Home Novel Cinta LELAKI ITU UNTUKKU (adaptasi drama)
BAB 25

BUAT kali pertama Idlan menghantarnya ke kampusnya. Sudah hampir tiga minggu dia tidak jejakkan kakinya ke kampus. Sepatutnya sudah ada surat amaran dari pihak kolej kerana kegagalannya menghadirkan diri ke kelas. Tapi tadi sebelum dia hendak ke kampus, ibu tirinya Maria datang dan membisikkan sesuatu.

“Sebenarnya masa Orked di Bukit Tinggi, ayah Orked ada jumpa dekan di kolej Orked. Dia kata Orked tak berapa sihat di rumah jadi dia minta cuti panjang dari pihak universiti. Jadi Orked tak perlu risau apa-apa. Pihak universiti takkan ambil tindakan, jadi Orked boleh ke kelas macam biasa.” Ujar Maria.

Orked tergaman. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Mira tempohari. Ketika itu Mira sendiri ada memberitahunya mengenai ayahnya yang datang ke kolejnya untuk menemui dekan. Sangkanya pihak dekan pasti sudah tahu semua hal mengenai dirinya dari mulut ayahnya. Rupa-rupanya ayahnya datang semata-mata kerana mahu berbohong tentang dirinya.

Dia tersenyum sinis. Sudah pasti ayahnya tidak mahu pihak kolej tahu tentang dirinya yang dilokap kerana kes tempohari, dan selepas itu mengikut pula Idlan ke Bukit Tinggi. Ayahnya bukan melakukannya kerana ambil berat terhadap dirinya. Lelaki itu melakukannya hanya untuk menjaga airmukanya sendiri.

“Seronok pagi-pagi macam ni dapat hantar Orked ke kelas. Orked patut beruntung sebab ada abang yang akan jadi driver Orked sepanjang abang ada kat sini.” Idlan riang bercanda sambil sesekali menyanyi-nyanyi kecil dengan suara sumbang, sengaja mengikut lagu yang diputarkan di corong radio.

Orked mengerling. Lucu juga dia melihat lelaki itu begitu. Sejak awal pagi lelaki itu sudah menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbitnya, meminta dia segera bangun bersiap untuk ke kelas. Mulanya dia mahu tidur lagi, tapi seminit kemudian dia sudah mendengar bunyi laungan Idlan meminta dia cepat-cepat bangun.

Rimas dan bosan dikerah-kerah seperti anak kecil, maka dia bangun juga bersiap-siap untuk ke kelas yang sudah lama ditinggalkannya. Sebetulnya memang dia ada hajat mahu ke kelas hari itu mengenangkan dia sudah berjanji dengan Arida mahu menyambung kuliahnya yang sudah banyak tertangguh. Namun apabila dia mahu mencapai tuala mandinya, matanya tiba-tiba terpandang sesuatu. Bulatan berwarna merah di dalam kalendarnya membuatkan wajahnya terus berubah. Malah dia sempat beristighfar panjang.

“Orked balik pukul berapa hari ni?” Soal Idlan ketika mereka berhenti di persimpangan trafik.

“Tak tentu lagi. Kenapa?” Soal Orked.

“Orked nak ikut abang jalan-jalan lepas kelas?” Pelawa Idlan seraya melirik gadis di sisinya.

“Ke mana?” Dahi Orked berkerut.

“Ke mana-mana sahaja, yang pasti bukan ke Bukit Tinggi dan bukan juga ke Zouk tempat kegemaran Orked tu.” Usik Idlan tersenyum nakal.

Orked menjeling panjang. Tanpa disedari tangannya sudah menampar lengan Idlan yang sedang memandu. Hatinya mendongkol geram kerana Idlan sengaja mengusiknya dengan umpan Zouk.

Idlan ketawa besar melihat wajah Orked yang cemberut. Dia tahu Orked tidak suka dia menyebut nama kelab malam di mana dia pernah mengikut Orked masuk tempohari. Dia sendiri tidak sangka dia juga ikut nekad mengekori gadis itu ketika itu. Betul-betul kerja gila!

Ketika kereta yang dipandunya sampai di hadapan lobi fakulti perniagaan, Orked segera turun. Dia sempat berpaling ke arah Idlan yang sedang memerhatikannya.

“Nanti habis kelas callabang ya.” Idlan berpesan.

“Tengoklah nanti.” Jawab Orked acuh tak acuh.

“Apa pulak main tengok-tengok ni? Nanti telefon, kalau tidak hari-hari abang tunggu Orked di sini sampai habis kelas. Mahu begitu?” Ugut Idlan.

“Yalah tu.” Cebik Orked mengejek.

Idlan ketawa besar. Lucu melihat gadis itu mencebik ke arahnya. Matanya asyik memerhatikan gelagat Orked yang terburu-buru mendaki anak tangga ke fakultinya sebelum menghilangkan diri.

Usai kelibat gadis itu menghilang, tawanya terhenti. Untuk seketika dia termenung sendiri. Memikirkan tentang dirinya, memikirkan tentang Orked. Malah dia memikirkan tentang apa yang berada di pelusuk hatinya saat ini. Entah kenapa dia jadi tenang setiap kali dia memerhatikan Orked. Jiwanya tenteram hanya mendengar suara gadis itu, meskipun Orked sering membalasnya dengan kata-kata kasar. Kenapa dengan diriku Ya ALLAH? Kenapa aku sering memikirkan yang bukan-bukan tentang Orked padahal ianya takkan mungkin. Aku takkan mungkin menyukai gadis itu lebih dari seorang adik! Bisik hati kecil Idlan sedikit rungsing.

* * * *

MELIHAT kereta Idlan sudah menghilang, Orked senyap-senyap turun dari bangunan kampus lalu berjalan kaki ke arah kawasan hentian teksi. Di situ dia terpaksa bersaing dengan dua orang gadis sebelum berjaya memperolehi teksi.

“Ke mana cik?” Tanya pemandu teksi berumur sekitar 30an itu.

“Taman Seri Gombak.” Jawab Orked.

Si pemandu terus memandu keluar dari kawasan universiti itu. Kebetulan pada masa yang sama, Mira yang baru keluar dari kereta Arida di tepi jalan ternampak kelibat Orked di dalam teksi. Wajah Mira segera berkerut. Orked! Nak ke mana pulak tu? Mira berpaling memandang ke arah teksi yang membawa Orked pergi. Hendak dikejar teksi tersebut, dia sendiri tidak berupaya. Sudahnya dia hanya mampu menarik nafas panjang.

“Yang kau tercengang-cengang tu kenapa? Kata tadi nak ke library.” Tegur Arida dari dalam perut kereta.

Mira tersentak. Baru menyedari Arida masih belum beredar selepas menghantarnya di hadapan bangunan perpustakaan.

“Err..tak ada apa-apa.” Jawab Mira seraya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu Arida naik angin lagi jika diberitahu tentang Orked yang sedang meninggalkan kawasan kampus dengan menaiki teksi. Jangan Orked ponteng kuliah lagi sudahlah! Keluh Mira, benar-benar buntu dengan temannnya itu.

Melihat Mira terus terpisat-pisat di situ, Arida dilanda kehairanan. Dia nampak jelas Mira asyik memerhatikan ke suatu arah. Namun apabila dia berpaling ke arah yang sama, dia langsung tidak melihat apa-apa yang mencurigakan.

* * * *

KETIKA teksi yang dinaikinya berhenti di sebuah rumah teres sederhana kecil di Taman Seri Gombak, Orked turun dari perut kereta. Matanya melurus ke arah rumah di hadapannya. Dia membuka pintu pagar lalu melangkah masuk. Rumah itu kelihatan usang menandakan ianya sudah lama tidak didiami.

Orked meraba-raba sebuah pasu yang tumbuhannya hanya tinggal ranting dan kering kontang. Di dalamnya dia menemui sebatang anak kunci. Kunci itu diambil lalu dipulas pada tombol pintu di hadapannya. Berjaya!

Ketika dia menguak daun pintu, hidungnya segera terhidu bau habuk yang berterbangan. Dia mengibas-gibas habuk yang jatuh ke atas bajunya. Melihat suasana rumah itu, bibirnya mengukir senyuman. Rumah ini merupakan rumah lama arwah ibunya. Rumah pertama yang didiami ibunya bersama ayahnya pada awal-awal usia perkahwinan mereka. Ketika itu ayahnya Hamdan hanya seorang lelaki biasa yang bekerja di sebuah kilang bata sebelum menjadi ahli perniagaan berjaya pada hari ini.

Selepas ayahnya berjaya mengambil alih kilang bata tempatnya bekerja dulu, syarikat ayahnya semakin berkembang maju. Dan ketika itulah mereka meninggalkan rumah lama pusaka arwah ibunya dan pindah ke sebuah rumah banglo besar. Tapi kelahirannya ternyata tidak menggembirakan ayahnya. Lebih-lebih lagi kelahirannya dianggap membawa sial. Menurut arwah ibunya, ketika dia mula-mula lahir, syarikat ayahnya mengalami masalah. Mungkin kerana itu ayahnya tidak menyukainya. Itu kata ibunya dahulu.

Hakikatnya dia sendiri tidak tahu apa yang harus d difikirkannya. Dia sudah penat mahu menghadapi kebencian ayahnya.

Di dinding ruang tamu yang kecil itu, matanya melihat potret gambar perkahwinan antara ayah dan ibunya. Ibunya Hazila seorang wanita yang menawan dan lemah lembut. Ayahnya Hamdan pula kacak ketika usia mudanya. Kedua-duanya nampak sepadan digandingkan di dalam potret tersebut.

Sebenarnya hari ini pada tarikh dan masa yang sama setiap tahun, dia akan kembali ke rumah ini. Dia akan menghabiskan sepanjang pagi dan petangnya di rumah ini, sekadar mengingatkan tentang hari ulang tahun kematian ibunya 5 tahun yang lalu. Sekeping gambar ibunya di dalam bingkai gambar yang terhias di atas kabinet almari di hadapannya diambil lalu ditatap.

“Umi, Orked rindukan umi. Always!” Bisiknya sebak. Cuba menahan kelopak mata yang terasa hangat. Sedang dia leka melayan perasaan, telinganya tiba-tiba menangkap suatu bunyi. Orked segera berlari ke arah tingkap. Langsir di tingkap itu diselak sedikit. Tapi sebaik dia melihat sebuah kereta berhenti di hadapan pagar rumah itu, wajahnya tiba-tiba berubah. Ayah!

Dengan terburu-buru dia segera meletakkan potret ibunya di tempat asal. Kelam kabut dia mencari-cari sudut di tempat itu untuk menyembunyikan diri. Mujurlah dia tidak meletakkan kasutnya di luar, jika tidak pasti ayahnya tahu dia berada di situ.

Setelah bertemu tempat persembunyianyang sesuai, Orked menahan nafas dan bersembunyi di sebuah bilik di antara ruang tamu dan dapur. Dia berharap moga-moga bilik itu tidak dimasuki ayahnya atau pasti pelempang lelaki itu singgah ke mukanya lagi jika ayahnya tahu dia ponteng kuliah pada hari pertama sepatutnya dia memulakan hidup baru.

Beberapa saat menunggu di dalam debaran, dia mendengar bunyi daun pintu rumah itu dikuak dari luar. Orked menahan nafas seraya memejamkan matanya. Hatinya risau jika kehadirannya disedari lelaki itu. Beberapa saat kemudian dia membuka matanya bila dia tidak lagi mendengar sebarang bunyi. Wajahnya berkerut.

Dia memberanikan diri menolak sedikit pintu bilik tempat persembunyiannya. Kepalanya menjengah keluar. Dia nampak kelibat ayahnya sedang berdiri menghadap ke arah potret ibunya. Renungan lelaki itu tenggelam jauh ke arah gambar di hadapannya.

Orked sekadar memandang lelaki itu dari jauh. Pandangan matanya sayu menerkam ke arah kelibat lelaki itu. Lebih-lebih lagi apabila dia melihat lelaki itu mengusap potret ibunya perlahan-lahan. Hatinya pedih. Dia terluka melihat perlakuan lelaki itu. Ayah! Kalau ayah benar-benar sayangkan umi, kenapa ayah tak boleh sayangkan Orked walaupun sedikit? Kenapa ayah? Hatinya merintih sayu.

“Kau menang Hazila. Semua yang kau mahukan sudah kau dapatkan. Kau nak menyeksa aku? Ya, kau memang dah berjaya.” Bisikan lelaki itu jelas di telinganya.

Orked terpaku. Meskipun kata-kata itu perlahan sahaja, tapi telinganya masih mampu menangkap setiap patah perkataan itu. Dahinya berkerut seribu. Apa maksud ayahnya dengan berkata sedemikan?

* * * *

KETIKA Hamdan memasuki pejabatnya, setiausahanya segera berdiri. Dia menoleh ke arah wanita berusia dalam lingkungan 30an itu dengan wajah mesra. Jauh berbeza sekali dia apabila berada di pejabat dan di rumah. Di pejabat dia adalah ketua yang mesra dan peramah dengan pekerja-pekerjanya. Tapi di rumah, sikapnya akan berubah terutama sekali terhadap anak gadisnya sendiri.

“Imah, anak lelaki saya dah datang?” Tanya Hamdan.

“Sudah Encik Hamdan. Dah dekat setengah jam dia sampai. Ada di dalam.” Jawab Rahimah, wanita yang menjadi setiausaha di syarikatnya.

Hamdan mengangguk dengan wajah ceria. Cepat-cepat dia meluru masuk ke biliknya lalu bersapa pandang dengan Idlan yang sedang ralit membaca akhbar. Menyedari kehadirannya, Idlan segera berpaling.

“Dah lama Id sampai? Maaf uncle lambat.” Ujar Hamdan seraya mendapatkan anak muda itu. Idlan sekadar tersenyum.

“Tak lama juga, baru setengah jam. Lepas Id hantar Orked, Id pergi beli barang sekejap lepas tu singgah ke mari.” Ujar Idlan.

Hamdan terdiam. Soal Orked tidak menarik minatnya. Saat ini dia hanya berminat dengan Idlan.

“Id dah sedia? Kalau sudah, mari ikut uncle ronda-ronda di sekitar pejabat ni. Biar uncle kenalkan Id dengan operasi di syarikat ini.” Pelawa Hamdan.

Idlan hanya mengangguk seraya mengikuti lelaki itu.

Hampir setengah jam lamanya Idlan dibawa melawat-lawat sekitar pejabat itu. Hamdan mengusahakan sebuah syarikat pembekal bahan-bahan binaan, antara syarikat anak bumiputera yang paling berjaya di ibukota. Harapan Hamdan besar untuk membawa masuk Idlan ke dalam syarikatnya, supaya syarikatnya suatu hari nanti akan diwarisi oleh Idlan.

Idlan terdiam mendengar permintaan Hamdan. Dia ingin membantah namun tidak sampai hati pula. Lagi-lagi wajah teruja Hamdan membuatkan dia berada di dalam dilema. Ingin rasanya dia mempersoalkan hak Orked ke atas syarikat itu, namun mengingatkan pesanan ibunya dia hanya mampu berdiam diri.

“Ayah tiri Id tu tak suka Id sebut nama Orked. Seboleh-bolehnya jangan cuba naikkan kemarahan dia.” Pesan ibunya.

“Id tak faham kenapa dia benci sangat dengan anak gadisnya sendiri. Mama tentu tahu cerita sebenar bukan?” Dia memandang ibunya mengharapkan jawapan. “Lebih baik kalau Id tak tahu apa-apa sayang. Tapi percayalah, ayah tiri Id tu bersikap macam tu pada Orked ada sebabnya. Mama harap Id tak simpan sebarang prasangka pada ayah tiri Id tu. Dia lelaki yang baik sebenarnya. Dia layan Orked macam tu, mesti ada sebabnya.” Ujar ibunya.

Idlan hanya mampu mengeluh. Sehingga kini dia masih tertanya-tanya, kenapa lelaki seperti Hamdan menyimpan kebencian yang mendalam terhadap darah dagingnya sendiri? Apa rahsia yang tersembunyi antara mereka? Idlan benar-benar menyimpan hasrat ingin mengetahuinya.

“Lepas ni kita lunch sama-sama ya?” Pelawa Hamdan seraya menepuk bahu anak muda di sampingnya. Dia benar-benar melayan Idlan seperti anak kandungnya sendiri.

Idlan terdiam. Dia teringat mahu mengambil Orked di kampus seperti yang dijanjikan. Serba-salah juga dia mahu memberitahu Hamdan.

“Hari ni tak boleh uncle. Id dah janji dengan kawan Id nak jumpa dia.” Ujar Idlan memberi alasan.

“Tak apalah kalau begitu. Lain kali saja.” Hamdan tersenyum. Hampa memanglah terasa hampa, tapi apakan dayanya. Tidak ada rezeki dia mahu makan bersama anak muda itu hari ini.

Belum sempat Hamdan mahu berkata-kata lagi, telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Dia segera menjawab panggilan tersebut.

Melihat lelaki itu sedang berbual-bual, Idlan segera membuat isyarat mahu beredar dari situ. Hamdan menoleh lalu mengangguk, mengizinkan anak muda itu beredar pergi sebelum dia menumpukan sepenuh perhatiannya pada panggilan telefon yang baharu diterimanya.

keluar. Dia nampak kelibat ayahnya sedang berdiri menghadap ke arah potret ibunya. Renungan lelaki itu tenggelam jauh ke arah gambar di hadapannya.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.