Home Novel Cinta Akulah Si Jelita
Akulah Si Jelita
Syaida Ilmuna Ismail
24/2/2014 15:59:36
63,777
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7

BAB 7

“NADYA?” Jason hanya mampu menepuk dahi sambil mengetuk meja gadis itu berkali-kali dengan harapan Nadya akan tersedar. Mengelamun dah sampai ke Malaysia tu agaknya!

“Eh Jason! Bila you sampai ni?” Nadya tersedar ke alam realiti. Jiwanya telah terbang hilang entah ke mana tadi.

“Alahai you ni! Dari tadi I ketuk meja, dah dekat lima minit dah. Baru you nak sedar?! Kenapa termenung panjang ni?” balas Jason, rakan sejawat Nadya dan Asfahan. Lelaki berbangsa Cina ini adalah di antara rakan Malaysia mereka yang paling rapat di syarikat Empressive Design milik Asfahan Redza.

“Huh… sorry sangat ye Jason. I tak sedarlah…”

Jason mengeluh sambil menarik kerusi di hadapan meja Nadya untuk duduk. “Cuba cerita dengan I, apa masalah you ni?”

“Masalah I ialah Asfahan! Dia ni makin menjadi-jadi pulak perangainya sejak akhir-akhir ini.” Nadya bingkas bangun dari kerusi yang diduduki. Panas pula hatinya. Kalau lama-lama begini, boleh masuk wad mental!

“Apa pulak si Asfahan tu?”

“Semalam I call dia, nak cakap dengan dia… tapi tiba-tiba je dia letak telefon dekat I! Panas tau hati ni! Dia ingat I ni apa? Tak sempat I nak cerita kat dia pasal papa dia call I beberapa hari lepas,” rungut Nadya. Nasib baiklah Jason masuk biliknya pagi ni. Terlepas jugalah perasaan marah yang bertakung di hati.

“Laa… itulah I pesan dengan you. Ikut bercuti dengan dia. Ini tak! You workhaholic sangat! Anyway, tadi you cakap papa dia call kan.. Kenapa pulak?” Cerita Nadya dirasakannya bertambah hangat. Jikalau papa Asfahan menelefon, pasti ada cerita panas yang bakal dikisahkan Nadya.

“Hmm… macam biasalah. Mesti nak tanya khabar Lara. Papa dia tu rindu sangat nak Asfahan dan Lara balik Malaysia.”

And then, you cakap apa?” tanya Jason sambil menelan air liurnya. Risau rahsia terbongkar tanpa diduga.

Nadya berjalan semula ke arah kerusi miliknya sambil menjawab, “Biasalah… I terpaksa mengaku jadi Lara. Nak cakap apa lagi kan? I pun dah pening dengan sikap Asfahan tu. Sampai bila dia nak biar masalah ni tergantung! I kadang-kadang rasa dia tu memang sengaja tak nak bercerai dengan Laralah!”

“Haiya ini Asfahan! I pun dah cakap banyak kali tau dengan dia. Suruh dia pergi jumpa dengan Lara. Divorce dengan perempuan tu dan kahwin dengan you. Tapi bila I cakap soal ni, dia diam je. Macam tak ada respon. Sampai bila you pun nak menipu dengan papa dia kan? Emm apa kata kalau you je yang jumpa dengan Lara tu!” Jason cuba memberikan buah fikirannya kepada Nadya. Manalah tahu boleh menyelesaikan masalah.

Oh I can’t do that! I tak tahu kat mana si Lara tu sekarang. Tengok muka dia pun tak pernah! Sepanjang I kawan dengan Asfahan, mana ada dia ceritakan tentang Lara or tunjukkan gambar Lara dekat I. Misterius betullah perempuan tu,” jawab Nadya sambil memicit-micit kepalanya. Sakit pula kepala ni bila fikir macam-macam!

“I pun peliklah. Asfahan memang tak pernah nak ceritakan tentang Lara dekat kita. Habis tu you nak buat apa sekarang?”

Nadya terdiam sambil memejamkan matanya. Hanya ada satu jalan saja yang bermain di mindanya. Beberapa saat kemudian matanya dibuka. “I dah fikir masak-masak. Bila dia balik je dari Cappadocia, I nak dia berkahwin dengan I. And… I nak dia cari Lara dan ceraikan perempuan tu. Dia juga kena berterus terang dengan papa dia mengenai hal dia dengan Lara tu. Kalau tak…”

“Kalau tak, you nak buat apa?” Jason menyoal.

“I akan tinggalkan syarikat ni! I dah tak nak jadi designer lagi. Biar bankrupt syarikat dia!”

***

AWAK tahu ke bawak skuter ni?”

Jelita seperti kurang yakin dengan kebolehan Asfahan Redza. Dahlah menunggang skuter tersemput-semput. Nak naik bukit berbatu ni pun lebih dari setengah jam!

“Tahulah! Saya ada lessen motor tau. Jangan ingat saya ni tak reti bawak motor.” Asfahan mencebik. Duduk je lah diam-diam kat belakang tu. Banyak cakap pulak Cik Jelita kita ni!

“Hmm ada lesen je buat apa kalau jarang-jarang bawak. Ntah-ntah… dah bertahun tak bawak motor tak awak ni?” sindir Jelita lagi. Matanya menjeling tajam. Rasa sia-sia pula mengikut perancangan Asfahan yang dikatakan ‘superb’ ini.

Kedua-duanya mengunci bicara. Masing-masing menahan panas di hati. Dari sudut diri Asfahan, Jelita dirasakannya berlagak jual mahal. Pantanglah dia tahu ada orang sukakannya, mulalah nak buat macam-macam ragam. Manakala Jelita pula merasakan Asfahan sering berpura-pura dengannya. Sengaja berbuat baik hanya kerana ingin menambat sekeping hati miliknya.

“Permandangannya dari bawah ni biasa-biasa je…” bicara Jelita secara tiba-tiba. Matanya meneroka setiap sudut tanah lapang yang terbentang di Cappadocia. Permandangan berselang-selikan pepohon renek hijau dan juga batuan berpasir membuatkan gadis ini mudah terasa bosan.

“Biasa-biasa bagi awak. Tapi bagi saya, ia adalah suatu pengalaman yang menarik dan menenangkan. Nanti saya bawa awak naik ke Kaymakli Underground City,” jawab Asfahan dengan nada lembut. Kalau diikutkan hatinya memang dia tidak mahu bertekak lagi dengan Jelita. Tapi gadis ini ada saja poinnya untuk menyindir Asfahan.

“Ada apa kat situ?”

Skuter yang diboncengi mereka mula menuruni kaki bukit yang berpasir. Asfahan menoleh sedikit ke belakang dan mengarahkan Jelita memegang erat besi pemegang yang berada di belakang skuter.

Nasib baiklah ada besi pemegang tersebut. Kalau tak memang tidaklah dia menaiki skuter bersama Asfahan. Takkanlah pula dia nak berpaut erat di belakang tubuh jejaka ini? ‘Awkward!’ getus hati Jelita.

Underground city yang kita nak pergi ni dah dibuka pada tahun 1964. Di dalamnya ada lebih kurang lapan tingkat bawah tanah, tapi empat je yang dibuka kepada orang awam. Kat dalam tu basically, awak boleh merasalah macam mana orang dulu-dulu duduk di dalam gua. Dorang ni dulu famous dalam bidang membuat tembikar…” jelas Asfahan panjang lebar. Gemar pula dia bercerita mengenai sejarah.

“Oh… macam mana awak tahu tentang semua ni eh?” Jelita terkebil-kebil mendengar penjelasan Asfahan. Pandai jugak mamat ni ye!

“Saya bacalah awak. Sebelum saya sampai sini… saya dah buat research dulu dah. Tempat mana yang mesti saya pergi selama saya ada di Cappadocia ni.”

“Hmm… untunglah kekasih awak kan? Ada boyfriendyang bijak macam awak ni.”

“Ha’ah memang dia beruntung.” Asfahan tersenyum mendengar pernyataan yang terkeluar dari lidah Jelita. Dia pulak yang nak ‘test market’ sekarang nampaknya!

What? Jadi awak memang ada girlfriend?” Jelita seperti tidak percaya pula dengan kata-kata yang baru dilontarkan Asfahan.

“Iyelah. Awak ingat saya main-main ke?”

“Lepas tu awak keluar dengan saya macam ni? Mesti dia mengamuk kalau dia tahu ni!” Wajah Jelita mulai memerah. Cis! Memang semua lelaki sama saja. Tak ada erti kata berbeza atau berubah!

“Dia dah mengamuk pun… Eh!!!”

Skuter yang mereka naiki mula terhincut-hincut. Ia kemudiannya semakin menderas menuruni bukit. Asfahan cuba menarik pedal brek namun ia tidak berhasil.

“Eh kenapa ni? Awak, kita berhentilah!!” Jelita mulai resah. Makin lama, makin laju pula skuter ni. Macam tidak mahu berhenti. Bahaya!

“Kita tak boleh nak berhenti! Brek tak makan!” jerit Asfahan. Skuter yang dinaiki mereka mulai melelong. Tayar skuter tersebut tidak dapat bertahan dengan lebih lama lagi. Kemungkinan mereka bakal terbabas atau menjunam turun dari kaki bukit yang berbatu-bata ini.

“Jelita! Awak pegang besi pemegang kat belakang seat tu kuat-kuat! Saya nak tahan skuter ni dengan kaki saya!” arah Asfahan.

Jelita mula perit menelan air liur. Menyesal! Menyesal aku ikut dia tadi! Kalau tahu benda ni nak terjadi memang dia tak adalah beriya-iya nak ikut lelaki separa sewel ini.

Asfahan mengeluarkan kaki kanannya ke tanah yang berbatu-batan itu. Skuter itu digelecekkan ke sebelah kanan lalu lutut kanannya digunakan sebagai penahan untuk memberhentikan skuter tersebut.

“Aaa!!!” Jelita menjerit sambil memejamkan mata. Wajahnya disorokkan ke belakang tubuh Asfahan.

Akhirnya mereka berdua tercampak ke tanah bersama-sama dengan skuter yang dinaiki. Tubuh Asfahan tergolek beberapa meter ke hadapan. Manakala Jelita pula hanya tercampak dengan jarak lima kaki dari skuter yang dinaiki mereka.

“Asfahan!” panggil Jelita. Matanya dimasuki debu-debu kecil, namun dia masih boleh bangun dan mulai merangkak untuk mencari jasad Asfahan. Mujurlah dia tidak cedera apa-apa terutamanya pada wajah yang halus mulus ini. Cuma tangan dan kakinya saja sedikit calar balar.

Jelita terus merangkak lagi. Tubuh Asfahan cuma beberapa kaki saja dari dirinya. Ya ALLAH, masih hidupkah lagi lelaki itu? Janganlah apa-apa terjadi kepadanya!

“Asfa…! Asfahan!” panggil Jelita lagi. Namun lelaki itu masih tidak menyahut. Jelita menggagahkan lagi kudratnya untuk terus mendekati Asfahan.

Alangkah terkejutnya dia apabila tubuh jejaka itu didekati. Astaghfirullah! Kepala lelaki ini berdarah. Darah yang keluar makin lama makin melimpah. Apa yang harus dia lakukan?

Jelita mula menangis teresak-esak. Dia seperti orang yang kehilangan arah. Tidak tahu apa yang seharusnya dia lakukan.

“Help! Help me! Help me please!”

Hanya perkataan itu sajalah yang bisa keluar dari lidahnya yang semakin tumpul dari kata-kata.

***

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.