Home Novel Cinta MR. Kimchi Imamku
MR. Kimchi Imamku
17/11/2014 15:19:07
34,212
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 5

Selepas minum bergelas-gelas arak, badannya terhuyung-hayang sambil kakinya yang lemah melangkah keluar dari bilik tidur. Dia meninggalkan sekeping nota buat sahabat baiknya Hyun. Dia mahu pergi dari dunia ini. Itu tekadnya. Buat apa dia tinggal di sini jika kekasih yang di cintainya dengan sepenuh hati itu rupanya mencintai lelaki lain. Maaf yang sering diberikan kepada buah hatinya itu ternyata memakan diri. Kepercayaan terakhir yang diberikan selama ini hancur berkecai apabila dia melihat kekasihnya itu curang dengan kekasih lamanya. Air matanya merembes keluar mengenang peristiwa malam itu.

Gembira bukan kepalang apabila pengurusnya memberitahu dia boleh pulang ke Korea sebentar sebelum konsert jelajah terakhir di Malaysia. Tiada apa lagi mahu dilakukan selain bertemu kekasihnya untuk melepaskan rindu selepas hampir dua bulan memendam rasa. Selepas tiba di lapangan terbang, dia terus memecut keretanya menuju ke apartment kekasihnya itu. Dalam perjalanan dia singgah di kedai bunga untuk dihadiahkan kepada Soomie.

Sesampainya di depan pintu, password pintu itu ditekannya cepat-cepat kerana ketidaksabarannya mahu bertemu buah hati. Namun, dia tersentak apabila kakinya melangkah ke bilik utama itu.

“Kau cintakan aku?” Suara lelaki yang dikenalinya itu menyebabkan jantungnya berdebar kencang. Dia berdiri di tepi pintu bilik tersebut. Bunga yang dipegang terjatuh ke lantai.

“Pastilah aku cintakan kau.” Suara manis dan manja Soonie menjawab menyebabkan dia semakin berdebar. Perasaannya kini semakin berbaur. Marah, sedih, cinta, sayang, rindu, takut bermain-main dalam perasaannya.

“Ah, kau tipu aku. Kau telefon aku bila kau perlukan aku. Bila Hae Jin balik, kau sambung cintakan dia.” Suara lelaki itu seakan-akan marah. Dia membatu di situ, ingin tahu jawapan yang keluar dari mulut Soonie. Kedengaran suara Soonie tertawa kecil.

“Hae Jin? Aku tak cintakan dia. Dia hanyalah sekadar business cinta buat aku. Bila aku jalinkan cinta dengan dia seperti yang di inginkan peminat, nama aku menjulang naik. Berapa banyak tawaran kerja yang aku dapat selepas itu. Itulah makna cinta aku buat dia. Tapi cinta aku buat kau, adalah cinta sepenuh hati aku, selama-lamanya.” Kata-kata Soonie itu menyebabkan seluruh jantung dan badannya lemah longlai.

Cinta suci sangkaannya yang disemai sejak sekian lama rupanya hanya pura-pura. Sakit hatinya bukan kepalang mendengar ucapan daripada mulut Soonie. Tangannya yang lemah digagahi membuka pintu yang sedikit terbuka. Dan tenyata tekaannya tepat, lelaki itu memang dia kenal. Kekasih lama Soonie, Kim Jun.

Dua orang yang sedang bersama itu terkejut melihat kehadiran Kang Hae Jin. Kang Hae Jin tanpa banyak soal meluru kepada lelaki yang dipanggil abang itu. Tidak henti-henti tangannya membelasah lelaki itu. Mereka bergaduh dan bergaduh dan akhirnya Kang Hae Jin longlai. Dia pengsan. Selepas itu, dia tidak sedar apa yang terjadi kepada dirinya lagi.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh