Home Novel Cinta Sayangku Si Catfish
Sayangku Si Catfish
Anon Hammuraby
24/4/2019 13:53:17
3,932
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Bab 2

 

 

 

December kelabu 25,2017 .. Flashback mode ..

 

Dugaan menimpa silihberganti

Kalahnya dikau pergimembawa diri

Berjuang sendirimelawan sepi

Duka di hati kurawat lagi

~Ryu Aweera~


             “Hi Dora, dah 4 tahun kot kita kenal ? Can we meet somewhere ? I will fly to u ..just set the place please.. Kita pun dah berkerjaya stabil”

 

            Noreply .. !

 

            Ahh, mungkin dia busy! Ryu Aweera terus focus pada mesyuarat hari ini. Banyak isu yang diutarakan oleh ayahndanya kali ini. Lantang dan tegas, itulah ayahndanya. Keyakinan itu penting, dan beranilah kerana benar ! Itulah yang ayahndanya terapkan dalam dirinya dari kecil sehingga sekarang.

 

           Single father ! Itu tittle ayahndanya. Bonda Ryu Aweera telah pergi selamanya sewaktu dia masih berusia 1 tahun, akibat serangan jantung. Tidak sempat mencipta memori yang banyak bersama bondanya, hanya melalui sekeping gambar.

 

          This is my mom ! Ulangnya sambil menunjukkan gambar itu apabila setiap kawan-kawan sekolah bertanya pasal ibunya pada zaman sekolah rendah ! Sedih bila mengenangkan kawan-kawan sekeliling ada ibu disisi.

 

           Ayahndanya tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Dialah ayah dan dialah ibu,kasih sayang yang dicurahkannya tidak ada kurangnya. Ryu Aweera juga tidak terlalu dimewahkan seperti anak bangsawan yang lain.

 

         If u want that, u should effort it by yourself .. Come to dad if that is the only last solutions ! Yes, dia masih berpegang kepada kata-kata ayahndanya itu.

 

Tasik Cinta ..hujung minggu ..

 

         Dengan memakai hoodie black sweater dan track-suit hitam, Ryu Aweera berjogging seperti biasa di tasik itu. Nafasnya termengah-mengah akibat agak lama tidak menjalankan aktiviti yang sihat ini.

 

        Davinder sudah laju di depan. Entah apa yang dikejarnya, hanya jogging kot ? Bukan lumba lari bro ! Entah apa-apalah mamat satu nih ! Kalau jatuh tersungkur kan apa pun tak dapat ?! Ish ! Kalut !

 

        Mereka berhenti berehat di bawah sepohon Pokok Ru yang hijau merimbun.Davinder terus terduduk disitu dan berbaring diatas permukaan rumput menghijau lalu mendepakan tangannya seluas boleh. Dia tercungap-cungap ! Tergeleng kepala Ryu Aweera memerhatikan gelagat Davinder itu. Padan muka !


        Ryu Aweera duduk disitu membuka hoodienya, dan angin berlumba-lumba menyapa dirinya..Segar sesegar segarnyaaa ! Dia duduk dan cuba seiramakan rentak nafasnya.

 

        Kelihatan beberapa kumpulan manusia jugajogging di sekeliling Tasik Cinta itu. Seperti mereka, inilah aktivitinya hujung minggu bersama kawan baiknya si Davinder hitam-hitam si tampuk manggis.

 

“Hey k-pop, bagi lah number telefon Vivian kat aku” Davinder menyiku Ryu Aweera   disisinya.

 

“Try your best, she is my best stock friend” Angkuhnya mamat K-pop ni !

 

“Hey,kau tau tak Wira, kalau kulit kau hitam manis macam aku ni tak adanya si Vivian tu nak kat kau tau ?? “ Ejek Davinder tak puas hati.

 

“How dou know ??” Riak lagi

 

“ I knowlah, IG story dia cakap macamtu ?”

 

“ See ?? u stalk her .. !” Mencerlung mata Ryu Aweera memandang sahabatnya yang nakal ini ! Dahinya turut berkerut ! But he’s not surprised !

 

        Ketawa mereka terburai ! Sesekali Davinder geram dengan Ryu Aweera, kawannya ini takpernah keluar mencari perempuan, tidak berpeleseran ! tapi perempuan yang datang terhegeh-hegeh mencari dirinya.

 

        Dia lelaki pakej ! Cuma 1 kelemahannya, dia cepat percaya dengan Farra Eudora ! The rest of, he’s the great. Farra Eudora ? Lama tak dengar Ryu Aweera menyebut nama itu. Lantaklah !

 

       Kulit putih Ryu Aweera kemerah-merahan disapa sinar mentari. Rambutnya disikat tepiterbuai lembut di sapa angin lalu. No wax, no terpacak ! Bibirnya yang merahitu murah dengan senyuman. The killer smile !

 

      Tak hairanlah dulu sewaktu zaman sekolah Ryu Aweera ada fans clubnya tersendiri.

 

“Hey Davinder, how about your Monica ?” Nafas sudah lega.Dia melemparkan pandangan kosong ke arah tasik yang tenang lagi membiru. Beberapa ekor itik berenang-renang sambil makan makanan yang dilemparkan oleh pengunjung tasik tersebut. It’s a bread. Cute !

 

“Brokeup !”

 

“Really?”

 

“Yes, and full stop !” Davinder mengangkat tangan tanda tidak mahu disoal lagi, acah-acah  selebriti yang tidak mahu di tanya lebih lanjut! Eh apalah ??!

 

“Ok !” 


      Ketawa Ryu Aweera mendengar kata-kata si Davinder ini. Kalut semacam, orangjust tanyalah, chill dude !


 Suasana hening seketika diantara mereka ..

 

“Hey Wira, pergilah cari girlfriend !” Mata Davinder tertutup, meracau kot ?!

 

“Slowlylah, kau dah tak suka aku eh ? !” 


    Ryu Aweera tergelak mengusik Davinder.Sesekali dia tersenyum lebar seperti joker ! Davinder ni macam ayahndanya,risau melihat dia tiada teman wanita. Entah apa-apa la diorang ni ! Single ishappy la ! Tak kacau orang kot ?

 

    Girlfriend? Bukan tak berminat, tapi belum jumpa yang sejiwa. Nanti dah ada girlfriendyang steady nak berkepit 24 jam la, nak merajuk merajuk bagai la, mana lagi nak layan cemburu la.. ish semak kot ! Itu pendapat dirinya sendiri. Not ready, thesimple answer for him !

 

   “Im limited edition la Davinder .. ! Hero kan selalunya last minute jumpa cinta sejati ? Takkan kau tak tengok wayang Bollywood kot ?” Ryu Aweera duduk meluruskan kakinya, letih ! Malas melayan karenah Davinder !

 

   “Huh,excuse me ?!” Dengus Davinder. Si K-pop ni nak perli aku ni ke apa ni hah ! Huh!

 

    “Eh nanti kalau aku dah ada steady one, aku akan kenalkan dia pada kau .. Dan waktutu kau tahu lah aku ni kunyit kuning ke lengkuas keras  !” Sambung Ryu Aweera, geram !

 

     “Elok la cari-cari sorang Wira, yang kau asyik berkepit dengan aku ni orang ingat kita ni songsang pulak.. pandangan masyarakat ni selalu serong tau!” Usik Davinder ketawanya mengekek ! Annoying !

 

     “Eh ?What the hell ? Aku ni walau tak buas macam kau, aku still ada taste tau !”Kata Ryu Aweera setempek ! Davinder hanya ketawa menggeleng, seronok mengenakan kawannya yang satu ini.

 

     “Lain la kau Davinder, semua pun boleh !” Meh brain wash kejap ! Geram doh ! Nak sound lagi sebijik, tapi tak sampai hati !Lalu dipendamkan di dalam hati !

 

     “Aku masih normal lagi tau ! Pandai-pandai tuduh orang songsang ! Aku pantang tau !”Suara hati Ryu Aweera menjerit-jerit lagi !

 

     “Nantilah..” Balas Ryu Aweera perlahan, membuang pandang jauh ke dasar tasik ! Beranganla tu !

 

     Davinder hanya ketawa mengekek. Buas ? Benarkah ? Aku tak seteruk itulah! Dan tiba-tiba kenangan liarnya bersama Monica dan perempuan-perempuan lain terbayang satu-persatu. Dia bukanlah lelaki baik tapi dia tidak juga ingin dicop teruk dimata perempuan. Hidup bergelumang dosa dan jauh hanyut .. itulah dia..Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi kan ?

 

Si Apple Hitam RyuAweera berbunyi ..

 

    “We will meet u someday, but not now. I ada sesuatu nak bagitahu u ..” Ryu Aweera terus memasukkan Si Apple Hitam ke dalam poket sweaternya apabila Davinder cuba mengintai-intai pesanan tersebut.Entah bila dia bingkas bangun ! Tak senonoh,he’s always like that ! Pervert !

    “Vivian?? Sally ?” Davinder serkap jarang sambil berbaring kembali di atas hamaparan rumput yang menghijau itu. Ya la, bukan selalu nampak mamat k-pop ni sibukdengan telefon bimbitnya sekarang ! Sekiranya ada perempuan yang mencuri hati ais itu im solute to her !

 

     Ryu Aweera menggelengkan kepala. It’s Farra Eudora jawabnya di dalam hati. Davinder tak perlu tahu. Sibuk betul !

 

    “Lets stay at Rock Cafe !” Ajak Ryu Aweera, cuba mengubah topic perbualan. Davinderni pun bukan boleh di layan sangat. Sikap ingin tahunya kekadang boleh mengalahkan FBI ! Mereka pun bergerak ke kereta masing-masing dan memandu kearah destinasi yang dijanjikan.

 

     “Apayang u nak share dengan I ? Anything bad happen to u ?”

 

     Ryu Aweera membalas pesanan itu setelah tiba di rumah. Duduk berjam-jam bersama Davinder  membuatnya lupa membalas pesanan itu.

 

“Nope, just to say that i love u”

 

“So what ? I know u trying to say something Dora, say it ?”

            

Sunyi, dan lama baruFarra Eudora membalas..

 

“I ada kanser stage 4, i cuma ada 2 bulan untuk hidup .. ”

 

“What ??Are u kidding me girl ??! ” Terbuntang mata Ryu Aweera membacanya

 

“Nope !”

 

“Hey listen Dora, dont talk nonsense .. U will life with happy ! Give me your address now!”

 

“No no !Tak ada harapan, i tak nak u kecewa”

 

“I will go to u Dora, mana janji u pada I ? Should I show every each that screenshoot?”

 

“Lupakani Wira .. We should stop here ..”

 

“Hey girl, are u lying to me ? give me your address .. I will bring u to the greatdoctor !”

 

“No,lupakan i .. !”

 

       Suasana tegang ! Ryu Aweera meraup wajahnya bebapa kali menahan marah.Dia bengang dengan situasi ini. Kata sakit, tapi orang nak tolong dia tak nak !

 

      Is shecrazy ? Hidup mati boleh buat main-main kot?

 

“I need to meet u urgently .. Send me your address Dora .. Please .. Saya sayang awak!”

 

“Forget about me .. We cant ..”

 

“Tapi kenapa Dora ??I need the clear reasons !”


Dan tiada sebarang balasan daripada Farra Eudora..

 

       Hari berganti hari dan Farra Eudora masih sepi .. Segala pesanan dari Ryu Aweera dibiar sepi .. Dan bulan-bulan pun berlalu namun Farra Eudora tetap menyepi .. Hanya gambar-gambar sebagai pengubat rindu padanya..

 

 

Dear my little diary,

 

Selalunya hanya i yang akan baca coretan u

Hari ini yang akan tulis pada you ..

Pertama dan mungkin terakhirnya ..

Can u tell me where is Farra Eudora go ?

Is she kidnapped by alien ?

Hey i missed her so much !

Damn much !!

She’s different  for me .. only she knows that

 

My little diary,

Kalau u nampak Farra Eudora, please ask her tocome back to me

I need her .. !

Kenapa dia tak reply all my messages ? Is shehate me ?

It’s been 4 years kita kenal.. U just forgetme like that ?

I wish she can be the succesful doctor as shewish ..

All the best for her

 

I miss our old time ..

Really missed it

 

Stay cool

Ryu Aweera

 

 

Sent to Farra Eudora. Tetap sepi .. Dan Si Apple Hitam terus sepi ..

 

 

 

Kuseru-seru namamu

Dalam setiap rindu sepi

Tolong jangan pergi

Namun kau tak pernah peduli

Pintaku pandanglah aku di sini

Yang  terus menunggumu

Dan hanya akan menunggumu ..

Andai ada kehidupan ke-2 nanti

Mampukah kita saling mengenali ?

Atau aku di lahirkan menjadi sepohon pokok

Yang hanya mampu melindungi dirimu

Andai saja kamu berteduh dan lalu di bawahnya

 

 

 

 


 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Anon Hammuraby