang kusut dengan mendengar muzik yang sentimental dari komputernya. Jari-jemarinya ligat mengetuk-ngetuk meja,menandakan otaknya sedang ligat berfikir. Stress !! Itulah yang dirasakan sekarang. Berkali-kali dia meraup wajahnya. Namun masih terngiang-ngiang lagikata-kata ayahndanya sebentar tadi. Kata-kata ayahndanya itu bagaikan irama berhantu yang sentiasa berkumandang di telinganya sejak akhir-akhir ini.

 

          Tidakmerdu, malah menyeramkan ! Kali ini, perbincangan mereka berdua di bilik bacaanitu tadi betul-betul singgah dikepalanya.

 

          “Papa nak Wira bawak calon menantu untuk papa selewat-lewatnya akhir tahun ini.Please Wira, kalau tak papa akan jodohkan Wira dengan Clara Suzyanne Datuk Rahaman. Come on !” Bentak Tuan Darren sambil menghentak meja, dia sudah hilang toleransinya jika melibatkan hal yang satu ini. Sebenarnya dia tidak suka melihat cara hidup Ryu Aweera yang hidup berfoya-foya dikelilingi perempuan cantik. Dia harus mengugut anak tunggalnya itu sebelum hidup pewarisnya ini terpesong lebih jauh.

 

          “Hey papa, im only 27 kot ?” Jawab Ryu Aweera sambil pura-pura menyibukkan diri dengan membalas Whatsapp  dari Vivian.Jangan dihukum melulu, mereka teman tapi mesra ok ?! Dia pun pening mengenangkan sikap papanya yang kalut semacam nak menimang menantu. Mimpi apakah ? Entah saka apa yang merasuknya ?! Eh entah apa-apalah orang tua ni ?! Kusut !!

 

          “ I don’t care how old are u Wira, u have to choose right now, pilihan papa or pilihan sendiri?? Now is January, u have 11 month to go from now on !” Tegas dan lantang Tuan Darren menghujah anak lelaki tunggalnya itu.

 

          Sampai sekarang dia tidak faham kenapa anak tunggalnya ini sangat liat bila diutarakan soal jodoh? It’s Ryu Aweera u know ? Kalau kata anak lelakinya itu tak handsome mungkin perempuan itu buta atau gila. Dia kacukan Melayu Korea, limited edition tu ! Spesis yang kian rare di bumi ini !

         Kalau dikatakan pasal harta, dia tahu ramai perempuan tergila-gilakan dia sebab asset dimilikinya sebaris-baris kapal di  laut,selambak-lambak gedung di darat.Dia sangat tahu bahawa Ryu Aweera adalah lelaki stok terhangat di pasaran musim ini.

 

        Berkulit putih, segak tinggi, dan bila ditenung lama-lama wajah Ryu Aweera iras pelakon korea Kim Young Kwang yang tersesat di bumi melayu dan fasih pula berbahasa ibunda. Bezanya Ryu Aweera ada lesung pipit bila dia senyum. U got it ? Google please !! Enjoy dan enjoy with no commitment ! Tuan Darren tahu itulah jawapan yang ada dalam kepala anaknya itu. Namun dia mesti bertegas dalam hal ini.Mesti !

           

Ting Tong .. !

 

       Intercomberbunyi.. Dan moment kerusi panas bersama ayahndanya tadi lari bertempiaran bagai disapa angin.

 

       “Bos,meeting at 3pm” Kedengaran suara serak-serak manja  Azura Hermosa ditalian.

 

       “Ok!” Ryu Aweera menjawab lalu mengerling jam dipergelangan tangannya,3 hours togo.Ryu Aweera menyandarkan tubuhnya semula ke kerusi tempat duduknya.Cuba melelapkan mata seketika namun langsung tidak berjaya.

           

       Ryu Aweera memusingkan kerusinya menghadap jendela lalu membuka tirainya. Kesibukan kerja menyebabkan dia sudah lama tidak menikmati permandangan indah di kota ini.Dia mula bangun dari tempat duduknya.

 

       Zapp !!

 

       Tirai ditarik, tersergam indah bangunan yang tinggi mencakar langit. Kelihatan kenderaan bertali arus bagaikan semut kecil yang pulang ke busut.Tenang, inilah permandangan yang jarang sekali boleh dilihat melalui tingkat 7 bangunan ini.

 

       Perutnya masih belum lapar, aneh ! Padahal waktu-waktu begini sepatutnya dia akan keluar bersama Vivian, atau Sally,mahupun Fiona. Untuk makan tengah hari bersama.Mungkin perhitungan dengan ayahndanya itu tadi mematikan seleranya.Dia cuba menyegarkan matanya dengan melihat seluas-luasnya permandangan indah di kota itu.

           

       Lihatlah, lihatlah .. ! Matahari bersinar suram .. tidak terik seperti selalu.. Dan matanya tertangkap pada suatu poster sebesar-besar alam di bangunan kiri betul-betul berhadapan dengan bangunannya itu. Jantungnya bagai terhenti berdegup, tersentak seketika !

 

       Ya,poster seorang gadis. Poster itu berlatarbelakangkan suasana hutan.Gadis diposter itu sangat cantik menggayakan sepasang gaun putih ala-ala princess. Bak bidadari tanpa sayap..

           

      Gadis dalam poster itu mencium sejambak mawar merah dengan kelopak matanya yang tertutup.Laksana sangat menikmati aroma dari jambangan tersebut.Rambutnya yang panjang cantik digulung seperti maggi berwarna perangdan di kepalanya dihiasi mahkota yang di buat daripada bunga-bungahutan.Princess Of Forest ! Perfect !

           

      Ryu Aweera betul-betul mengamati permandangan indah yang satu ini. Segala rasabermain di benaknya. Geram, rindu,dan ingin tahu semuanya bercampur menjadisatu. Kenapa ? Mengapa ? Bagaimana dan dimana ? Semua persoalan menembak kepalanya dalam satu masa.

      “Farra Eudora !!” Nama itu terbit dalam mindanya. Got it, yea absolutely her !! Tapi bukankah Farra Eudora itu sudah mati dalam hidupnya ?? Apakah mereka kembar ??Ligat persoalan itu bermain di mindanya. Ah, not my own business.. She’s annoying! I hate her for the rest of my life !” Ryu Aweera menggelengkan kepalanya.Benci !

           

     Dengan perlahan dia duduk kembali di tempatnya, sambil tangannya mengusap manja tengkuk yang kian lenguh ! Fikirannya melayang lagi ! Dan tanpa sengaja tangannya tersentuh mouse di mejanya, dan nah wajah Farra Eudora lagi di situ terpapar di skrinnya.

 

     Cantiknyadia, tergelak sambil sebelah tangan lagi menutup mulutnya .. Dan mata itu sepet ketika ketawa riang begitu ..

 

     “Damn ! U should move on Wira !” Dia kecewa kerana kalah dengan perasaan rindu yangkian hilang itu..

 

      Ryu Aweera selalu mencuba, tapi bayang itu tidak kunjung padam .. Dia sendiri tertanya-tanya tentang gadis itu .. Datangnya bagai ribut, yang merosakkan jalanan .. Malah perginya tidak dapat di kesan ..

 

      Tiada siapa yang tahu, tiada sumber dapat di cari .. Tiada tempat untuk bertanya ..Hidupkah ? Matikah ? Juga tidak di ketahui ..

 

 

Datang lagi segerombolan tentera

Dan aku ditengah-tengahnya berdiri megah  dikalangan mereka

Menegakkan satu ikrar atas nama cinta

Ku laung malah ku sorak ..

Aku Wiranya tapi bukan Perwira

Wahai cinta jangan kau pergi

Jangan pernah tinggalkan aku sendiri

Tapi malah dikau berlalu pergi

Tanpa menoleh aku disini .

Aku rebah dipanah rindu

Ingin ku gapai engkau menjauh

Menjauh dan terus menjauh ..

Moga-moga bila aku buka mata

Ini hanyalah mimpi burukku di singgahsana

 

 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Anon Hammuraby